Insurans Kesihatan Premium RM10 Sebulan Telah Dilancarkan Oleh DEUM

DEUM

Insurans Kesihatan Premium RM10 Sebulan Telah Dilancarkan Oleh DEUM. Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia (DEUM) hari ini telah melancarkan Keahlian SKUAD KASIH atau kad perubatan serendah RM120 setahun terbuka kepada semua terutama golongan berpendapatan rendah(B40).

Yang Dipertua DEUM, Datuk Seri Khairul Khuzaini Zamsani berkata, mana-mana individu yang berdaftar di bawah program SKUAD KASIH itu boleh menikmati faedah perubatan hospital sehingga RM100,000 setiap tahun.

BACA: Rupanya Boleh Guna Duit KWSP, EPF Untuk Labur Dalam Unit Amanah, Begini Caranya!

Insurans Kesihatan Premium RM10 Sebulan Telah Dilancarkan Oleh DEUM

Insurans Kesihatan

Menurut Datuk Seri Khairul Khuzaini, program tersebut merupakan yang pertama di Malaysia dan pihaknya terpanggil mewujudkannya berikutan mahu membantu golongan B40 mendapatkan bantuan perubatan sekiranya berlaku sebarang musibah.

Cara Untuk Mendaftar

“Individu yang berminat boleh terus berdaftar dengan kita. Konsep Program ini bukan seperti insurans yang ada di luar sana. Untuk permulaan, mereka hanya perlu membayar RM220 termasuk wang keahlian. Tetapi pada tahun berikutnya, mereka hanya perlu membayar RM120 setahun sahaja untuk memperbaharui keahlian mereka.”

“Ahli juga tidak perlu risau sekiranya mereka tidak mampu membayar untuk memperbaharui, keahlian tidak akan terbatal dan kita fleksibel untuk menukar kaedah pembayaran sama ada secara bulanan atau dua kali setahun.”

Majlis Pelancaran Keahlian SKUAD KASIH

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pra pelancaran Keahlian SKUAD KASIH di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua DEUM, Datuk Seri Norasri Che Husin.

Datuk Seri Khairul Khuzaini juga berkata, pihaknya menyasarkan seramai 300,000 individu akan berdaftar di bawah program tersebut sehingga hujung tahun ini.

“Fokus kita golongan seperti suri rumah dan belia-belia yang berdaftar di bawah program. Untuk permulaan ini, SKUAD KASIH akan membuat lawatan ke hospital pada setiap Jumaat bagi memperkenalkan program kepada individu yang memerlukan bantuan.”

Datuk Seri Khairul Khuzaini berkata, program ini terbuka kepada semua yang berusia 30 hari hingga 70 tahun. Dan apa yang menariknya, program ini boleh disertai sesiapa sahaja dan tidak perlu membuat pemeriksaan kesihatan tetapi mereka hanya perlu mengisytiharkan status kesihatan ketika mengisi borang secara dalam talian,” beliau berkata ketika mengumumkan Pelancaran Program SKUAD KASIH akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 26 Oktober ini di Bangi.

INI DOA

‘Me Time’ Yang Terbaik, Biar Isteri Ada ‘Quality Time’ Dengan TuhanNya

‘Me Time’ Yang Terbaik, Biar Isteri Ada ‘Quality Time’ Dengan TuhanNya. Penting bagi isteri ada ‘Me Time’ nya sendiri. Waktu […]

Subhanallah, Satu Keluarga Pilih Islam. Sucinya Umpama Sehelai Kain Putih!

Subhanallah, Satu Keluarga Pilih Islam. Sucinya Umpama Sehelai Kain Putih!. Tanggal 17 September lalu menjadi tanggal penuh bersejarah buat keluarga […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *