Jika Nak Bahagia, Jangan Berkawan Dengan Orang Negatif!

Jika Nak Bahagia, Jangan Berkawan Dengan Orang Negatif! Agak-agak mampu tak membezakan orang yang negatif dan yang lebih positif dalam kehidupan harian? Haaa… yang negatif ini biasanya tak ada ribut dan angin tetiba ‘masuk’ konon nak menyelamatkan lah. Tetapi tanpa sedar dia sebar aura negatif dengan main perli-perli. Hah, itu yang jenis dengar sebelah pihak. Maka terjadilah gosip macam ‘mak cik bawang’. Allahu… betapa buruknya sikap orang negatif. Nak semak sikap negatif lain yang mungkin wujud dalam orang sekeliling kita, jemput baca perkongsian Doktor Zubaidi Hj Ahmad. Tidak ramai yang tahu bahawa orang negatif ada pelbagai wajah.

1. Manipulator

Selalu merendah-rendahkan orang lain dan menganggap dirinya orang yang paling kaya, hensem, pandai, bahagia dan sebaginya. Orang lain tidak berhak mendapat semua itu kecuali dia. Dia akan menggunakan kelemahan orang lain agar sentiasa dipandang tinggi.

2. Gossiper

Suka bercakap tentang orang. Dia akan bercakap perkara yang betul (mengumpat) tetapi dari sisi negatif, atau bercakap perkara yang dusta (menfitnah). Hatinya rasa puas bila orang sekeliling memandang buruk dan rendah pada orang yang benci.

3. Blammer

Sering menyalahkan orang lain terutama orang yang dia benci. Dia akan mencari salah walaupun sekecil kuman, dan akan membesarkannya sebesar gunung. Semua orang lain salah kecuali dia.

4. Complainer

Satu lagi ciri negatif iaitu selalu mengadu perkara yang kecil. Suka membandingkan dengan orang atau tempat yang dibanggakan. Orang ini akan compliant sesuatu yang tidak boleh dikawal, seperti hujan lebat, cuaca panas. Bila kita bersama orang negatif seperti ini, kita akan rasa panas, mahu marah saja. Malaikat rahmat akan lari jauh. Kita tidak tenang dan bahagia. Paling bahaya kalau perangai dia masuk ke dalam diri kita dan kita akan menjadi berperangai sama.

Sumber: Doktor Zubaidi Hj Ahmad Via Mingguan Wanita

Artikel Lain

Tanda Dia Bukan Jodoh Anda

Ramai orang mula ‘gila’ bila dengar tentang jodoh. Dah jadi macam allergic pula setiap kali perkataan tu disebut. Selalunya bagi mereka yang belum bertemu jodoh, banyak perkara-perkara yang menjadi tanda tanya sama ada tentang calon-calon jodoh yang baik atau mungkin, tanda-tanda si dia adalah jodoh kita. Namun, tak semua perkara indah yang hanya perlu kita tahu. Memang jodoh itu rahsia dan telah ditetapkan oleh Allah. Tapi, kita diseru untuk berusaha juga mencari pasangan terbaik buat diri sendiri. Jika memang bukan jodoh kita, anggap saja la bahawa kita memang tidak ditakdirkan untuknya dan pasti Allah punya rencana yang lebih baik. Kali ni Remaja nak kongsi kan beberapa tanda yang boleh kita bahawa sama ada seseorang itu bukan jodoh yang baik untuk korang. Pandangan ini diambil berdasarkan pemerhatian daripada masyarakat sekeliling.

1. Banyak kelemahan si dia

Panjang berjela senarai yang akan dibuat. Tapi simpan je la dalam hati takut si dia kecil hati.

2. Tak pedulikan kesihatan anda

Kalau beritahu dia bahawa anda tidak sihat atau demam, mungkin saja dia buat bodoh dan tak tunjuk rasa simpati. Pendek kata, kalau anda sakit sekali pun, tak memberikan apa-apa kesan buatnya.

3. Tidak mempercayai anda

Sukar mendapatkan kepercayaan dia adalah antara salah satu petanda anda sedang dalam perhubungan yang tidak baik. Kepercayaan merupakan tunjang dalam ikatan dalam mana-mana perhubungan.

4. Selalu buat anda sedih

Bila berjumpa, tak sah kalau tak bergaduh. Sudahnya, berendam air mata sepanjang hari. Apa saja yang anda buat, ada saja yang tidak kena di matanya.

5. Selalu menjauh bila ada konflik

Jika berlaku sebarang konflik, pasangan anda suka untuk menjauhkan diri dan tidak mahu mencari jalan penyelesaian. Lama-kelamaan, masalah kecil menjadi besar dan boleh mengundang pergaduhan besar dalam hubungan.

6. Sentiasa menyuruh berubah

Contoh situasi yang boleh kami beri, jika anda mempunyai kawan lelaki/perempuan yang rapat, pasangan anda mula menyuruh anda untuk menjauhi mereka, sedangkan dia bebas untuk bergaul dengan sesiapa saja tanpa batasan.

7. Tidak memberi sokongan

Dalam apa saja perkara yang anda lakukan, dia tidak pernah memberi sokongan dan menyokong minat atau impian anda.

Kongsikan artikel ini.
  • 172.4K
  •  
  •  
  •  

Jangan Pernah Berputus Asa! Allah SWT Dah Tetapkan Jodoh Kita Semua!

Jangan Pernah Berputus Asa! Allah SWT Dah Tetapkan Jodoh Kita. Menyusuri rentetan jodoh sesat jelas membuktikan kalau sudah jodoh tak […]

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *