Hidup Berjauhan, Suami Pulang Tapi ‘Pergi’ Ketika Tidur

Hidup Berjauhan, Suami Pulang Tapi ‘Pergi’ Ketika Tidur. Mereka yang masih hidup hendaklah redha dan pasrah dengan ketentuan jika berhadapan dengan pemergiaan orang yang disayangi.

BACA: Lelaki Luah Rasa Terhadap Isteri, Undang Lebih 10K Kemarahan Netizen

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Rosheila, dia telah membuat satu nukilan panjang menceritakan perihal suaminya yang baru sahaja meninggal dunia.

Hidup Berjauhan, Suami Pulang Tapi ‘Pergi’ Ketika Tidur

Menurutnya, sepanjang mereka berkenalan dari tahun 2009, berkahwin pada 2015 dan sehingga kini, mereka tidak pernah tinggal di suatu tempat yang sama.

Namun, apabila suaminya pulang selepas menjalinkan hubu ngan jarak jauh atas urusan kerja, lelaki itu pula dijemput Illahi.

Sesak nafas disisi isteri

Rosheila telah menceritakan detik-detik bagaimana suaminya tiba-tiba mengalami sesak nafas dan menyebabkan dia panik kerana suaminya sebelum ini sihat serta melayannya seperti biasa. Suami Rosheila telah dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Saratok.

“Dia dah tiada…”

Walau bagaimanapun, tuhan lebih menyayangi suaminya. Dia telah dilaporkan telah tiada dan hal tersebut disampaikan oleh bapa mertuanya sendiri selepas Rosheila pergi ke tandas bagi mengambil wuduk untuk menenangkan kegusarannya.

Dah terima keadaan

Walaupun sedar bahawa cinta dan sayang terhadap suami masih menebal, wanita itu telah pun redha atas pemergian insan yang amat dicintainya.

Selepas beberapa hari perasaan sedih menyelubungi diri, pada hari ke-10 pemergiaan arw ah, dia mulai sedar bahawa setiap yang hidup pasti akan pergi.

Semoga kuat

Sehubungan dengan itu, perkongsian yang dibuat oleh wanita tersebut telah mendapat pebagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata berasa sayu dan simpati atas pemergiaan suaminya.

Mereka turut mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan Rosheila terus bersabar atas dugaan Allah S.W.T ini.

Sumber: Riko Minoru Nama Kami

Pentingnya Hormat Suami Selepas Berkahwin

Pentingnya Hormat Suami Selepas Berkahwin. Seorang isteri memerlukan kasih sayang suami, manakala si suami pula memerlukan rasa hormat dari si […]

Kenyataan Biadab, Pemuda Mohon Maaf Dengan Institusi Diraja

Kenyataan biadab, Pemuda Mohon Maaf Dengan Institusi Diraja. Semalam, rakyat jelata dikejutkan dengan kehilangan akaun Twitter Raja Permaisuri Agong Tunku […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *