Kau Bercintalah Bagai Nak Rak, Tapi Hakikatnya Kehidupan Lepas Kahwin Tak Sama Masa Bercinta!

Kau Bercintalah Bagai Nak Rak Tapi Hakikatnya Kehidupan Lepas Kahwin Tak Sama Masa Bercinta. Lelaki ini kongsi, hakikat kehidupan lepas kahwin tak sama masa bercinta. Kau bercintalah bagai nak rak sekalipun.

Belum Tentu Cukup Kenal

Bila bercinta lama-lama, tentu kau rasa dah cukup kenal si dia kan. Dah cukup memahami hati dan budi kononnya. Sebenarnya kau silap. Kau bercinta la 5-10 tahun pun, kau sebenarnya belum kenal si dia dengan sebaiknya.

Bergayut setiap malam, ber Whatsapp 24 jam, berdating 7 hari seminggu, sebenarnya kau belum lagi kenal si dia sepenuhnya. Belum kenal perangai dia sebenarnya. Kau hanya akan kenal siapa pasangan kau sebenarnya apabila kau sudah berkahwin dengannya. Sebab tu lah orang selalu cakap, hanya isteri yang tahu macam mana perangai suaminya dan sebaliknya.

Sentiasa Bersedia

Jadi, kau kena ingat dan bersedia. Kehidupan selepas berkahwin tak sama dengan kehidupan masa kau bercinta. Masa bercinta kau tidak mempunyai apa-apa komitmen. Tetapi apabila dah berkahwin kau ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Masa bercinta dulu kau cakap pakwe/makwe kau sangat penyabar orangnya. Tak pernah marah kalau buat silap. Tu masa bercinta. Masa kau takde tanggungjawab apa-apa. Bila dah berkahwin lain.

Kena Belajar Bersabar

Mampu ke kau bersabar bila kau balik kerja, penat tetapi isteri kau tak masak sebab anak meragam atau isteri kau tengah alahan mengandung. Rumah pula bersepah. Perut kau tengah lapar. Masa bercinta dulu kau rasa ke semua ni? Bagi si isteri pula, kau dah bersedia ke nak mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup kau? Berkongsi segala-galanya. Balik kerja kena masak, kemas rumah, jaga anak-anak? Kalau suami tak kemas bilik, bilik bersepah, kau rasa kau marah ke tak? Mana pakwe yang kau cakap kau cukup kenal dulu?

Tidak Romantik

Masa bercinta bukan main up gambar kat Insta, Fesbuk tunjuk betapa bahagianya kau dengan pakwe/makwe kau. Masa tu kalau boleh nak bagi tahu satu dunia betapa kau bertuah memiliki si dia. Lepas kahwin? Mana bahagia yang kau canang satu dunia? Kau bahagia ke, tak bahagia ke, tak payahla nak tunjuk kat orang. Luahkan rasa bahagia tu dengan pasangan kau dah la. Tak semua orang dapat menerima kebahagiaan kau tu.

Jangan Melampaui Batas

Masa bercinta tak payahlah nak over. Dah macam suami isteri. Suami isteri pun tak macam tu. Tak payah bercinta lama-lama. Kalau dah rasa serasi, teruslah berkahwin. Lepastu bercinta la sepuas-puasnya. Masa tu baru kau kenal dan tahu siapa pasangan kau sebenarnya. Terimalah dia seadanya. Kelebihannya disyukuri dan kekurangannya dilengkapi. Kalau bercinta lama-lama, kau nampak baik dia je. Buruk tak nampak langsung. Takutnya bila dah kahwin kau dah tak nampak baiknya, nampak buruknya ajee.

Kalau Sayang Saja Tidak Cukup

Kau kena ingat, sayang dan cinta je tak cukup untuk membina rumah tangga yang bahagia. Masa bercinta bukan main tak kisah kalau pakwe kau tak kerja pun. Asalkan dia setia dan sentiasa di sisi kau. Lepas kahwin, mulalah stress. Sebabnya suami kau tak kerja. Nak beli barang dapur pun takde duit. Masa bercinta kau dapat terima semuanya. Sedikit pun tak nampak kekurangan pakwe/makwe kau. Pendapat mak ayah pun kau tak dengar dah. Selepas kahwin, barulah kau termenung panjang, mengiakan kata-kata mak ayah kau.

Indah Masa Bercinta Sahaja

Masa bercinta kau kemain suka merajuk dan pakwe kau layankan saja pujuk kau bagai. Beli bunga lah, beli coklat lah, beli hadiah lah. Bila dah kahwin kau bersedia ke nak pujuk diri sendiri nanti? Jangan kau yakin sangat pakwe kau nak pujuk kau lagi lepas kahwin. Ubah perangai okay. Jadi matang sikit. Ini bluetick WhatsApp pun nak merajuk. Kesimpulannya, bahagia yang kau rasa masa bercinta tak sama dengan selepas berkahwin. Kau bercinta 10 tahun, kau belum tentu kenal pasangan kau sebenar-benarnya. Dunia realiti tak seindah fantasi dan mimpi kau tu. Dunia rumah tangga banyak cabaran, banyak dugaan yang kena kau lalui. Kah!

Artikel Lain

Nak Tahu Tanda Lelaki Suka Anda Dalam Diam

Pernah anda mengalami situasi di mana tidak pasti sama ada seorang lelaki itu sukakan anda atau tidak? Nampak macam dia sukakan anda tetapi tidak menunjukkan langsung perilaku yang dia menyukai anda. Dari perspektif lelaki , Redhuan berkongsi apa yang lelaki rasa. Kadang kadang kita rasa macam dia suka kat kita . tapi tak de pulak dia tunjuk yang dia suka . atau kita je yang perasan ? hihi . atau kadang kadang kita yang buta tak nampak yang diorang bagi signal . so , hari ni aku nak share sikit. kot kot ada tanda-tanda tu dekat diri korang ke ? jom baca apa yang aku nak rungkaikan!

Pertama!

Manusia ni tak boleh lari dari keinginan untuk pandang benda yang dia suka . even kita ni nerd atau pemalu yang amat , usaha terakhir kita mesti cuma memerhatikan orang yang kita suka dari jauh . kan kan ? hei tak kan tak pernah usha intai intai crush kot . tipu lah ! so kalau korang perasan ada sorang mamat ni dok asyik curi curi pandang tu , you better watch out . sama ada dia tak puas hati atau dia suka . hahaha . dan biasanya bila kita tangkap dia curi pandang kita , dia akan cepat cepat pandang lain . ataupun bila kita tegur dia taknak mengaku atau cakap kita perasan .

Kedua!

Lelaki yang suka dekat kita ni selalunya diorang akan layan kita kasar kasar . sebab dengan cara tu je diorang boleh datang dekat kita . so kalau dalam kelas tu tetiba ada sorang tu tak pernah layan korang baik baik , ada sebab lettew . tapi bila ada laki lain buli korang , dia akan protect korang .

Ketiga!

Diorang ni jugak sanggup buat apa je bila kita mintak tolong . atau bagi apa je yang kita mintak . even barang yang paling dia sayang and tak pernah bagi orang lain sentuh pun , kalau kita yang mintak , insyaallah dapat . haha .

Keempat!

Tanda paling jelas sekali ialah bila kawan kawan dia yang mula mengejek ngejek korang berdua . dan di saat kita beria ia menafikan , si lelaki tu boleh buat ilek je . buat tak tahu macam tak ada apa apa . atau muka dia jadi malu malu dan semacam suka je .

Kelima!

Si lelaki ni akan cuba sedaya upaya untuk jauhkan korang dari lelaki lain . so kalau korang tengah gurau gurau atau borak borak dengan lelaki lain tetiba dia menyampuk atau ajak laki tu pergi tempat lain , atau ape je lah .

Keenam!

Bila korang tetiba tak ada dekat dalam kelas or kat mana mana , dia mesti akan tercari cari and tanya kawan kawan mana korang pergi.

Kongsikan artikel ini.
  • 535
  •  
  •  
  •  

Anak Dua Pusar Di Kepala Bukan Nakal, Tapi Ada Rahsia Lain Yang Mak-mak Tak Tahu

Anak Dua Pusar Di Kepala Bukan Nakal, Tapi Ada Rahsia Lain Yang Mak-mak Tak Tahu. Anak yang ada dua pusar […]

Sebenarnya Amalan Bersanding Hanya Satu Pembaziran, Setuju Tak?

Sebenarnya Amalan Bersanding Hanya Satu Pembaziran, Setuju Tak? Saya anak dara berumur 26 tahun, menganggur dan bakal berkahwin dalam masa […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *