Jangan Pernah Takut Nak Kahwin. Allah Tak Pernah Tipu Tentang Rezeki Yang Dijanjikan!

Jangan Pernah Takut Nak Kahwin. Allah Tak Pernah Tipu Tentang Rezeki Yang Dijanjikan! Setiap pasangan yang bercinta mesti bercita-cita nak menamatkan zaman bujang dan hidup bersama pasangan secepat yang mungkin. Namun, bukan senang nak kahwin dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Buat majlis simple pun memerlukan belanja juga. Ini yang membuat sesetengah daripada kita takut untuk meneruskan ke peringkat seterusnya. Takut jika kita tidak mampu untuk menghadapi dugaan hidup selepas berumah tangga.

Rezeki dari perkahwinan & anak

Dia pernah ceritakan pada aku kisah-kisah hidup dia yang terdahulu sebelum kahwin. Walaupun dia hidup membujang tapi duit selalu tidak mencukupi. Nak bayar sewa bilik sebulan sekali pun menggagau duit dalam poket. Dapat makan sekali sehari pun rasa cukup-cukup bersyukur. Bila nak kahwin, dia tak yakin yang dia mampu jaga anak dara orang sebaik-baiknya. Pesan mak dia, “Kahwin la. Tak kahwin hang takkan tahu rezeki hang seluas mana. Kalau dah hidup senang nanti jangan lupa bahagiakan isteri & anak-anak, depa la punca pintu rezeki hang terbuka.”

Pintu Rezeki Terbuka

Lepas kahwin, pintu rezeki kami sedikit terbuka. Dari dia bekerja sebagai mat despatch pada sebuah syarikat pengiklanan, Allah bagi dia jalan untuk buat kerja sendiri dengan mengambil upah untuk jadi runner dengan upah kerja RM250-RM350/1 job untuk lesen perniagaan. Masa tu hidup kami alhamdulilah cukup pakai makan minum. Yela, dengan gaji despatch dia boleh bayar komitmen kami (rumah, motor, kereta, elektrik, air dll), yang part time rider Domino piza boleh buat makan-makan setiap minggu dan yang upah runner kami buat duit saving kami kalau ada kecemasan, yuran pengajian aku, beli buku nota dan nak shopping kadang-kadang.

Menimang Cahaya Mata

Sekali lagi Allah bukakan pintu rezeki kami. Bagi aku pintu rezeki kami kali ini terbuka luas. Bukan hanya kami berdua yang merasa rezeki ini, malah ada yang dapat menumpang merasa sekali. Semalam, aku dan dia bersembang tentang perjalanan perkahwinan kami berdua, aku sebak mengalirkan airmata, dia di sebelah buat-buat tenang padahal aku tahu dia nak mengalirkan airmata sekali. Lelaki kena cool beb. Aku tahu dia mahu bersikap macho namun getar suara dia tak boleh sorok dari aku.

Tipu Jika Tidak Mengalirkan Air Mata

Tipulah kalau aku katakan aku tak mengalirkan airmata bila melihat kejayaan kami sekarang. Di sini ada beberapa tips kejayaan dari kami, bahagiakan isteri, tunaikan tanggungjawab suami isteri, jangan derhaka pada suami, saling menghormati, abaikan isu kecil yang boleh menyebabkan pergaduhan tercetus, saling support each other, abaikan apa orang kata tentang diri & pasangan kita, solat jemaah sama-sama & jadi kawan baik. InsyaAllah, Allah merahmati rumah tangga & pintu rezeki sentiasa terbuka. Mengapa Wajah Kita Mirip Dan Seiras Dengan Pasangan? Ini Jawapannya. Malah ada orang kata, pasangan yang serasi dan bahagia itu memang mempunyai muka yang sama? Namun sejauh mana kebenaran ini?

Kerap bersama

Satu kajian psikologi mengatakan semakin kerap pasangan itu menghabiskan waktu bersama atau mempunyai komunikasi sosial yang berpanjangan, mereka akan semakin mirip rupa antara satu sama lain. Ini kerana cara hidup mereka sudah bersatu dan mempengaruhi antara satu sama lain. Jadi tidak hairanlah kalau muka pasangan itu ada iras-iras kerana mereka melakukan rutin harian, aktiviti dan mengikut cara hidup orang yang dicintainya bersama.

Dari awal memang cari pasangan wajah seiras

Dalam tak sedar ketika kita mencari pasangan, kita sebenarnya mencari seseorang yang mempunyai persamaan dengan diri kita termasuklah wajah dan penampilan. Biasanya kita akan tertarik dengan seseorang yang hampir sama dengan diri kita. Otak juga memainkan peranan dalam hal ini kerana sewaktu kita melihat seseorang yang punya sedikit persamaan dengan diri, kita akan mudah jatuh hati dengannya.

Emosi boleh mengubah karakter wajah

Hasil kajian tersebut mendapati wajah pasangan yang telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain. Menurutnya, semakin bahagia sesuatu pasangan itu, semakin mereka mempunyai persamaan pada muka. Ini kerana manusia mempunyai empati, biasanya emosi dan reaksi yang ditunjukkan disesuaikan dengan orang berada dekat dengannya. Dalam pada itu katanya, otot-otot tubuh manusia berkembang atau berubah mengikut kegunaannya. Sebagai contoh, pasangan yang sering ketawa bersama akan mempunyai kedutan yang sama pada wajahnya. Kalau kedua-duanya suka berbual, maka struktur pipi mereka juga akan ikut berubah.

Sumber: Pesona Pengantin

Kongsikan artikel ini.
  • 47.8K
  •  
  •  
  •  

Betapa Mahalnya Harga Seorang Anak Sulung Di Dalam Keluarga, Jangan Pandang Rendah Terhadap Mereka!

Betapa Mahalnya Harga Seorang Anak Sulung Dalam Keluarga. Kasih sayang adik beradik sama ada anak sulung sehinggalah anak bongsu sememangnya […]

Bukan Hanya Urut-urut Di Perut, Terus Boleh Kata Rahim Jatuh!

Bukan Hanya Urut-urut Di Perut, Terus Boleh Kata Rahim Jatuh! Betul ke lepas beranak, kaum mak-mak akan berisiko mengalami rahim […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *