Kalau Dah Namanya Jodoh, Tinggi Atau Rendah Takde Maknanya…

Kalau dah namanya jodoh, tinggi atau rendah takde maknanya. Selalunya, orang lelaki akan memilih calon isteri yang lebih rendah daripada mereka. Berdasarkan kepad sebuah kajian antarabangsa, 90% lelaki cendurung untuk memilih calon isteri yang lebih rendah daripada mereka. Manakala lebih 50% wanita mahukan teman lelaki lebih tinggi.

Soal Jodoh

Namun, apabila bercakap mengenai soal jodoh, tiada siapa yang mampu menghalang ketentuanNya. Meskipun memiliki perbezaan ketinggian yang besar di antara mereka berdua, itu tidak menghalang niat pasangan Nor Adida Ahmad, 25, dan suaminya Rohaizad Jamaludin, 35 untuk mendirikan rumah tangga.


Nor Adida yang berkerja sebagai seorang jururawat di sebuah hospital swasta mula berkenalan dengan suaminya yang bekerja sebagai kontraktor untuk sebuah projek yang terletak berhampiran dengan tempatnya bekerja.

Pada mulanya, mereka hanya berkawan, namun setelah tempoh berapa lama berkawan, Nor Adida sudah berasa selesa dengan Rohaizad yang pandai mengambil hatinya.

Menurut Nor Adida turut memberitahu yang beliau memang menggemari lelaki rendah kerana tertarik dengan bentuk fizikal mereka yang comel itu.


Beliau yang memiliki ketinggian 1.6 meter itu tertarik pada fizikal comel suaminya yang memiliki ketinggian 1.4 meter itu.

Selain itu, beliau turut menambah sifat peribadi Rohaizad yang tegas tapi kadang-kadang kelakar itu turut membuatkan beliau jatuh hati pada suaminya itu.


“Saya tidak melihat ketinggian suami sebagai satu kekurangan kerana dia pun boleh menerima saya seadanya, biarpun saya berisi,” jelasnya.

Tambh Nor Adida, mereka sering menjadi perhatian orang ramai setiap kali keluar bersama, namun dia tidak mengendahkan pandangan orang ramai dan tidak menganggapnya sebagai satu isu besar kerana baginya penerimaan kedua-dua keluarga lebih penting.

Artikel Lain

5 Tanda Dalam Islam Yang Dia Adalah Jodoh Kita

InsyaAllah Akan Dipermudahkan.. Mungkin itu antara kata-kata yang biasa kedengaran bagi mereka yang masih bujang. Lebih-lebih, apabila usianya sudah menjangkau 30-an. Sudah pasti hal tersebut sedikit menggusarkan hatinya bahkan ada juga yang berasa rimas dengan persoalan yang sama setiap kali bertemu rakan, saudara mara atau sesiapa saja. Mengapa ada wanita yang sukar mendapat jodoh?


1 – Tidak Fokus Dan Tiada Kesungguhan

Bagaimana mahu mendapat jodoh jika tidak bersungguh-sungguh? Mulut saja kata mahu jodoh, tetapi banyak alasan. Maksudnya, di sini fokus itu ada di tempat lain tapi bukan untuk mencari jodoh.


2 – Belum Bersedia Untuk Bercinta

Bagaimana hendak berjodoh, jika diri sendiri belum bersedia untuk memiliki dan dimiliki serta berkasih sayang?


3 – Kriteria Yang Sangat Ketat

Meletakkan kriteria calon suami yang terlampau ketat seperti selebriti dan sebagainya. Mahu yang sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki memang tidak akan bertemu.


4 – Keladak Hati

Apabila hati kotor dan masih banyak kebencian dalam hati, maka rezeki jodoh juga akan turut menjauh.


5 – Banyak Meminta Dari Memberi

Jika kita asyik meminta bantuan dari orang, terkadang tanpa sedar pintu rezeki kita tertutup. Jodoh juga merupakan salah satu pintu rezeki.

Kongsikan artikel ini.
  • 2.3K
  •  
  •  
  •  

9 Beradik Ini Sepakat Kumpulkan Duit Dan Hadiahkan Kereta Kepada Ayahnya Apabila Melihat…

9 Beradik Ini Sepakat Kumpulkan Duit Dan Hadiahkan Kereta Kepada Ayahnya Apabila Melihat. Tanpa ibu bapa siapalah kita. Admin sangat […]

Mesti Baca! Ketahuilah Mengapa Wajah Kita Mirip Dan Seiras Dengan Pasangan?

Mesti Baca! Ketahuilah Mengapa Wajah Kita Mirip Dan Seiras Dengan Pasangan? Malah ada orang kata, pasangan yang serasi dan bahagia […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *