“Hari Indah Aku Bisik Pada Allah Sudah Pun Tiba” – Nabila Huda Peluk Ibu Tiri Curi Tumpuan

“Hari Indah Aku Bisik Pada Allah Sudah Pun Tiba” – Nabila Huda Peluk Ibu Tiri Curi Tumpuan. Umum sedia maklum, hubungan antara pelakon Nabila Huda dan ayahnya, Amy Search serta ibu tiri, Nourish renggang sejak tiga tahun lalu. Sebelum ini, Nabila Huda sering meluahkan isi hatinya terkilan tidak dapat beraya bersama ayahnya itu.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah sebuah video yang dimuatnaik menerusi laman Instagram Amy Search ini pasti mengundang sebak. Part Nabila Huda peluk erat ibu tirinya itu paling mencuri perhatian netizen.

Aku peluk dia kuat-kuat

View this post on Instagram

Mlm Sabtu kelmarin aku dn abil bersama anak cucu had a surprise birthday utk wife aku. Happy sngt dn terlalu indah moment ini. Taman hati aku di penuhi bunga2 yg cntik lgi wangi. Ini semua Allah yg hadiahkn sebab Allah sngt suka pda org2 yg sabar. Segala dugaan nya aku terima dgn berbesar hati. Syukur Alhamdulillah ats segala nikmat yg tk terbayangkan ini. Sblom ni di mlm Jumaat isteri aku Nourish dn Erma Fatima merancang sesuatu utk aku dn Abil. Masa tu anak2 aku semua keluar tengok wayang. Aku pn hairan anak2 semua tengok wayang tinggalkn aku😂 rupa nya ade sesuatu yg terindah akn berlaku. Tiba2 bunyi loceng, aku kt berandar tngh ngobrol dn ternmpk mcm kelibat cucu. Rupa nya hari indah yg aku bisikan pda Allah tiba akhir nya. Berderai airmata org tua nih. Aku peluk dia kuat2. Tkasih Nourish n Erma Fatima utk semua ini. Aku akn ingat smpai ke jannah nti. Satu lgi utk peminat2 dn semua kerabat2 yg doakan yg indah2 buat famili aku. Moga Allah kurniakn korang yg terbaik malah lebih baik dri aku🙏Ya Allah aku bersyukur ats semua ini. Aku sngt memahami dn sedang menikmati akn keindahan yg terindah di balik kesabaran itu. Alhamdulillah🙏 ✌️❤️ @qasander @ermafatima @kupu_kupu Tkasih kamal, fiza, lobo, Diane, Shafiq, Karl n hubby yg jdi sebahgian sma2 nikmati moment ini. Tentu nya Allah ada sesuatu hadiah utk korang semua🙏 Moga Allah bless kita semua n always🙏

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on

Menerusi Instagram Amy Search memuatnaik sebuah rakaman video surprise hari ulang tahun kelahiraan buat isteri tercinta. Suasana yang romantis itu turut diiringi dengan lagu A Thousand Years, nyalaan api lilin dan sebiji kek.

Tambah penyanyi ini, dia turut mengakui hari itu merupakan saat terindah buat dirinya. Dia turut berkongsi momen paling manis yang pernah Ermaa Fatima dan Nourish buat untuk mempertemukan Amy Search bersama anaknya, Nabila Huda dan sekeluarga.

Sementara itu, Amy Search sempat berkongsi ucapan istimewa di Instagram buat isterinya sempena hari ulang tahun kelahiran. Dia bersyukur kerana dikurniakan Nourish dan meluahkan rasa cinta khas buat isterinya itu.

Sumber: Amy Search

Majlis Pertunangan Ain Edruce dan Amirul!

Sekitar majlis pertunangan Ain Edruce dan Amirul! Baru-baru ini, pelakon dan pengacara popular Ain Edruce ada memaklumkan bahawa dia bakal […]

“Ajar Anak Lelaki Cara Urus Rumah, Supaya Mereka Boleh Berdikari…”

“Ajar Anak Lelaki Cara Urus Rumah, Supaya Mereka Boleh Berdikari…” Dalam sesebuah institusi keluarga, anak perempuanlah yang selalu ditekankan untuk […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *