Tak Perlu Risau Kalau Lambat Bertemu Dengan Jodoh Dari Tersalah Pilih Pasangan!

Jangan Risau Kalau Lambat Jumpa Jodoh Dari Tersalah Pilih Pasangan! Memang menjadi isu yang hangat bila berbicara tentang kahwin. Lebih-lebih lagi melibatkan mereka yang masih belum melangsungkan perkahwinan. Kita sedia maklum bahawa sebahagian besar penduduk di Malaysia ramai yang masih belum berkahwin kerana beberapa faktor.

Kenapa Memilih Untuk Lambat Berkahwin?

Satu tinjauan dari Love and Relationship Coach menyatakan bahawa sebilangan orang yang tidak berkahwin pada usia 30 tahun ke atas memilih untuk lambat dalam perkahwinan daripada berkahwin dengan cepat tetapi gagal dan terpaksa bercerai kerana memilih pasangan. Mereka mempunyai sebab yang logik mengapa lebih baik lambat kahwin kerana jika mereka sudah berkahwin tetapi hanya menyedari bahawa mereka salah memilih pasangan, ini akan ada harga mahal yang harus dibayar untuk kesilapan tersebut.

Tekanan Usia

Menurut kaunselor dari Love and Relationship Coach lagi, ramai wanita terlalu cepat memutuskan untuk berkahwin hanya kerana tekanan usia, keluarga dan komuniti atau sebab kesihatan organ-organ pembiakan pada usia 30 dan ke atas. Walaubagaimanapun, berjuang untuk pilihan yang tepat dalam memilih pasangan perkahwinan adalah jauh lebih baik daripada semua sebab-sebab sebelumnya.

Mendapat Pasangan Tepat

Adalah lebih baik untuk lambat berkahwin selagi anda boleh mendapatkan pilihan pasangan yang tepat untuk perkahwinan yang kekal sehingga akhir hayat daripada berkahwin dengan cepat dan tergesa-gesa tetapi berakhir dengan perceraian kerana menyesali memilih pasangan yang tidak baik.

Tidak Perlu Ambil Hati

Buat anda yang masih belum berkahwin tidak perlu ambil hati. Pastikan anda tidak tersalah dalam menentukan siapa yang sepatutnya menjadi pasangan hidup anda supaya anda boleh mencapai kebahagiaan dalam perkahwinan sebenar di masa depan.

Nak Betul-Betul Pikat Hati Cik Abang, Ini Isteri Kena Buat

Siapa yang tak sayang suami kan. Tapi bila hubungan dah makin lama, rasa sayang dan romantik itu dah kurang. jadi apa para isteri perlu buat ye untuk tambat balik hati suami dan rasa seperti baru kahwin? Biar hangat berpanjangan. Jangan separuh jalan je tau!

1. GUNA PANGGILAN MANJA

Cari nama panggilan yang disukai suami dan panggillah dengan nama itu.

2. ELAK MEMBEBEL

Inilah lumrah seorang isteri. Walaupun tak berniat melukakan hati, ramai lelaki stres kalau dimarahi atau dinasihati dengan cara yang salah. Elak melawan kata suami, terutamanya ketika masing-masing sedang marah. Biar dia ‘cool down’ dulu, baru cari peluang untuk bercakap dengan suami.

3. MEMINTA MAAF TAK BERERTI SALAH

Segera minta maaf jika anda ada lakukan kesalahan. Suami, hatinya mudah cair dan tersentuh.

4. MULIAKAN SUAMI

Bercakap yang baik-baik sahaja mengenai suami apabila di hadapan keluarganya dan rakan-rakan. Seringlah memuji suami di hadapan anak-anak.

5. PANDAI AMBIL HATI MERTUA

Hormati dan sayangi mak mertua. Jika anda baik melayan keluarga mertua, pasti suami bertambah kasih pada anda.

6. BUAT KEJUTAN

Bangun awal dari suami dan siap-siap sediakan makanan kegemarannya. Pakai pakaian yang cantik walaupun berada di rumah, dan gunakan sedikit wangian. Suami pasti teruja jika anda buat kejutan dengan masakkan makanan kegemarannya.

Sumber: Pesona Pengantin

Kongsikan artikel ini.
  • 1.7K
  •  
  •  
  •  

Isteri Kerap Marah Itu Sebenarnya Dia Sayang! Lelaki Je Yang Tak Faham..

Isteri Kerap Marah Itu Sebenarnya Dia Sayang! Lelaki Je Yang Tak Faham. Sebenarnya isteri yang kerap marah adalah sebab dia […]

Punya Liat Nak Bangun Solat Malam, TAPI Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud

Punya Liat Nak Bangun Solat Malam, TAPI Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud. Ramadhan ini sebenarnya […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *