Info & Tip Mengenai Episiotomi. Rupanya Ada Sebab Kenapa Rasanya Seolah-Olah Dijahit Hidup-Hidup

Info & Tip Mengenai Episiotomi. Rupanya Ada Sebab Kenapa Rasanya Seolah-Olah Dijahit Hidup-Hidup. Luka episiotomi banyak terjadi kepada ibu yang bersalin terutama sekali bagi ibu yang baru pertama sekali bersalin.

Ia adalah guntingan yang dilakukan oleh doktor pada kulit dan otot antara vagina dan anus. Tujuannya untuk melebarkan jalan kelahiran bayi.

Jururawat Bel Nawhen telah berkongsi info dan tip berguna tentang episiotomi khususnya ketika proses menjahitnya.

1 BIUS PADA OTOT, BUKAN KULIT

Sewaktu menjahit episiotomi, kebiasaannya kita akan beri bius setempat (local anaesthesia) pada otot vagina bukannya pada kulit.

2 RASA SAKIT SEPERTI JAHIT HIDUP-HIDUP

Kenapa sakit seolah-olah dijahit hidup-hidup? Kerana kawasan kulit dia vagina/perineum ada banyak saraf.

3 KENAPA TIDAK BOLEH BANYAK BIUS?

Kenapa tak boleh beri banyak bius? Bila bius terlalu banyak, kawasan jahitan terutamanya kulit akan membengkak, akan susah nak jahit dan bila bengkak surut, jahitan akan jadi longgar lalu sebabkan proses penyembuhan luka episiotomi akan menjadi lambat.

4 TIP IBU BOLEH LAKUKAN KETIKA JAHITAN EPISIOTOMI DILAKUKAN

Macam mana pula nak divert rasa sakit dijahit?

1. BERI KERJASAMA

Beri kerjasama kepada perawat. Jangan gerak. Banyak gerak kerana boleh melambatkan proses jahit, jadi anda perlu tahan sakit lebih lama.

2. AJAK NURSE BERBUAL

Ajaklah nurse tu berborak. Saya sendiri berbual dengan nurse yang jahit epi saya

3. BANYAKKAN BERSELAWAT & BEREHAT

Kalau nurse tak layan sebab busy repair luka, selawat banyak-banyak atau layan mengantuk dan keletihan. Tidur.

4. SABAR

Semasa JAHIT episiotomi, anda tak boleh bergerak sebab kita bimbang jika jarum tertusuk kat tempat lain selain tercucuk jari nurse tersebut. Bila anda tak beri kerjasama, maka proses menjahit akan menjadi lebih panjang.

Jahit episiotomi bukanlah satu proses jahit sembat, jahit tulang belut dan lain-lain kerana jahit luka perlukan konsentrasi dan ketelitian.

Sumber: Bel Nawhen

10 Petanda Rah im Tidak Sihat Dan 9 Cara Mengatasinya! Jangan Ambil Mudah Sakit Pinggang Dan Sakit Tumit..

Bila tubuh terasa sangat berat dan susah untuk bergerak, wanita harus tahu ia bukanlah masalah kegemukan.” Wanita walaupun di tempat kerja, mereka bertungkus lumus memerah idea dan menyiapkan tuntutan kerja yang bukan sedikit. Sarat dengan tugasan daripada pagi hinggalah ke petang.

Ini 10 Petanda Rah im Tidak Sihat

Keluar sahaja daripada pintu pejabat, otak serta merta bertukar untuk menyambung tugasan pada keluarga di rumah. Namun pada kesibukan itu, usah lupa pada kesihatan sendiri. Menjaga dalaman wanita adalah satu kepentingan yang penting. Bila tubuh terasa sangat berat dan susah untuk bergerak, wanita harus tahu ia bukanlah masalah kegemukan. Mungkin ada kena mengena pada masalah rah  im yang tidak sihat. Kenal pasti tujuh petanda ini dan lakukanlah sesuatu. Bukan itu sesiapa, tetapi untuk diri anda sendiri wahai wanita.

1. Sakit Pinggang

Setiap kali duduk dan bangun semula, badan terasa berat untuk di angkat dan pinggang akan terasa sakit. Sakit di sekeliling pinggang membawa ke pinggul, juga urat belikat di belakang tubuh.

2. Sakit Tumit

Ada sesetengah daripada kita langsung tidak boleh memijak dengan sempurna. Terasa sakit dan menyucuk-nyucuk. Inilah petanda ra him anda tidak sihat. Malah tumit juga terasa sakit dan berdenyut serta menyucuk-nyucuk. Apabila berdiri terlalu lama atau berjalan pada tempoh yang lama, kesakitannya lebih ketara.

3. Sakit Ari-ari

Sakit di bahagian bawah perut hingga ke pangkal far aj seterusnya peha dan lutut. Rasa lenguh dan sengal-sengal. Ia mungkin petanda peranakan anda telah jatuh.

4. Kerap Kencing atau Tak Lawas

Setiap kali kencing terasa tidak puas dan ingin kencing lagi dan lagi. Selain itu ketika bersin, batuk atau ketawa juga mudah terkencing. Ada juga sesetengah kes yang terasa ngilu di bahagian ari-ari ketika bersin, batuk atau ketawa.

5. Sakit Ketika Bersetu buh

Setiap kali melakukan hubungan kela min bersama suami, terasa sakit dan senak di bahagian ari-ari. Ini juga merupakan petanda rahim tidak sihat malah juga petanda peranakkan telah jatuh. Perlu berhati-hati dan berurutlah segera.

Kongsikan artikel ini.
  • 69
  •  
  •  
  •  

Jika Ingin Bahagia, Ambil Tahu 5 Sebab Penting Mengapa Lepas Kahwin Perlu Pindah Keluar! Yang No. 5 Paling Penting.

Jika Ingin Bahagia, Ambil Tahu 5 Sebab Penting Mengapa Lepas Kahwin Perlu Pindah Keluar! Yang No. 5 Paling Penting. Perkahwinan […]

Amalkan Air Rebusan Daun Sirih Bersama Bunga Cengkih, Punyai 1001 Manfaat Berguna Buat Kaum Hawa. Sungguh Rugi Kalau Tak Amalkan

Amalkan Air Rebusan Daun Sirih Bersama Bunga Cengkih, Punyai 1001 Manfaat Berguna Buat Kaum Hawa. Sungguh Rugi Kalau Tak Amalkan. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *