Kaum Hawa, Jika Pasangan Anda Ada Semua Sifat Ni, Lebih Baik Berhati-Hati!

Kaum Hawa, Jika Pasangan Anda Ada Semua Sifat Ni, Lebih Baik Berhati-Hati! Setiap pasangan mendambakan hubungan yang halal sebagai pasangan suami isteri. Kalau boleh biarlah perkenalan anda itu tidak berlangsung begitu lama. Fasa perkenalan ini adalah peringkat untuk mengenali hati budi masing-masing.

TIDAK SERIUS

Apabila si wanita berbicara tentang soal perkahwinan, pasti si dia teragak-agak untuk memberi jawapan atau respons. Malah ada juga yang cuba menukar topik perbincangan kepada topik lain. Yang langsung tidak ada kaitan dengan apa yang disoal oleh si wanita. Ada yang memberikan jawapan seperti “nantilah kita fikirkan”. Sedangkan hubungan mereka sudah bertahun terbina. Wanita mana yang mampu bertahan dengan sikap itu?

“masih belum terfikir lagi”

Apabila si wanita membuka topik berkaitan pertunangan mahupun pernikahan, pasti si dia memberikan jawapan seperti“terlalu awal lagi, saya pun belum terfikir..” Ini jelas menunjukkan bahawa si dia belum ada perancangan untuk bertunang apatah lagi berkahwin.

Mereka memberi alasan

Wanita mana sahaja yang tidak kecewa apabila hubungan yang dibina sudah hampir 5 tahun tetapi masih belum berakhir dengan sebuah pernikahan? Apabila disoal mengenai hubungan mereka, si lelaki membalasnya dengan jawapan ‘saya belum bersedia dan masih muda untuk mendirikan rumah tangga’.

SERIUS

Pantang diajukan soalan tentang perkahwinan, si lelaki terus sahaja menjawab ‘bila-bila pun boleh’ dengan reaksi yang penuh yakin. Atau juga mereka membalasnya dengan ‘bila saya boleh melamar awak?’ Ini jelas menunjukkan si dia benar-benar sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Si dia sudah bersedia untuk menyerahkan seluruh komitmennya kepada sebuah perkahwinan.

Memikirkan tentang masa depan

Masa depan yang dimaksudkan adalah kehidupan menuju ke sebuah perkahwinan atau selepas berumah tangga kelak. Sama ada perbelanjaan semasa kahwin ataupun mengenai perancangan misi dan visi kehidupan selepas berumah tangga. Mungkin dari segi kewangan dan sebagainya.

KESIMPULAN

Sekiranya anda sudah kenal pasti bahawa si lelaki tidak serius untuk bernikah, anda haruslah berterus terang kepadanya. Sampaikan apa yang tersirat dalam benak kepala anda dan tengok pada reaksi atau respons si dia. Sekiranya masih sama dan tidak nampak sebarang usaha yang cuba dilakukan, maka terus teranglah. Minta hubungan yang terbina itu diakhiri supaya anda dan si dia tidak membuang masa terhadap hubungan yang entah bagaimana penghujungnya.

7 Cara Nak Tahu Yang Kita Sebenarnya Tak Bertepuk Sebelah Tangan

ak cuba tak tahu tapi bila cuba dan tak diterima, malu. Beria-ia kita ingat dia melayan dan berkongsi cerita tu sebenarnya dia suka kat kita, padahal kita tak tahu yang dia sebenarnya senang berkawan je dengan kita.

Apabila si gadis meluahkan rasa cinta, sayang pada lelaki yang dia suka dan jika lelaki tu memberi respon yang positif dan mempunyai perasaan yang sama, boleh teruskan usaha hingga ke jinjang pelamin.

1. Mengingati Latar Belakang Dan Hal Peribadi

Lelaki tu mula berusaha untuk mengingati hal peribadi kau seperti nama penuh, tarikh lahir, asal, tempat tinggal, adik beradik berapa orang, nama mak ayah. Berkemungkinan besar lelaki itu suka ke kau.

2. Selesa Berkongsi Cerita

Lelaki tu akan mula bercerita tentang hal peribadi dia, tentang keluarga dia. Dia selesa untuk berkongsi cerita dengan perempuan yang dia suka. Dia juga selesa berkongsi masalah dan juga khabar gembira. Tidak segan silu meminta pendapat jika berada dalam situasi yang sukar.

3. Mengambil Berat

Dia mula mengambil berat tentang kau. Selalu tanya sihat ke tidak, dah makan ke belum, macam mana kehidupan seharian, ada masalah ke tidak, apa yang kau suka dan apa yang kau tidak suka. Pertanyaan-pertanyaan itu tak semestinya ditanya secara langsung kepada perempuan yang dia suka.

4. Menjadi Yang Terbaik

Contohnya, kau minat mendaki gunung ataupun camping. Dia pun mula nak into ke scene yang kau suka. Dia cuba nak buat benda yang kau suka buat dengan baik dan sempurna. Dia akan cuba tidak melakukan apa-apa kesalahan walaupun sedikit.

5. Stalk Laman Sosial

Dia mula add Fesbuk kau, Wechat, Twitter, Insta. Ada gambar kau dia like. Semua post kau dia like dan komen. Dia juga rapat dengan kawan-kawan perempuan kau.

6. Selalu WhatsApp

Sekarang ni WhatsApp antara medium perhubungan yang paling diminati. Jadi, dia selalu WhatsApp kau. Kalau seharian kau tak balas mesej dia akan mula kucar kacir. Kau baca tapi blue tick pun dia mula resah. Mesej pula guna Fesbuk Messenger.

7. Bersungguh-sungguh

Kau boleh nampak dia punya kesungguhan tu. Dia nak jadikan kau yang halal untuk dia. Dia berusaha kumpul duit belanja kahwin. Dia berusaha jumpa mak ayah kau.

Bila dah jodoh dan ditakdirkan bersama, Allah akan gerakkan dua hati. Bukan hati kau sorang saja. Kalau si dia tak tunjuk respon positif jangan la berharap lagi. Berhenti berharap. Mungkin kau bukan jodoh dia.

Kaum lelaki, kalau dah suka tu teruslah masuk meminang. Tak perlu berkawan lama-lama. Kalau kau suka dengan seseorang perempuan, jangan main-mainkan hati dia. Kalau suka cakap suka, kalau tak suka berterus teranglah.

Kenali Personaliti Anda! Rahsia Perangai Anak Sulung, Tengah, Bongsu & Tunggal. Anda Yang Mana Satu?

Kenali Personaliti Anda! Rahsia Perangai Anak Sulung, Tengah, Bongsu & Tunggal. Anda Yang Mana Satu? Setiap orang pasti ada perangai […]

Ketahui 5 Tanda Dalam Islam Yang Dia Adalah Jodoh Kita. Kalau Ada 5 Ni, InsyaAllah Akan Dipermudahkan..

Ketahui 5 Tanda Dalam Islam Yang Dia Adalah Jodoh Kita. Kalau Ada 5 Ni, InsyaAllah Akan Dipermudahkan.. Mungkin itu antara […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *