Jangan Risau Jodoh Tidak Kunjung Tiba! Allah Tetapkan Yang Terbaik Buat Kita!

Jangan Risau Jodoh Tidak Kunjung Tiba! Allah Tetapkan Yang Terbaik Buat Kita. Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah. Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh. Jodoh datang tanpa diduga, baru berkenalan namun sudah ke arah sebuah perkahwinan. Ada juga yang yang sudah bertahun mengenali antara satu sama lain, putus tanpa penghujungnya.

1. Tidak perkenalkan anda

Salah satu hal yang meyakinkan anda untuk menganggap bahawa si dia bukan jodoh yang tepat apabila dia tidak mengenalkan anda pada orang-orang terdekatnya. Seolah-olah dia mahu menyembunyikan hubungan tersebut dari ketahui orang. Biasanya seorang yang serius tidak akan malu untuk memperkenalkan anda kepada orang tua dan kawan-kawannya. Apabila dia mengajak anda untuk bertemu orang tuanya, maka sudah pasti ia tidak akan berani bermain-main dan mahu ke tahap yang lebih serius.

2. Meletak syarat yang mustahil

Cinta adalah berusaha menerima segala kekurangan dan mengabaikan segala keburukan. Dalam hal ini cinta sebagai pasangan ialah yang mampu menerima kekurangan dan kelebihan satu sama lain. Apalagi jika ada komitmen untuk melangkah ke peringkat yang lebih serius tentu setiap pasangan tidak akan mengenakan syarat yang sukar dipenuhi oleh pasangannya. Jika sidia berbuat demikian bermakna, dia bukanlah jodoh yang tepat.

3. Kurang komunikasi

Komunikasi merupakan perkara penting dalam sebuah hubungan. Tanpa komunikasi, maka sebuah hubungan jadi semakin hambar. Banyak yang mengatakan jika seseorang berjodoh dengan kita maka kita akan mudah untuk berkomunikasi dengannya. Sebaliknya jika anda jarang berkomunikasi, menandakan dia bukanlah pilihan yang tepat. Maka segeralah lepaskan, sebelum hubungan ke arah yang serius.

4. Tiada Rasa Percaya

Kepercayaan merupakan perkara utama dalam perhubungan. Jika tidak ada rasa saling percaya maka hubungan yang dibina akan dipenuhi rasa curiga. Jika tiada rasa percaya bagaimana hubungan akan di lanjutkan ke perkahwinan. Karena jika ia adalah jodoh yang di takdirkan kepada kita maka dalam hati keduanya akan saling percaya meskipun terpisah oleh jarak yang jauh.’

5. Tidak Ada Komitmen

Hubungan yang baik akan selalu dilandasi oleh komitmen yang kuat. Baik anda ataupun si dia harus memiliki komitmen untuk bisa melanjutkan hubungan ke jenjang yang lebih serius . Banyak pasangan yang memiliki komitmen kuat namun, pada akhirnya tidak berjodoh. Nah, bagaimana yang komitmennya saja sudah tidak ada. Apakah layak disebut jodoh.

6. Jodoh Tidak Disukai Keluarga

Perkahwinan bukan hanya menyatukan anda dan bakal pasangan, namun juga menyatukan dua keluarga besar. Bermakna siapapun jodoh anda tentunya akan boleh diterima oleh pihak keluarga satu sama lain. Namun, jika keluarga anda terutama kedua orang tua anda tidak menyukai pasangan anda, maka fikirkan kembali, apakah dia jodoh terbaik untuk anda.

Artikel Lain

7 Tip Kurus Untuk Lelaki Gemuk

Lelaki pada zaman ini pastinya ingin tampil lebih maskulin dan macho. Mereka bijak berhias dan lebih peka dalam menjaga penampilan diri serta kesihatan. Namun begitu, masalah berat badan sering menjadi sebab golongan lelaki malas untuk bersiap dan memperkemaskan diri.

1. WAJIB BERSENAM

Untuk menurunkan berat badan, perkara utama yang harus dilakukan adalah bersenam secara berkala. Anda perlu lakukan senaman kerana lemak-lemak lelaki selalunya sukar untuk dipecahkan melainkan melalui senaman yang berterusan. Antara senaman yang boleh menguruskan badan ialah joging, berenang dan berjalan kaki. Untuk memecahkan lemak yang tebal, anda perlu lakukan senaman kecergasan dan senaman berat di gim.

2. AMBIL PEMAKANAN SEIMBANG

Pilihlah diet makanan yang seimbang dalam kuantiti yang sedikit. Jauhi gula, karbohidrat, makanan segera atau makanan yang diproses, selain makanan berlemak dengan pengambilan yang terlalu banyak. Pilihlah buah-buahan yang segar dan yang paling banyak memberikan nutrisi seperti anggur hitam, plum, strawberi atau buah pic.

3. BIARKAN PERUT RASA LAPAR

Jika ingin menguruskan badan dengan cara yang cepat dan selamat, anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang lapar iaitu berpuasa. Selepas anda melakukan senaman atau ketika ingin berbuka puasa, jangan makan terlalu banyak. Perut yang sentiasa lapar bermakna lemak-lemak anda sedang dibakar untuk ditukarkan kepada tenaga. Kaedah ini jika dilakukan secara konsisten akan menghasilkan kesan yang amat menakjubkan.

4. UBAH GAYA HIDUP

Tinggalkan gaya hidup anda yang negatif kepada hidup yang lebih bermakna dan menyeronokkan. Contohnya, jika anda selalu bermain permainan video terlalu lama, banyak tidur atau lepak sambil menonton televisyen, berhentilah segera dan ubah perangai buruk tersebut. Tukarkan aktiviti tersebut dengan aktiviti yang lebih seronok seperti menolong ibu membuat kerja-kerja rumah, menukang, berkebun, memanjat gunung atau keluar beriadah dengan berjalan-jalan di taman.

5. BERHENTI MEROKOK

Tahukah anda, rokok atau seumpamanya mengandungi bahan kimia tinggi yang akan melemahkan anda secara fizikal dan mental? Jadi, kuatkanlah semangat untuk berhenti dari terus-menerus menghisap bahan kimia demi kelangsungan hidup yang sihat dan berpanjangan. Kehidupan anda bukan sahaja semakin sihat, malah anda juga dapat menyimpan duit dan berjimat cermat.

Kena Baca! Wanita Garang Sebenarnya Membuat Lelaki Lebih Bahagia. Betul Ke?

Kena Baca! Wanita Garang Sebenarnya Membuat Lelaki Lebih Bahagia. Betul Ke? Kalau ikutkan ramai lelaki takut kalau dapat pasangan/isteri garang. […]

Inilah Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Inilah Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam. Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *