Jika Kita Berkira Dengan Orang, Allah SWT Pun Akan Berkira Dengan Kita

Jika Kita Berkira Dengan Orang, Bukan Setakat Orang Je Yang Berkira Dengan Kita Tapi Allah Pun Akan Berkira Dengan Kita. Amalan bersedekah amat dianjurkan Islam. Sedekah merupakan perbuatan yang sangat disukai Allah SWT selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang bersedekah. Namun adakalanya kita berkira-kira untuk memberi.

BACA: 5 Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda. Rugi Kalau Tak Cuba!

Jika Kita Berkira Dengan Orang, Bukan Setakat Orang Je Yang Berkira Dengan Kita Tapi Allah Pun Akan Berkira Dengan Kita

Sebenarnya jika ingin bersedekah, biarlah ikhlas dan jangan teragak-agak. Ini perkongsian Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan tentang sedekah.

Semalam pergi gerai. Nak beli karipap. Tanyalah makcik tu berapa satu? Dia cakap 50 sen sebiji. Saya cakaplah nak 4.

Masa nak bayar, kat tangan ada 5 ringgit. Ingat nak bagi semua. Tapi suara hati cakap “bagi 2 ringgit je. Orang meniaga ni banyak untung”. So tangan seluk poket ambik 2 ringgit bayar.

Balik rumah bukak plastik. Tengok ada 5 karipap. Allahhh.. rupanya dalam kita berkira dengan dia, dia tak berkira pun dengan kita. Hitamnya hati saya!

* * *

Harini nekad. Nak beli karipap makcik tu lagi dan nak bayar lebih.

Bila sampai kat gerai dia, saya cakap “makcik saya nak 6 biji karipap”. Dia ambik dan letak.

Bila nak bayar saya bagi dia 5 inggit dan dia nak bagi duit balik. Saya cakap takpe makcik. Hadiah. Dia cakap eh jangan macam tu ambiklah. Saya cakap takpe. Saya tetap tolak.

Masa dia pegang duit tu, bibir dia ketap-ketap. Dia ucap terima kasih dan saya pun ucap terima kasih. Saya tak boleh lama kat situ sebab saya nampak dia macam nak nangis.

Sampai kat rumah, saya bukak plastik dan saya kira. Ya, dia memang seorang yang pemurah. Dia bagi saya 7 sedangkan saya hanya minta 6. Allahhh.. ???

* * *

Amalkan

Makcik ni mengajar saya sesuatu. Jika kita berkira dengan orang, bukan setakat orang je yang akan berkira dengan kita, tapi Allah pun akan berkira dengan kita.

Mudahkanlah urusanmu sesama makhluk, nescaya Tuhanmu akan memudahkan urusanmu denganNya.

#Ingatlah…kalau ada duit lebih tu rajin2lah bersedekah kerana didalam rezeki kita terdapat juga rezeki orang lain..

– Ustaz Shahrizan –

Sumber: Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan

Kita Lambatkan Solat, Allah SWT Juga Akan Lambatkan Beri Kejayaan, Rezeki, Jodoh & Doa

Kita Lambatkan Solat, Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan, Rezeki, Jodoh & Doa. Hari ini sama seperti hari sebelumnya. […]

Kenapa Ada Empat Mazhab Dalam Islam?

Kenapa Ada 4 Mazhab Dalam Islam? Umum mengetahui di Malaysia, sejak dari kita dibangku pengajian awal agama lagi, kita telah […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *