“Inilah Diet Saya Selama 3 Bulan, Berjaya Hilang 40 Kg” – Kongsi Lelaki Berjaya Kurus Walaupun Makan Cukup 6 kali sehari.

“Inilah Diet Saya Selama 3 Bulan, Berjaya Hilang
40 Kg” – Kongsi Lelaki Berjaya Kurus Walaupun Makan Cukup 6 kali sehari.

“Inilah Diet Saya Selama 3 Bulan, Berjaya Hilang 40 Kg” – Kongsi Lelaki Berjaya Kurus Walaupun Makan Cukup 6 kali sehari. Mesti ramai di luar sana yang mempunyai berat badan berlebihan. Di Malaysia sememangnya masalah obesiti kini semakin berleluasa.

Namun dalam hati kecil, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan ini sudah tentu memasang niat untuk menurunkan berat badan dan menjadi kurus.

Satu perkongsian bermanfaat telah dikongsikan oleh seorang lelaki yang berjaya menurunkan berat badannya.

Dulu berat badannya mencecah 120 kg namun yang terkini beratnya hanya 78 kg sahaja. Saiz pinggangnya pula berubah dari 46 inci menjadi 36 inci.

Lelaki bernama Arif Sukri ini berkongsi jadual makanan dan juga dietnya. Disamping itu terdapat juga tips penting darinya.

Ini perkongsian dari Arif: Jom baca:

HILANG 40KG DALAM 3 BULAN

Saya telah menulis begitu banyak mengenai perjalanan mengurangkan berat badan. Hilang 40 kg dalam tempoh 3 bulan memang memerlukan banyak pengorbanan dan komitmen

Pada awal penulisan dahulu saya tidak mencadangkan korang untuk follow jadual pemakanan saya. Pada saya ambil tahu syarat-syarat makanan apa pun dah baik.

Hahaa. Tapi korang tak nak. Kemain juga nak tahu rejim dan jadual diet saya. Sama sahaja. Yang pasti makan kena cukup 6 kali sehari.

JADUAL MAKAN

1. Sarapan Pagi. Setiap pagi saya akan pastikan benda pertama masuk ke dalam mulut adalah air masak. Minum air masak segelas atau dua gelas sebelum solat subuh. Selepas itu boleh mula sarapan.

Jujur 2 minggu pertama saya makan OAT KOSONG. Hahaa. Tiada susu, kurma, atau buah. Oat dan air suam sahaja. Dia punya rasa ya tuhan. Tujuan 2 minggu pertama adalah nak potong makanan yang bergula. Selepas dua minggu pertama saya mula makan oat bersama susu gabung, kurma, kismis. Jam 6-9 pagi masa sesuai untuk sarapan.

2. Minum Pagi. Saya tidak cerewet dengan minum pagi. Sebab sebelum minum pagi pun saya minum air kosong banyak dah. Huhu. Untuk minum pagi korang boleh cari biskut oat dalam 3 keping atau kuih satu atau setidak-tidaknya adalah kurma. Saya pilih kurma sahaja.

3. Makan Tengahari. Ini kena kawal. 15-30 minit sebelum makan tengahari saya akan minum air masak terlebih dahulu. Ini agar perut saya terisi. Jadi nanti bila makan pun tak adalah nak makan banyak banyak sebab perut dah penuh air. Kahkah.

Tapi makan tetap kena makan. Nasi segenggam + ayam bakar, ikan bakar dan katakan tidak pada yang bergoreng. Kuah pula pilih yang paling sedikit penggunaan minyak. Saya pilih sup atau singgang. Dan pastikan ada sayur atau ulam-ulam. Serat bagus untuk badan kau juga.

4. Minum Petang. Pun sama. Kadang-kadang saya minum teh hijau kosong. Teh yang tiada gula ataupun kopi kelat sahaja. Hahaa. Rasa tak payah cakap. Kau minum dulu nanti bagitau.

Selama dua bulan berturut-turut saya tidak minum air yang mengandungi gula tambahan. Kalau tak mahu minum teh atau kopi kau boleh minum air kosong sahaja.

Milo untuk 2 bulan pertama saya tak ambil langsung. Sebab agak manis walau dibancuh tanpa gula. Untuk makan masa rehat petang-petang ni kau boleh cari kek, pau kacang atau biskut ringan tak lebih dari 3 keping.

5. Makan Malam. Di antara waktu 6-8 malam kau dah mesti makan malam. Terserah sama ada nak makan sama dengan menu tengahri atau nak ubah. Biasa malam saya akan makan bihun sup, mee sup ayam atau nasi berlauk sama macam tengahari.

Kuantiti tetap sama. Karbohidrat masih segenggam. Bihun sup separuh, mee sup separuh. Nasi pun separuh sahaja. Malam tak bagus kalau banyak sangat karbo.

6. Minum Malam. Saya akan akhiri hari diet dengan minum susu kosong dan campur sedikit oat, kurma dan sedikit madu. Saya pilih susu omega (plastik warna merah. Makan tak ada sebab dah ada oat sikit. Epal pun baik. Simpan stok banyak banyak. Hehe

BAHAGI KUANTITI MAKANAN

Bahagikan portion makan dengan bijak. Kejayaan mengurangkan berat badan adalah bergantung kepada gaya pemilihan makanan yang bijak dan jumlah kuantiti yang betul. Cara meletakkan kuantiti makanan seperti dalam pinggan ini sangat membantu. Hanya perlu masukkan jumlah yang tepat sahaja.

Ini adalah nutrisi yang memang perlu ada dalam setiap hidangan kita.

1 Karbohidrat ( Nasi putih, nasi perang atau roti)

2 Protein (Ayam, daging, ikan)

3 Fiber atau vitamin (Sayur, ulam-ulaman atau buah-buahan.

Dengan gabungan ketiga-tiga nutrisi ini ia sudahpun dapat menampung jumlah tenaga anda sehari-harian.

Dengan memilih makanan yang kurang minyak, rebus-rebusan atau jenis yang dipanggang anda sebenarnya sudah selangkah ke arah berat badan yang ideal. Lagi banyak anda kurangkan makanan berlemak, masin dan berminyak, lebih cepat peratus untuk anda kurangkan berat badan anda.

Boleh lah cuba formula pinggan nutrisi ini. Diet bukan tujuan. Matlamat kita adalah kesihatan yang berkualiti. Diet tidak ada ada pengakhiran dan ia adalah perjalanan hidup. Harap tip ini manfaat untuk korang semua.

BERSENAM

Pengalaman awal jogging saya dulu tidaklah indah semacam sekarang. Dengan jersi, seluar track dan kasut yang proper. Dulu jogging dengan baju cotton yang bapak tebal dan besar, seluar yang mengerbang dan kasut bola keranjang saiz 12. Itu pun mujur jumpa di bundle.

Orang kat taman ada yang duk tutup mulut nak tergelak. Ada yang pandang dengan wajah kasihan dan tak kurang ada jelingan mengejek. Saya ok saja. Walau dalam hati menangis dah tak sangga. Haha. Samalah dengan kau yang diet sekarang. Mesti pernah lalui fasa ini kan?

Pada saya mudah. Jika kita percaya dan hati dah nekad tak ada siapa yang boleh halang. Mereka nak ketawa, ejek itu mereka punya hal. Mereka tidak faham dengan perjuangan kita. Jika kau jelas dengan perjuangan sendiri teruskan sahaja.

Apa yang kau buat hari ini bukan untuk kebaikan mereka tetapi untuk diri sendiri. Masa kena uji dengan begitulah kau kena lebih kuat. Nak jadi orang hebat bermula dengan kerikil ujian, tangisan air mata dan keteguhan hati sekarang.

Hero tidak lahir dalam masa sehari. Tapi melalui ujian yang dilalui sehari-hari. Teruskan perjuangan. Bukti pada mereka yang kau takkan mati dengan ejekan dan kutukan itu. Hiduplah dengan bergaya!

Disindir, dihina bahkan ada satu masa saya dimalukan di dalam satu majlis keramaian yang agak besar gara-gara baju saya tidak menepati tema fesyen pada malam itu. Kahkahkah. Apakan daya jenama “My Size” sahaja yang ada. Nak berfesyen apa sangat woih. Mana nak cari baju fesyen-fesyen.

Masa tu saya fikir. Beginilah nasib menjadi seorang yang bersaiz besar dan adakalanya hampir-hampir saja saya mengatakan yang ini satu takdir. Ya. Takdir menjadi orang yang bersaiz besar. Kau tahu kawan. Sebenarnya tidak ada istilah takdir menjadi orang besar atau obes. Kalau kau kata ia adalah satu takdir maka saya ingin mengajak kau untuk mengubah takdir ini.

Mengubah takdir agar hidup kita menjadi lebih baik adalah satu pujian. Bahkan usaha mengurangkan berat badan bukan bertujuan memuaskan hati semua orang tetapi untuk memuaskan diri kita sendiri. Dalam masa yang sama memaksimumkan penjagaan kesihatan diri.

Bab orang nak hina-hina kau sindir-sindir kau itu masalah dia orang. Jangan kau nak ambil hati sangat. Percayalah selagi orang tidak menghina sikap dan akhlak kita itu jauh lebih bermakna.

Perubahan bermula dari dalam diri kau. Tiada yang memaksa tiada yang peduli. Kau sendiri yang kena peduli pada diri sendiri. Hari ini kawan-kawan yang pernah sindir-sindir itu datang kembali. Cuma nada mereka bukan lagi keji-keji. Yang tinggal hanya puji-puji.

Saya raikan mereka dengan baik dan terbuka kerana saya tidak gemar dengan perpecahan dan permusuhan. Yang lepas-lepas sudah. Cuma nostalgia lama itu mengajar saya erti bahawa untuk mencari sahabat kau kena cari yang betul-betul terima diri kau seadayanya.

Cari yang sungguh-sungguh ikhlas terima kau. Itu baru sahabat belum lagi teman hidup. Haha. Itu kau fikir sendiri. Arif Sukri masih Arif Sukri. Walau sekarang badan yang bersaiz 120 kg itu sudah tiada, jiwa saya tetap yang sama tapi mungkin sedikit sado lah kot.

Itu pun mungkin hasil air mata sedih dan kekentalan menahan ujian mental dan fizikal la kot. Kahkah. Untuk kau yang pernah mengalami kisah-kisah seperti saya harap kau kental dan tegarkan hati. Pekakkan telinga dan jalan terus. Buktikan pada mereka yang kau tidak termati dek makian itu.

Sumber: Arif Sukri – Ustaz Fitness Nasional

Kongsikan artikel ini.
  • 2.9K
  •  
  •  
  •  

Wajah Kusam Akan Jadi Berseri Kalau Korang Rajin Pakai Masker Homemade Ni!

Wajah Kusam Akan Jadi Berseri Kalau Ibu Rajin Pakai Masker Homemade Ni! Penjagaan kulit wajah yang berterusan akan dapat memastikan […]

Petua Mudah Dengan 2 Bahan ni, Boleh Singkirkan Lemak & Buat Perut Kenyang Berpanjangan!

Petua Mudah Dengan 2 Bahan ni, Boleh Singkirkan Lemak & Buat Perut Kenyang Berpanjangan! Berat badan yang susah nak turun […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *