“Kalau Ada Rezeki Saya Akan Teruskan Program Ini”

Syarikat yang sepatutnya menaja Nabil Ahmad dan peminat-peminatnya untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadan ini, akhirnya menarik diri. Atas dasar rasa tanggungjawab tersebut, Nabil telah mengambil alih dengan membayar pakej umrah sepenuhnya bagi merealisasikan impian 3 peminat beliau yang bertuah.

Akan Berada Di Mekah Pada Ramadan

Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh Nabil pada majlis kesyukuran bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-10 dalam industri seni tempatan.

“Insha-Allah mereka akan berlepas pada awal Ramadan ini, selama 10 hari di Mekah. Kalau ada rezeki saya akan teruskan program ini, pada tahun hadapan. Mungkin kita bawa dalam 10 orang kalau rezeki saya pada tahun 2018 ini betul-betul menjadi, memang saya nak hantar.”

Bantu Mereka Yang Memerlukan

“Pasal saya nak balas balik atas apa orang dah buat dekat saya. Saya pergi umrah dan haji orang hantar percuma dan setiap kali saya buat umrah semua 10 malam terakhir. Belanjanya banyak mana, takkan saya tak boleh cari sikit untuk cuba membantu,” katanya yang ditemui majlis kesyukuran sedekad Nabil Ahmad dalam industri seni tanah air.

Lebih Peka

Apapun, sikap Nabil harus di contohi oleh umum. Syarikat yang membatalkan penerbangan itu harus lebih peka dalam perkara seperti ini kerana telah memberi harapan kepada mereka yang benar-benar ingin pergi menunaikan umrah.

Kongsikan artikel ini.
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *