Nafkah RM500 Sebulan, Punca Noor Nabila Ingin Berpisah?

Hanya RM500 Sebulan, Punca Noor Nabila Ingin Berpisah? Kes pemohonan penceraian pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad dengan isterinya, Noor Nabila telah pun kembali dibangkitkan apabila pagi tadi mereka tiba di Mahkamah Kuala Lumpur untuk sebutan kes pemohonan penceraian mereka.

BACA:Belum nak berpisah, Sharnaaz Tolak Tuntutan Berpisah Nabila?

Namun begitu, Sharnaaz telah membuat kenyataan bahawa tidak bersetuju untuk bercerai dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur telah mengarahkan mereka melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Hanya RM500 Sebulan, Punca Noor Nabila Ingin Berpisah?

Nafakah

Semasa proses mahkamah pagi tadi, Nabila telah mendedahkan bahawa antara punca dia ingin berpisah dengan suaminya adalah disebabkan sudah tidak mempunyai persefahaman serta telah tinggal berasingan sejak Februari 2018.

Tambahnya lagi, Sharnaaz juga tidak memberikan nafkah zahir secukupnya yang hanya berjumlah RM500 sebulan sedangkan dia mampu untuk memberi lebih.

Kalau untuk belanja sendiri tu…

nafkah

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen telah mulai meninggalkan maklum balas di ruangan komen sumber dengan terkejut mendengar alasan Nabila yang ingin meneruskan penceraian dengan pelakon tersebut.

Hanya RM500, banyaklah untuk orang biasa

Belajar bersyukur

Terdahulu, pasangan ini telah mengejutkan industri seni Tanah Air apabila masalah rumah tangga mereka mulai dihidu media kerana kerap berbalas-balas kenyataan di IG story masing-masing.

Namun, pada Mei yang lalu, mereka dilihat sudah mulai berbaik dan berhari raya bersama. Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari, Nabila telah menfailkan pemohonan cerai pada penghujung Ogos lalu untuk berpisah dengan suaminya.

Sumber: Harian Metro

zizan

Zizan ‘Belanja’ Video, Gelak Tak Henti Jumpa Asif & Yoe Parey!

Zizan ‘Belanja’ Video, Gelak Tak Henti Jumpa Asif & Yoe Parey! Bukan hanya netizen malah selebriti tanah air juga terhibur […]

luahan

Lelaki Luah Rasa Terhadap Isteri, Undang Lebih 10K Kemarahan Netizen

Lelaki Luah Rasa Bersalah Terhadap Isteri, Undang Lebih 10K Kecaman Netizen. Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menginginkan hubungan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *