Keajaiban Al-Quran Hingga Meremang Bulu Roma

Keajaiban Al-Quran Hingga Meremang Bulu Roma. Saya terkejut besar setelah mendengar pengakuan kawan saya, Zulkarnain Hasan Basri, orang Perak yang sudah 20 tahun tinggal di Kobe, Jepun.

Mendapat Status Tetap

Beliau berkahwin dengan orang Jepun dan mendapat status Penduduk Tetap di sana. Antara aktiviti beliau di Jepun adalah membawa dakwah Islam kepada penduduk tempatan.

Dalam banyak situasi, orang Islam kalah dengan “akhlak Islam” yang sudah dimiliki orang Jepun dengan budaya tinggi serta disiplin mereka.

Oleh itu, para pendakwah di Jepun perlu mencari ramuan lain bagi memperkenalkan Islam kepada mereka.

Berdasarkan pengalamannya, Zulkarnain dapati pendekatan paling berkesan dalam dakwah kepada orang Jepun adalah dengan menggunakan al-Quran.

Pendekatan Dalam Dakwah

Apabila kehebatan isi kandungan al-Quran dibentangkan kepada orang Jepun yang datang menemuinya di Masjid Kobe, bulu roma sesetengah mereka segera tegak berdiri.

Mengapa hanya dengan mendengar ayat al-Quran bulu roma manusia mampu tegak berdiri?

Fenomena meremang bulu roma biasa berlaku ketika manusia berasa takut atau kagum melampau akan sesuatu.

Banyak kita dengar reaksi manusia yang terbakar semangat dengan remangan bulu roma ketika mendengar pidato luar biasa sesetengah tokoh atau dendangan merdu sesetengah penyanyi. Itu baru suara luar biasa manusia!

Kongsikan artikel ini.
  • 487
  •  
  •  
  •  

Berhijrahlah Demi Allah, Bukan Kerana Manusia

Berhijrahlah Demi Allah, Bukan Kerana Manusia. Sebak saya mendengar perkongsian Datuk Rosyam Nor hari ini. Katanya, dekat setengah abad beliau […]

6 Langkah Yang Perlu Bagi Orang Yang Bertaubat

6 Langkah Yang Perlu Bagi Orang Yang Bertaubat. Benarlah apa yang disabdakan oleh Baginda SAW. Setiap dari kita memang tidak […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *