Hampir 12 tahun ‘ghaib’, kepulangan adik Sharlinie masih dinanti keluarganya

Hampir 12 tahun ‘ghaib’, kepulangan adik Sharlinie masih dinanti keluarganya. Sekitar tahun 2007, seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan kes kehilangan dan pemergian adik Nurin Jazlin, yang sehingga kini tiada jalan penyelesaiannya. Lebih menyayat hati, jenazah adik Nurin Jazlin ini dijumpai dalam beg pakaian yang ditinggalkan tepi kedai berdekatan Petaling Jaya oleh pihak polis.

BACA: SELEPAS SOLAT BACALAH 2 DOA INI UNTUK NAIKKAN SERI WAJAH, AMALKAN!

Tidak cukup dengan itu, pada tanggal 9 Januari 2008,  Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi kanak-kanak perempuan iaitu adik Sharlinie. Adik Sharlinie pada masa itu, dikatakan masih lagi berusia 5 tahun dan hilang ketika sedang bermain.

“Kalau awak masih hidup, pulanglah dik…”

Hampir 12

Dilaman Twitter, seorang gadis telah berkongsikan sedikit luahan dan harapan oleh keluarga adik Sharlinie walaupun sudah hampir 12 tahun perkara ini berlalu.

Bertambah menyentuh hati, keluarga adik Sharlinie ini dikatakan tidak pernah berhenti berharap dan masih  menunggu kepulangan anaknya ke pangkuan mereka semula.

Si kakak masih rasa bersalah

Hampir 12

Jelas gadis ini lagi, dia sendiri telah pergi berjumpa dan temubual dengan keluarga adik Sharlinie, yang menetap di Dungun pada tahun 2015.  Pada asalnya, gadis ini berjumpa dengan keluarga adik Sharlinie dengan tujuan untuk penyelidikannya.

Ramai juga yang terkesan!

Melihat diruangan komen, ramai juga dilihat masih lagi mengingat tentang kejadian-kejadian yang menimpa kanak-kanak yang tidak bernasib baik ini. Dalam pada masa yang sama, ada juga yang berharap agar adik Sharlinie ini, dapat pulang semula ke pangkuan keluarganya.

Sekarang mungkin dah berumur 17 tahun

Perkongsian mengenai adik Sharlinie dan keluarganya ini, telah mendapat hampir 8,100 ulang kicau dan lebih 5,400 tanda suka oleh warga Twitter.

Orang ramai juga diminta untuk tidak lupa akan kes dan kejadian ini serta sentiasa berdoa semoga urusan keluarga Sharlinie dipermudahkan oleh-Nya.

Sumber: Oh my media

SELEPAS SOLAT BACALAH 2 DOA INI UNTUK NAIKKAN SERI WAJAH, AMALKAN!

Selepas solat bacalah 2 doa ini untuk naikkan seri wajah, amalkan! Potongan 2 ayat dari surah dalam Al Quran ini baik […]

Tip Mudah

Cara Bacaan Tahiyat Akhir Dan Awal Dengan Betul, Perbaiki!

Cara Bacaan Tahiyat Akhir Dan Awal Dengan Betul, Perbaiki! Jika anda rasa panduan ini untuk anda, jom kita mulakan. Bacaan tahiyat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *