“Ingat Kelakaaa Ke..”- Kereta Double Park Tinggal Nota ‘Lu Pikir Sendiri’!

“Ingat Kelakaaa Ke!!!”- Kereta Double Park Tinggal Nota ‘Lu Pikir Sendiri’! Selebriti Nabil Ahmad sangat dikenali dengan perwatakkan yang ceria dan rileks. Tetapi sesempoi mana pun seseorang itu, mood baik tetap boleh berubah buruk kerana setiap orang mempunyai tahap kesabaran masing-masing.

BACA: [VIDEO] Hakim Perintah Tertuduh Bela Diri, Bapa Arwah Zulfarhan Sujud Syukur

Itulah yang dapat dilihat dalam video terbaru yang dimuat naik ke Instagram di mana pelakon tu sedang bengang kerana keretanya telah di ‘block’ oleh kereta lain.

“Ingat kelakar ke.. Jarang tengok Nabil marah…”

Lebih memburukkan keadaan, kereta yang melakukan double park itu bukan meninggalkan nombor telefon, tetapi sekeping nota yang bertulis, ‘Lu pikir sendiri.’ yang juga merupakan tagline pelawak itu.

Perkara itu membuat Nabil yang ingin segera pulang ke rumah semakin bengang dengan gurauan tidak bertempat tersebut. Dia dan isteri juga tertanya-tanya jika ada orang yang sengaja mengenakan prank ke atasnya.

“Kira tahap dewa marah tu…”

Dalam video kedua, Nabil menghampiri kereta berkenaan untuk melihat jika brek tangan kenderaan itu ditarik, dan terkejut mendapati kereta itu menjatuhkan handbrake membolehkan Nabil menolak kereta itu kebelakang.

Walaupun dia akhirnya menggelakkan situasi itu kerana tidak ‘pikir sendiri’ sebelum mengamuk, dia tetap menganggap gurauan itu sebagai kurang ajar. Rata-rata netizen turut bersetuju dengannya.

Sumber: Instagram

[VIDEO] Hakim Perintah Tertuduh Bela Diri, Bapa Arwah Zulfarhan Sujud Syukur

Hakim Perintah Tertuduh Bela Diri, Bapa Arwah Zulfarhan Sujud Syukur. Hari yang dinanti-nantikan bagi pembelaan arwah Pegawai Kadet Laut Universiti […]

Diarah Bela Diri Adakah Bermaksud Bersalah? Ini Penjelasan Peguam

Diarah bela diri adakah bermaksud bersalah? Ini penjelasan peguam. Suasana perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu diselubungi rasa sedih […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *