Ini 5 Perkara Yang Membuat Lelaki Tertarik! Yang No. 3 Paling Penting!

Ini 5 Perkara Yang Membuat Lelaki Tertarik! Yang No. 3 Paling Penting! Lelaki memang terpukau dengan kejelitaan dan kecantikan seseorang wanita itu. Namun begitu ada perkara lain yang membuatkan si lelaki jatuh hati hanya dalam hanya 10 saat mengenai wanita. Bukan bersandarkan paras rupa semata-mata, jom kita lihat 5 perkara yang membuatkan lelaki terpukau mengenai wanita.

1. Senyuman

Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung lelaki berdegup kencang. Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman mereka sememangnya sangat menawan. Malah, lelaki boeh jatuh cinta terhadap seseorang selepas melihatnya tersenyum. Siapa sangka, hanya dengan senyuman, hati lelaki terus cair dan boleh jatuh hati.

2. Bijak

Wanita yang bijak adalah wanita yang seksi! Bukan bermakna dia perlu mempunyai sejarah ‘pelajar cemerlang’ tetapi tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya, peka dengan isu semasa, bijak menyelesaikan masalah dan matang. Mereka yang bijak juga tidak mudah melatah jika berdepan sebarang masalah. Sebaliknya, mereka akan duduk diam seketika dan memikirkan cara terbaik untuk menanganinya.

3. Hormat Orang Tua

Aduhai, boleh gugur jantung seorang lelaki jika melihat wanita tahu beradab sopan di hadapan orang tua! Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini. Adab sopan yang dimaksudkan termasuk salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah ‘natural’ dan bukan dibuat-buat.

 

4. Berbaju Kurung

Kenapa wanita dilihat lebih kerap memakai baju kurung hanya ketika menjelangnya Hari Raya? wanita yang berbaju kurung bukan sahaja cantik, malah sangat ayu dan sopan! Biarpun sesetengah orang beranggapan baju kurung kelihatan kampung dan old school, namun baju kurung boleh mencerminkan peribadi seseorang wanita itu. Baju kurung sebenarnya membuatkan mana-mana wanita pun kelihatan lebih anggun. Apatah lagi jika dipadankan dengan kasut tumit tinggi.

5. Berkaca Mata

Wanita yang berkaca mata membuatkan mata lebih cantik dan secara tidak langsung, menjadikan penampilan mereka lebih seksi. Selain itu, kaca mata juga membuatkan mereka kelihatan smart! Tetapi bukanlah seperti nerdy,asalkan wanita itu bijak bergaya dan sentiasa tampil menarik dan anggun.

Tanda-Tanda Dia Tidak Tidak Suka Sama Anda!

Sedangkan hubungan suami isteri boleh bercerai-berai, pertunangan boleh putus di tengah jalan, inikan pula persahabatan. Adakalanya kerana salah faham antara anda dan kawan boleh bawa sehingga bermusuhan, perselisihan yang kecil menyebabkan ada jurang di antara berdua atau mungkin timbul perasaan cemburukan kawan.

1. Anda Cuba Mengelak Darinya

Anda tidak fikir untuk teks mereka terlebih dahulu atau memulakan perbualan, bila di mana anda lebih senang berkata “let me check my schedule!” berbanding sebelum ini anda terus bersetuju bila diajak keluar. Atau paling teruk anda terus off notification daripada kawan sendiri. Anda mula sedar sudah beberapa hari, minggu, kemudian bulan sejak anda benar-benar ingin menghabiskan masa dengannya.

2. Tidak Bersetuju Dengan Apa Dikatakan

Anda mencari apa sahaja peluang untuk membuktikan mereka salah, atau menunjukkan apa yang anda ingin katakan tetapi tidak miliki keberanian tersebut. Anda rasa meluat dengan mereka – apabila diabaikan sepenuhnya – ia hanya akan berkembang dan berkembang sehingga anda mengakui, sering dalam cara yang kurang jujur.

3. Menghindari Pandangan Mata

Anda rasa tidak puas hati terhadap mereka tetapi anda tidak terus meluru, anda hanya menggigit kuku, berdiam diri dan menghindari mata untuk mengelakkan kata-kata yang berpotensi menyakitkan. Bukannya anda mahu berkelakukan dengan cara yang berniat jahat, tetapi anda mahu mengambil masa sebelum perang meletus.

4. Segala Akses Komunikasi, Anda Hentikan

Pesanan ringkas, WhatsApp, Facebook, Instagram, Snapchat, Skype, semuanya sudah terhenti. Senang cerita anda biarkan persahabatan terlerai dengan begitu sahaja.

5. Tidak Boleh Jujur

Sekiranya anda melihat rakan anda membuat keputusan yang hampir sengaja akan merosakkan hubungan, dan usaha anda untuk membantu, campur tangan, memberi nasihat atau bahkan berada di sana untuk mereka pada masa ini dalam kehidupan mereka bukan sahaja tidak berbuah, tetapi mengecewakan. Anda harus menyokong dan memberi mereka empati dan rasa hormat tetapi kadangkala ada rasa kelu di lidah.

6. Anda Rasa Anda Hanya Menyusahkan

Anda merasakan anda tidak boleh jujur, anda berada dalam keadaan bersalah, tidak mahu menipu diri sendiri, sentiasa berada di tengah-tengah dalam persahabatan. Jadi anda perlu memilih sama ada stay – dengan cara berdamai dan melupakan masalah yang berlaku atau tinggalkan dengan tidak lagi berkawan.

7. Anda Rasa Malas Mahu Berjumpa

Kalau dulu anda bukan main seronok menghabiskan masa bersama tapi kini sebaliknya. Anda keluh kesah, bimbang setiap kali bersama mereka. Bukan apa, anda risau tentang perbuatan dan percakapan bila berdepan dengan mereka. Apatah lagi bila anda bercakap di telefon, anda rasa murung, tidak senang, kecewa, tidak yakin kadangkala fakey setiap kali menamatkan perbualan.

Wanita, Inilah 4 Cara Lelaki Menunjukkan Kasih Sayang, Cuma Wanita Je Tak Perasan!

Wanita, Inilah 4 Cara Lelaki Menunjukkan Kasih Sayang, Cuma Wanita Je Tak Perasan! Wanita seringkali mengeluarkan statement bahawa lelaki lelaki […]

6 Perkara Yang Perempuan Tidak Tahu! Yang Paling Penting No. 1!

6 Perkara Yang Perempuan Tidak Tahu! Yang Paling Penting No. 1! Ramai perempuan ingat yang dia sudah benar-benar kenal dengan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *