Hilang Keyakinan Diri Kerana Kurang Cantik? Jangan Malu Dengan Diri Sendiri!

Hilang Keyakinan Diri Kerana Kurang Cantik. Ada yang bermasalah kerana dilahirkan mempunyai wajah yang kurang cantik berbanding rakan lain. Sehinggakan hendak berkenalan dengan lelaki pun jadi malu. Bagaimanakah cara terbaik untuk diri lebih berkeyakinan dalam mencari seseorang yang boleh menerima seadanya?

Menarik itu abstrak malah berbeza mengikut pendapat individu. Menarik bukan saja pada rupa paras dan bentuk tubuh. Menarik juga boleh terdapat pada sifat, sikap, cara berbual malah layanan seseorang.

Setiap individu punyai tarikan yang tersendiri untuk memikat individu lainnya. Jangan terlalu merendah diri hingga tidak bersyukur dengan anugerah Ilahi. Usahakan untuk menjadi diri anda sendiri, tampil memikat hati menerusi sikap dan perwatakan.

Tumpahkan kasih sepenuhnya kepada Ilahi, DIA akan datangkan insan-insan yang juga kasih kepada-Nya untuk turut kasihkan anda seadanya.

Sesungguhnya cinta dan kasih sayang itu anugerah! “Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Allah Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (wudda) dalam hati mereka.” – Maryam ayat 96.

Yakin kepada-Nya, akan tiba saat yang terbaik untuk anda dipasangkan. Tak guna dikasihi kerana kecantikan kerana tatkala kecantikan tiada lagi, pasti anda akan kehilangan kasihnya juga. Berkawanlah dengan semua manusia, tidak kira lelaki atau perempuan. Ikhlas dan jujur, insya-Allah akan ditemukan dengan pasangan yang baik juga nanti.

Masalah Dalaman, Wanita Perlu Ambil Tahu

Selaput dara tebal adalah terma yang sangat umum. Ramai yang beranggapan apabila penetrasi penis gagal dilakukan setiap kali ingin melakukan hubungan seksual, maka wanita tersebut mempunyai masalah selaput dara tebal. Sebenarnya, tidak semua kes berkaitan dengan selaput dara tebal.

Apabila istilah ‘selaput dara tebal’ diterjemahkan ke dalam kamus perubatan, ia lebih bermaksud kepada imperforate hymen. Ia adalah keadaan di mana selaput dara menutupi keseluruhan atau vagina hampir keseluruhan bukaan vagina.

Selalunya apabila selaput dara menutupi keseluruhan bukaan vagina, masalah tersebut akan diketahui lebih awal lagi semasa usia kedatangan haid.

Ini kerana apabila tiada bukaan vagina, kanak-kanak perempuan didatangi haid akan mula merasa sakit. Darah haid tersebut tidak dapat keluar, lalu berkumpul di dalam vagina dan menyebabkan kesakitan. Jika kes ini berlaku, ibu bapa harus membawa kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan doktor.

Apabila keadaan ini dikenalpasti, maka pembedahan kecil, di mana doktor akan memecahkan selaput dara sepenuhnya ke atas kanak-kanak tersebut bagi membolehkan pendarahan haid berlaku dengan lancar.

Kadang-kadang, imperforate hymen boleh mempunyai satu atau beberapa lubang kecil untuk membenarkan pendarahan haid berlaku setiap bulan.

Oleh itu, keadaan ini tidak akan diketahui sehingga wanita tersebut ingin melakukan hubungan seksual apabila berlakunya sekatan atau halangan terhadap penetrasi/kemasukan penis.

Terdapat juga wanita yang mempunyai selaput dara atau membran tambahan (Selain daripada selaput dara), merentangi bukaan vagina/faraj. Keadaan ini juga menyebabkan berlaku halangan terhadap penetrasi/kemasukan penis.

Kedua-dua keadaan ini memerlukan pembedahan kecil untuk memecah/mengoyakkan selaput dara atau membuang selaput tambahan yang merentangi bukaan vagina. Selepas prosedur ini dilakukan, wanita tersebut sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk melakukan hubungan seksual dan penetrasi penis. Keadaan begini sangat jarang berlaku iaitu kurang dari 1 peratus.

Kongsikan artikel ini.
  • 255
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *