Tidak dinafikan, setelah beberapa kontroversi melanda pasangan ini, Zul Ariffin baru-baru ini melalui portal Online menjelaskan bahawa hubungannya bersama Zahirah MacWilson sudah pun berakhir lebih sebulan yang lalu dan sebagai bonusnya, Zul mempunyai sebab sendiri untuk mengakhiri hubungan tersebut.

Berakhir Setahun Lalu

“Sejak tahun lalu, ramai sudah tahu mengenai perhubungan kami yang bagai ada pasang surutnya. Kami sudah putus. Gelombang hubungan kami sudah diketahui ramai sejak tahun lalu. Diakui, hubungan kami ada masanya putus dan bersambung semula dalam tempoh berkenaan”

“Sebab itu, saya hanya memberi ‘samar bayangan’ jika ada yang bertanya. Hari ini, saya mahu menegaskan, perhubungan itu sudah berakhir dan tidak mungkin bertaut kembali. Jika masih meneruskan hubungan, bermakna saya menganiayai diri sendiri. Tiada apa yang mahu disembunyikan lagi,” jelas Zul penuh matang.

Namun bagi Zul, dia tidak kecewa apabila hubungannya itu putus namun apa yang membuatkannya kecewa adalah sikap Zahirah ketika hari perginya ibu tercinta Zul Ariffin Disember lalu.

Menyampah Dengan Tindakan Zahirah

“Kecewa, tidak…! Kalau melihat orang ‘berselfie’ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup? Itulah perasaan saya ketika melihat Zahirah seronok ‘berselfie’ bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu saya ketika dalam masjid”

“Ada beberapa saksi melihatnya, termasuk saya yang ketika itu mahu membuka penutup muka untuk mencium arwah ibu buat kali terakhir. Menyampah memandangnya, tetapi saya masih meneruskan hubungan. Saya tidak kejam dan tetap memaafkannya,” katanya.

Bersabarlah buat Zul dan pastinya apa yang berlaku mempunyai hikmahnya. Apa yang pasti sama ada Zul mahu pun Zahirah, masing-masing masih boleh terus meneruskan kehidupan dan berubah ke arah yang lebih baik.

Kongsikan artikel ini.
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *