Jangan Pernah Berputus Asa! Allah SWT Dah Tetapkan Jodoh Kita Semua!

Jangan Pernah Berputus Asa! Allah SWT Dah Tetapkan Jodoh Kita. Menyusuri rentetan jodoh sesat jelas membuktikan kalau sudah jodoh tak ke mana kerana Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Segalanya tidak mustahil jika hubungan berpegang teguh kepada ketentuan Allah SWT dan pastinya ia berakhir dengan sebuah kemanisan.

 

JODOH INI TIDAK DIDUGA

Jodoh itu tidak diduga. Nak dijadikan cerita, dia merupakan rakan sekelas aku ketika zaman sekolah. Khairul merupakan seorang pengawas sekolah manakala aku hanyalah seorang pelajar biasa. Sifatnya yang suka menyakat rakan-rakan terutamanya perempuan di dalam kelas membuatkan aku kurang selesa dengannya. Tambahan pula aku seorang yang agak susah bergaul dengan rakan lelaki.

 

Koyakkan Kertas Lukisan

Bermula detik dia mengoyakkan kertas lukisan aku, tanpa disedari itulah detik pertama perbualan aku dengan Khairul. Walaupun bermula dengan perbualan yang agak kasar namun dia tahu itu saja cara aku akan mula bercakap dengannya. Dari situ kami mula berinteraksi. Khairul cuba mendapatkan nombor telefon aku daripada rakan lain dan kami mula berhubung.

 

Cuba Memujuk

Khairul cuba memujuk aku di atas insiden sebelum ini. Melihatkan kesungguhannya, di situlah aku mula lembut hati dengannya. Ya! Memang orang kata cinta zaman sekolah itu cinta monyet tapi aku berjaya membuktikan dengan 10 tahun perkenalan, kami akhirnya berjaya ke mahligai cinta. Siapa sangka jodoh sesat aku merupakan orang yang dikenali sejak zaman sekolah. Alhamdulillah kami tidak ragu-ragu atas hubungan yang dibina. Oleh itu kami mula serius dan mengambil keputusan untuk berkahwin selepas sama-sama yakin yang kami sudah bersedia dari semua aspek. Selain itu, aku percaya Allah sudah menetapkan jodoh kami untuk bersama.

 

HANYA WHATSAPP PENGHUBUNG

Kami tidak berjumpa kerana masing-masing menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, seterusnya bekerja di tempat yang berbeza dan agak jauh. Namun hanya WhatsApp yang menghubungkan kami berdua. Bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, tanggal 19 September 2016 dia terus menghantar rombongan merisik ke rumah aku dan kami bertunang pada tarikh tersebut. Itulah merupakan detik perjumpaan kami semula.

Merisik Dan Tunang

Pada hari merisik dan pertunangan tersebut, sememangnya Khairul dan famili datang dengan hajat melamar selain ingin menetapkan tarikh ikatan perkahwinan yang dijangka satu tahun dua bulan dari hari tersebut. Alhamdulillah jodoh kami kuat. Siapa sangka kawan kelas yang pernah aku benci dan gaduh dahulu itulah yang bakal menjadi jodoh serta imam buat aku.

 

TIDAK SEMANIS SEPERTI PASANGAN LAIN

Bagi yang bernasib baik, barangkali mudah untuk ketemu jodoh manakala yang kurang bertuah, ada-ada sahaja halangan yang mendatang sehinggakan semangat untuk mencari jodoh yang didambakan seakan-akan terpadam. Bertuahnya mereka yang bertemu jodoh tanpa perlu bersusah-payah. Mungkin mereka inilah insan yang ‘terpilih’ kerana begitu mudah jodoh datang mendekat.

 

Yakin Itu Jodoh

Aku yakin dengan jodoh kami. Walaupun detik pertemuan kami dahulu bermula dengan pergaduhan dan tidaklah semanis seperti pasangan lain namun kami yakin untuk terus mengenali dengan lebih rapat. Aku percaya dia jodoh yang dikirimkan Tuhan untukku. Apa yang membuatkan aku tertarik dengan dirinya ialah sifat Khairul yang penyabar, setia dan ada wawasan dalam hidup membuatkan aku tekad menerimanya dan bersedia untuk susah senang bersamanya.

 

Dirancang Oleh Allah

Pada aku, jodoh ini telah ditetapkan dan dirancang oleh Allah SWT kerana ia merupakan pertemuan yang tidak disangka-sangka namun ia merupakan saat manis dan indah jika dirasai. Kesungguhan haruslah datang daripada kedua-dua belah pihak. Jika keduanya ada niat yang sama, maka tidak mustahil ikatan yang halal akan terbina. Nasihat aku kepada mereka yang bertemu jodoh sesat, cuba untuk terima dan beri peluang kepada pasangan anda untuk membuktikan cintanya. Siapa sangka mungkin dia merupakan jodoh yang terbaik untuk anda. Jangan pernah berhenti untuk mencuba dan memberi peluang. Itu merupakan senjata segala-galanya!

Sumber: Pesona Pengantin

Kongsikan artikel ini.
  • 9.1K
  •  
  •  
  •  

5 Sebab Anda Perlu Lebih Rajin Ambil Gambar Isteri..

5 Sebab Anda Perlu Lebih Rajin Ambil Gambar Isteri. Perasan tak, kalau ada apa-apa perayaan atau event, si isterilah yang […]

Jika Nak Bahagia, Jangan Berkawan Dengan Orang Negatif!

Jika Nak Bahagia, Jangan Berkawan Dengan Orang Negatif! Agak-agak mampu tak membezakan orang yang negatif dan yang lebih positif dalam […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *