Isteri Kerap Marah Itu Sebenarnya Dia Sayang! Lelaki Je Yang Tak Faham..

Isteri Kerap Marah Itu Sebenarnya Dia Sayang! Lelaki Je Yang Tak Faham. Sebenarnya isteri yang kerap marah adalah sebab dia dah tak mampu nak uruskan emosinya yang berat. Kadang suami dan anak-anaklah mangsanya.

Haaa… sebab itulah kaum suami kena bagi selalu berkomunikasi dengan isteri, jadi pendengar yang baik buat isteri. Nak lagi bahagia, ikut cara saudara Abu Hurairah Asifa ini. In shaa Allah isteri yang suka membebel atau marah akan berubah jadi wanita yang penyayang…

Ini Cara Boleh Sejukkan Hati Isteri

Sejak akhir-akhir ni, isteri kerap marah.

Masuk kereta marah, balik rumah marah, tengah mandi marah, dekat dapur marah, tengah suap makan marah, tengah jalan marah.

Allahu, kadang tak mampu menghadapi isteri yang marah ni. Lihat wajahnya sudahlah ngeri, senyumannya menjadi masam macam susu basi, kata-katanya seperti petir yang menyambar bumi. Hanya rupanya masih lah seorang siti.

Bila dia marah, saya lebih banyak diam. Selawat dan minta Tuhan tolong kuatkan hatinya. Kuatkan jiwanya. Kuatkan segalanya. Saya cuba faham tapi tak boleh tanya kenapa.

Kadang berhari-hari melayani marahnya.

Ada masa sejam dua kemudian tambah seminit tiga semula.

Diam dan sabar sahaja, itu kuncinya. Walau demi Allah, tak pernah mudah.

Selesai isteri marah, saya ajak makan. Bagi dia makan apa yang dia suka. Ajak dia pergi Ikea atau mana tempat yang dia suka. Pergi bata beli kasut baru untuknya.

Cuba Tanya Dan Selami Hati Seorang Isteri

Dalam kereta, saya tanya biasa saja.

“Boleh abang tahu kenapa awak marah-marah? Saya kesian dengan awak. Tapi, saya mampu diam sebab saya tak tahu apa masalah sebenar”

Isteri diam. Dia tundukkan wajahnya.

Rupanya dia terbeban. Ya, apalagi dalam hidup hari ini, suami dan isteri perlu saling memburu untuk kelangsungan hidup, maka itu amat menekan emosi isteri.

Dalam dia sibuk bekerja, sebenarnya dia mahu duduk dirumah. Dia mahu hiburkan suaminya. Dia mahu jaga anak-anaknya. Dia mahu masak yang sedap-sedap untuk orang yang dia sayang. Dia mahu memeluk mesra suami dan anaknya.

Tapi, dia tak boleh. Dia juga kena bekerja. Dia juga kena berusaha.Dia kena mencari rezeki bersama. Dia juga tertekan dengan rakan dan stafnya. Dia juga menhadapi bisnes yang turun dan naik.

Itu membuatkan isteri kita akan jadi marah.

Maka, dia bukan marahkan suaminya. Dia cuma tak tahu nak meletakkan marah itu dimana.

Sebab itulah yang kita lihat banyaknya status luahan di KRT atau FB adalah dari wanita yang begini rupa. Mereka marah tanpa mereka sedar.

Jadi apa yang kita boleh buat sebagai suami?

Sama ada kita suka atau tidak, kita hadapi saja marahnya. Panasnya. Emosinya. Rajuknya. Leternya.

Kenapa Isteri Begitu?

Sebab, hanya suami yang isteri kita ada.

Isteri tidak pandai main futsal untuk hilangkan tensen macam kita. Isteri tak reti download movie dan menontonnya sambil suka-suka. Isteri tak pandai keluar berhibur tanpa anak dan suaminya.

Apabila isteri cuba bicara tentang masalah mereka, pada pandangan pihak suami pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut.

Tidak! Tak perlu selesaikan pun.

Di sini suami harus faham dimana mereka tidak perlu mencanangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita.

Kerana, apabila isteri mahu meluahkan apa yang dia rasa, itu tanda kita lelaki yang paling dia cinta dan percaya. Selamat berjuang buat suami yang selalu sabar dengan karenah isteri mereka. Termasuk saya. Isteri kita, bukti cinta kita pada Tuhan kita.

Sumber: Mingguan Wanita

Hilang Keyakinan Diri Kerana Kurang Cantik? Jangan Malu Dengan Diri Sendiri!

Hilang Keyakinan Diri Kerana Kurang Cantik. Ada yang bermasalah kerana dilahirkan mempunyai wajah yang kurang cantik berbanding rakan lain. Sehinggakan hendak berkenalan dengan lelaki pun jadi malu. Bagaimanakah cara terbaik untuk diri lebih berkeyakinan dalam mencari seseorang yang boleh menerima seadanya?

Menarik itu abstrak malah berbeza mengikut pendapat individu. Menarik bukan saja pada rupa paras dan bentuk tubuh. Menarik juga boleh terdapat pada sifat, sikap, cara berbual malah layanan seseorang.

Setiap individu punyai tarikan yang tersendiri untuk memikat individu lainnya. Jangan terlalu merendah diri hingga tidak bersyukur dengan anugerah Ilahi. Usahakan untuk menjadi diri anda sendiri, tampil memikat hati menerusi sikap dan perwatakan.

Tumpahkan kasih sepenuhnya kepada Ilahi, DIA akan datangkan insan-insan yang juga kasih kepada-Nya untuk turut kasihkan anda seadanya.

Sesungguhnya cinta dan kasih sayang itu anugerah! “Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Allah Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (wudda) dalam hati mereka.” – Maryam ayat 96.

Yakin kepada-Nya, akan tiba saat yang terbaik untuk anda dipasangkan. Tak guna dikasihi kerana kecantikan kerana tatkala kecantikan tiada lagi, pasti anda akan kehilangan kasihnya juga. Berkawanlah dengan semua manusia, tidak kira lelaki atau perempuan. Ikhlas dan jujur, insya-Allah akan ditemukan dengan pasangan yang baik juga nanti.

Masalah Dalaman, Wanita Perlu Ambil Tahu

Selaput dara tebal adalah terma yang sangat umum. Ramai yang beranggapan apabila penetrasi penis gagal dilakukan setiap kali ingin melakukan hubungan seksual, maka wanita tersebut mempunyai masalah selaput dara tebal. Sebenarnya, tidak semua kes berkaitan dengan selaput dara tebal.

Apabila istilah ‘selaput dara tebal’ diterjemahkan ke dalam kamus perubatan, ia lebih bermaksud kepada imperforate hymen. Ia adalah keadaan di mana selaput dara menutupi keseluruhan atau vagina hampir keseluruhan bukaan vagina.

Selalunya apabila selaput dara menutupi keseluruhan bukaan vagina, masalah tersebut akan diketahui lebih awal lagi semasa usia kedatangan haid.

Ini kerana apabila tiada bukaan vagina, kanak-kanak perempuan didatangi haid akan mula merasa sakit. Darah haid tersebut tidak dapat keluar, lalu berkumpul di dalam vagina dan menyebabkan kesakitan. Jika kes ini berlaku, ibu bapa harus membawa kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan doktor.

Apabila keadaan ini dikenalpasti, maka pembedahan kecil, di mana doktor akan memecahkan selaput dara sepenuhnya ke atas kanak-kanak tersebut bagi membolehkan pendarahan haid berlaku dengan lancar.

Kadang-kadang, imperforate hymen boleh mempunyai satu atau beberapa lubang kecil untuk membenarkan pendarahan haid berlaku setiap bulan.

Oleh itu, keadaan ini tidak akan diketahui sehingga wanita tersebut ingin melakukan hubungan seksual apabila berlakunya sekatan atau halangan terhadap penetrasi/kemasukan penis.

Terdapat juga wanita yang mempunyai selaput dara atau membran tambahan (Selain daripada selaput dara), merentangi bukaan vagina/faraj. Keadaan ini juga menyebabkan berlaku halangan terhadap penetrasi/kemasukan penis.

Kedua-dua keadaan ini memerlukan pembedahan kecil untuk memecah/mengoyakkan selaput dara atau membuang selaput tambahan yang merentangi bukaan vagina. Selepas prosedur ini dilakukan, wanita tersebut sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk melakukan hubungan seksual dan penetrasi penis. Keadaan begini sangat jarang berlaku iaitu kurang dari 1 peratus.

Kongsikan artikel ini.
  • 4.5K
  •  
  •  
  •  

Mesti Ramai Yang Tidak Tahu Khasiat Bismillah 5, Pendinding Dan Ayat Penyembuh (Syifa) Segala Penyakit!

Mesti Ramai Yang Tidak Tahu Khasiat Bismillah 5, Pendinding Dan Ayat Penyembuh (Syifa) Segala Penyakit! Bismillah 5 adalah pendinding dan […]

Tak Perlu Risau Kalau Lambat Bertemu Dengan Jodoh Dari Tersalah Pilih Pasangan!

Jangan Risau Kalau Lambat Jumpa Jodoh Dari Tersalah Pilih Pasangan! Memang menjadi isu yang hangat bila berbicara tentang kahwin. Lebih-lebih […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *