Hampir Dua Jam Setengah, Tangan Hancur Tersepit Mesin Pengisar..” – Azab tangan tersepit mesin pengisar

Azab tangan tersepit mesin pengisar. Tangan kanan lelaki, Mohammad Khan Espirman, 19, hancur selepas tersepit dalam mesin pengisar daging dalam kejadian di Kota Kinabalu, petang hari ini.

Insiden itu menyebabkan lelaki terbabit terpaksa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu, bersama mesin berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah selepas usaha menanggalkan mesin itu gagal.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan 4.11 petang, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikejarkan ke HQE 1.

“Pasukan bomba melakukan operasi memotong mesin pengisar itu dengan menggunakan peralatan khas.

“Selepas hampir dua jam setengah, tangan mangsa berjaya dikeluarkan daripada mesin pengisar itu sebelum rawatan lanjut diambil,” katanya.

Kongsikan artikel ini.
  • 252
  •  
  •  
  •  

10 Cara POWER Memikat Hati Calon Isteri. Yang Dah Ada ISteri JANGAN BAca!

10 cara yang POWER Memikat Hati Calon Isteri. Yang Dah Ada ISteri JANGAN BAca! Aku nak kongsi sikit cara-cara nak […]

Penting Untuk Tahu Ini Tanda Minyak Power Stereng Bocor Atau Dah Kering

Penting Untuk Tahu Ini Tanda Minyak Power Stereng Bocor Atau Dah Kering. Tak ramai yang suka membuat pemeriksaan kenderaan sama […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *