Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang

0
5

Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang. Pernah tak tengok situasi di mana apabila azan dilaungkan ‘Allahuakbar allahuakbar…’, orang pun mulakan solat. Dia tak tunggu pun azan tu habis dulu. Dia tak jawab pun azan tu. Ada juga situasi di mana kita tengok jam kita dah masuk waktu azan, disebabkan kita nak cepat sebab kejap lagi ada tetamu nak datang, kita pun terus solat tanpa menunggu azan di surau berkumandang. Ketika solat baru lah azan di surau kedengaran. Persoalan di sini ialah … boleh ke kita solat ketika azan sedang berkumandang?

1) Ustaz Azhar Idrus (UAI)Boleh ke solat ketika azan

Soalan : Boleh kah kita terus solat fardhu bila azan berkumandang? Tak tunggu habis azan, kita solat dulu.

Jawapan :

Hukumnya harus. Takde masalah. Cuma kata sesetengah ulama, kalau tiada hal apa-apa, tunggu habis dulu azan, baru kita mulakan solat. Kalau kita ada hal seperti nak musafir atau sebagainya, takde masalah (boleh solat ketika azan). Sebab bila kita tunggu azan dulu, kita boleh jawab azan dulu. ‘Allahuakbar allahuakbar’..kita pun jawab Allahuakbar allahuakbar. Lepas habis jawab azan, kita berdoa dan mulakan solat. Tapi kalau kita sembahyang ketika orang tengah azan, tiada masalah. Toksah (jangan) duk kata bid’ah dan sebagainya. Hukumnya HARUS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here