Jika Ingin Bahagia, Ambil Tahu 5 Sebab Penting Mengapa Lepas Kahwin Perlu Pindah Keluar! Yang No. 5 Paling Penting.

Jika Ingin Bahagia, Ambil Tahu 5 Sebab Penting Mengapa Lepas Kahwin Perlu Pindah Keluar! Yang No. 5 Paling Penting. Perkahwinan adalah dunia baru bagi pasangan yang berkahwin. Dari hari pertama bernikah anda mula mengenali hati budi dan sikap pasangan yang selama ini hanya diketahui secara luaran. Namun apabila tinggal bersama dapat memberi peluang pasangan pengantin mengatur kehidupan dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

Menjadi Dilema Pasangan

Walau bagaimanapun, berpindah selepas berkahwin sering kali menjadi dilema bagi pasangan pengantin baru. Ini kerana terdapat beberapa faktor dan halangan sebelum anda boleh berpindah serta memulakan kehidupan yang baru. Antaranya masalah kewangan, Ini kerana ekonomi belum mantap dan banyak menggunakan duit masa berkahwin membuatkan anda terpaksa menumpang keluarga.

Kos Sara Hidup

Ditambah pula dengan kos hidup yang tinggi dan harga rumah sewa yang mahal, jauh dari tempat kerja serta tidak mempunyai kenderaan menjadikan pasangan yang baru berkahwin berhadapan dengan beberapa masalah yang perlu difikirkan sebelum berpindah.

Mengajar Berdikari

Mengajar pasangan berdikari dan tidak bergantung pada keluarga. Jika selama ini bergantung pada keluarga, bila masuk alam berumah tangga semuanya mesti dibuat sendiri. Ia mengajar anda untuk belajar berdikari serta belajar menyelesaikan masalah. Memberikan peluang merancang kehidupan berumah tangga serta ada privasi. Pasangan akan ada lebih masa bersama dan boleh membuat banyak perkara bersama tanpa ada campur tangan keluarga.

Menjaga Ekonomi keluarga

Pasangan baru berkahwin boleh belajar menjaga ekonomi dalam rumah tangga. Berbelanja ikut kemampuan diri. Jika dulu tidak ada duit minta keluarga, sekarang bila sudah berkahwin, susah senang anda tanggung bersama.

Keluarga tidak masuk campur

Jika ada perselisihan faham, hanya pasangan yang tahu. Keluarga tidak boleh masuk campur kerana rumah berasingan. Pasangan juga belajar berkompromi bertolak ansur serta menguruskan konflik keluarga tanpa ada campur tangan orang lain.

5 Faktor Penyebab Pergaduhan Dalam Hubungan Cinta

Dalam hubungan cinta, pelbagai faktor boleh menyumbang kepada perbalahan antara pasangan. Cemburu dan mudah naik angin antara punca tercetusnya pergaduhan dalam perhubungan. Namun, adakah anda tahu, terdapat punca lain juga yang boleh buat anda dan si dia bermasam muka.

1. BERI SOKONGAN MELAMPAU

Sanggup batalkan temu janji dengan rakan-rakan kerana si dia telah menerima berita buruk? Syabas! Ia menunjukkan anda seorang teman wanita yang begitu prihatin dan turut memikirkan masa depannya. Tetapi, jika anda terlalu memberi sokongan yang keterlaluan sangat, ia akan membuatkan si dia rasa bengang. Ingat, lelaki tak suka wanita yang terlalu merimaskan.

2. MEMBUAT PANGGILAN KETIKA MEMANDU

Lebih baik berhenti dulu daripada membuat panggilan kepada si dia ketika anda sedang memandu. Menurut ahli sains, berbual ketika memandu mendorong kepada salah faham dan perhatian kepadanya juga terganggu. Tak pasal-pasal anda dan dia bergaduh pula.

3. SUKA MENGALAH

Apabila si dia buat anda naik angin, memang anda terasa untuk pergi dan ambil masa untuk bertenang. Namun, satu kajian mendapati strategi tersebut tidak berapa menjadi dan jika salah seorang sering mengalah dalam pertengkaran, ia meningkatkan peluang untuk anda berdua berpisah.

4. JADI SUMBER KEWANGAN SI DIA

Memang hebat bila wanita mula mengatasi lelaki dari segi pendapatan. Tetapi jika si dia bergantung harap padamu dari segi kewangan, dia mempunyai potensi lima kali ganda menjadi penipu dan ini boleh beri kesan buruk pada hubungan .

5. KUAT TIDUR

Mungkin perkara ini nampak remeh, namun ia boleh menyebabkan perbalahan dalam hubungan. Pasangan yang kuat tidur boleh menjadikan rumah tangga kucar-kacir dan mengganggu institusi kekeluargaan. Sebagai contoh suami menghabiskan masa lapang dengan tidur tanpa menghiraukan isteri dan anak-anak. Walhal, isteri dan anak-anak perlukan masa bersama seperti pergi beriadah dan bercuti.

Kongsikan artikel ini.
  • 140
  •  
  •  
  •  

Kebanyakan Lelaki Sememangnya Suka Melihat Wanita Tanpa Mekap

Kebanyakan Lelaki Sememangnya Suka Melihat Wanita Tanpa Mekap. Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa […]

Info & Tip Mengenai Episiotomi. Rupanya Ada Sebab Kenapa Rasanya Seolah-Olah Dijahit Hidup-Hidup

Info & Tip Mengenai Episiotomi. Rupanya Ada Sebab Kenapa Rasanya Seolah-Olah Dijahit Hidup-Hidup. Luka episiotomi banyak terjadi kepada ibu yang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *