Iman Diuji Hanyalah Kerana Duit, Kisah Penghijrahan Tasha Manshahar Ini Penuh Keinsafan, Jadikan Ianya Sebagai Iktibar Buat Kita Semua…

Iman diuji hanyalah kerana duit, kisah penghijrahan Tasha Manshahar ini penuh keinsafan, jadikan ianya sebagai iktibar buat kita semua. Penyanyi yang mencipta nama menerusi YouTube, Tasha Manshahar memang membuatkan ramai tergamam dengan perubahan yang dilakukan apabila mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi.

Kongsi hijrah

Dugaan ‘iman turun naik’ perkara yang dialami Tasha apabila bergelar seorang penyanyi yang setanding Najwa Latiff. Namun secara perlahan-lahan dia cuba untuk menjadi wanita muslimah seperti sekarang ini. Menurut individu tersebut, dunia hiburan dengan pergaulan tidak terbatas tidak mempengaruhi Tasha, sebaliknya dia sentiasa memastikan air wuduk diambil sebelum mengenakan solekan.

Dah lama menyanyi, mula rasa apa yang dia buat tak betul

Perasaan mula merasakan suara wanita tidak patut dilontarkan kepada umum, Tasha mula mengurangkan karier seni dan menghabiskan sisa kontrak dengan syarikat rakaman. Lagu ‘Bukan Aku’ seolah-olah kena dengan niat untuk tinggalkan dunia nyanyian!

Hijrah kedua bermula

Mengetahui bakal menerima kehadiran Tasha sebagai tenaga pengajar, ramai cikgu teruja menanyakan kebenaran itu namun ia bersyukur apabila dapat diterima baik oleh semua orang. Maka bermulalah penghijrahan kedua. Tudung mulai labuh, kurangkan solekan tebal dilakukan Tasha malah selalu hadir ke kelas al-Quran merupakan aktiviti yang membuatkan dirinya bertemu Raqib Majid.

Allah bagi apa yang didoakannya

Bersangka baik dengan Allah

 

Sumber : Nurul

Baca Juga: Jangan Pernah Berhenti Mencuba! Mana Tahu Dia mungkin Jodoh Kita

Jangan Pernah Berhenti Mencuba! Mana Tahu Dia mungkin Jodoh Kita. Menyusuri rentetan jodoh sesat jelas membuktikan kalau sudah jodoh tak ke mana kerana Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Segalanya tidak mustahil jika hubungan berpegang teguh kepada ketentuan Allah SWT dan pastinya ia berakhir dengan sebuah kemanisan.

JODOH INI TIDAK DIDUGA

Jodoh itu tidak diduga. Nak dijadikan cerita, dia merupakan rakan sekelas aku ketika zaman sekolah. Khairul merupakan seorang pengawas sekolah manakala aku hanyalah seorang pelajar biasa. Sifatnya yang suka menyakat rakan-rakan terutamanya perempuan di dalam kelas membuatkan aku kurang selesa dengannya. Tambahan pula aku seorang yang agak susah bergaul dengan rakan lelaki.

Bermula detik dia mengoyakkan kertas lukisan aku, tanpa disedari itulah detik pertama perbualan aku dengan Khairul. Walaupun bermula dengan perbualan yang agak kasar namun dia tahu itu saja cara aku akan mula bercakap dengannya. Dari situ kami mula berinteraksi. Khairul cuba mendapatkan nombor telefon aku daripada rakan lain dan kami mula berhubung.

Cuba Memujuk

Khairul cuba memujuk aku di atas insiden sebelum ini. Melihatkan kesungguhannya, di situlah aku mula lembut hati dengannya. Ya! Memang orang kata cinta zaman sekolah itu cinta monyet tapi aku berjaya membuktikan dengan 10 tahun perkenalan, kami akhirnya berjaya ke mahligai cinta.

Siapa sangka jodoh sesat aku merupakan orang yang dikenali sejak zaman sekolah. Alhamdulillah kami tidak ragu-ragu atas hubungan yang dibina. Oleh itu kami mula serius dan mengambil keputusan untuk berkahwin selepas sama-sama yakin yang kami sudah bersedia dari semua aspek. Selain itu, aku percaya Allah sudah menetapkan jodoh kami untuk bersama.

HANYA WHATSAPP PENGHUBUNG

Kami tidak berjumpa kerana masing-masing menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, seterusnya bekerja di tempat yang berbeza dan agak jauh. Namun hanya WhatsApp yang menghubungkan kami berdua. Bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, tanggal 19 September 2016 dia terus menghantar rombongan merisik ke rumah aku dan kami bertunang pada tarikh tersebut. Itulah merupakan detik perjumpaan kami semula.

Pada hari merisik dan pertunangan tersebut, sememangnya Khairul dan famili datang dengan hajat melamar selain ingin menetapkan tarikh ikatan perkahwinan yang dijangka satu tahun dua bulan dari hari tersebut. Alhamdulillah jodoh kami kuat. Siapa sangka kawan kelas yang pernah aku benci dan gaduh dahulu itulah yang bakal menjadi jodoh serta imam buat aku.

TIDAK SEMANIS SEPERTI PASANGAN LAIN

Bagi yang bernasib baik, barangkali mudah untuk ketemu jodoh manakala yang kurang bertuah, ada-ada sahaja halangan yang mendatang sehinggakan semangat untuk mencari jodoh yang didambakan seakan-akan terpadam. Bertuahnya mereka yang bertemu jodoh tanpa perlu bersusah-payah. Mungkin mereka inilah insan yang ‘terpilih’ kerana begitu mudah jodoh datang mendekat.

Aku yakin dengan jodoh kami. Walaupun detik pertemuan kami dahulu bermula dengan pergaduhan dan tidaklah semanis seperti pasangan lain namun kami yakin untuk terus mengenali dengan lebih rapat. Aku percaya dia jodoh yang dikirimkan Tuhan untukku.

Kongsikan artikel ini.
  • 567
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *