“InsyaAllah anak, masa kamu akan tiba nanti” Bapa syukur Ainul Mardhiah tunjuk perkembangan positif

“InsyaAllah anak, masa kamu akan tiba nanti” Bapa syukur Ainul Mardhiah tunjuk perkembangan positif. Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang telah selamat menjalani pembedahan di London bagi membuang ketumbuhan di mulutnya kini terus menunjukkan perkembangan positif dan menjadi harapan kedua ibu bapanya agar dia membesar secara normal seperti bayi lain.

Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24 berkata, hampir setahun mereka lalui keadaan ulang-alik ke hospital bagi rawatan Ainul Mardhiah dan mereka sudah biasa dengan situasi itu demi kesihatan bayinya itu.

“Alhamdulillah, Ainul Mardhiah kekal sihat dan menunjukkan perkembangan positif setiap hari. Sudah hampir setahun, kamu keluar masuk hospital, walid dengan mama sudah terbiasa.

“Alhamdulillah, Ainul Mardhiah kekal sihat dan menunjukkan perkembangan positif setiap hari. Sudah hampir setahun, kamu keluar masuk hospital, walid dengan mama sudah terbiasa.

“Janji kamu dapat sihat sepenuhnya anak. Besar harapan kami mahu melihat kamu membesar secara normal seperti bayi lain. InsyaAllah anak, masa kamu akan tiba nanti. Kamu akan menjadi anak yang bermanfaat dan membahagiakan kami.

“Sekarang, biar mama dan walid berbakti kepada kamu dulu sebab kamu adalah tanggungjawab kami. Apapun berlaku, mama dengan walid akan sentiasa berada di sisi Ainul.

Ainul dan keluarga telah selamat pulang ke tanah air pada 28 Julai lalu. – Sinar Harian

Sampai Madinah Terus Sedih, Kembara Berbasikal 4000 Km Tunai Haji Pemuda Ini Buat Ramai Kagum

(Video) Sampai Madinah Terus Menangis, Kembara Berbasikal 4000 Km Tunai Haji Pemuda Ini Buat Netizen Kagum. Haji merupakan rukun Islam kelima […]

Kanak-Kanak 1 Tahun Meninggal Dunia Kerana Asap Rokok, Ingat Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok!

Anak 1 Tahun ‘Pergi’ Kerana Asap Rokok, Ingat Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok! Apa Relx Alpha Buat Sampai […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *