“Ini Sebagai Persiapan Sambut Ramadhan…” – Redah panas untuk cuci kubah masjid, semangat 2 pekerja ini perlu dihargai!

“Ini Sebagai Persiapan Sambut Ramadhan…” – Redah panas untuk cuci kubah masjid, semangat 2 pekerja ini perlu dihargai! Menjelang sambutan Ramadan pada esok hari, pelbagai persiapan dilakukan untuk memperoleh keberkatan daripada Allah SWT.

Namun bagi pihak pengurusan masjid, mereka perlu memastikan persekitaran dalam keadaan bersih kerana menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan ibadah.

Bersihkan Kubah Masjid

Menerusi laman Instagram Kosmo! Online, posting mengenai dua pekerja sedang membersihkan kubah di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Kuching mengundang perhatian netizen.

“Ia sebagai persiapan menyambut kehadiran bulan Ramadan tahun ini,” tulis kapsyen posting tersebut.
Untuk makluman, masjid berkeluasan kira-kira 100 ekar itu mempunyai sebuah kubah utama dan empat puluh buah kubah kecil.

Serlahkan Keindahan Kubah

Bagi menyerlahkan lagi keindahan, kubah utamanya direka dengan mozek dan jubin manakala di sebelah dalamnya pula dipamerkan ukiran corak berbentuk geometri.

Sanggup berlangitkan matahari demi memikul tanggungjawab, pengorbanan serta penat lelah dua pekerja itu amat dikagumi dan dihargai netizen.

The unsung hero!

Sumber : Kosmo! Online , IslamGRID

“Rakaman Pengumuman Dibuat Dalam Dua Situasi,” Ini Sejarah ‘Cerap’ Anak Bulan Yang Ramai Tak Tahu

“Rakaman Pengumuman Dibuat Dalam Dua Situasi,” Ini Sejarah ‘Cerap’ Anak Bulan Yang Ramai Tak Tahu Tarikh untuk melihat atau mencerap […]

“Tak Sangka Masih Wujud Orang Macam Ni…” – Dengki Punya Pasal, Gadis Ini Kongsi Kisah Keluarga Kena Sihir!

“Tak Sangka Masih Wujud Orang Macam Ni…” – Dengki Punya Pasal, Gadis Ini Kongsi Kisah Keluarga Kena Sihir! Kami tak […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *