Kementerian Pelancongan Cadang Cuti Sekolah Berperingkat, Ikut Zon Utara, Selatan & Pantai Timur

Kementerian Pelancongan Cadang Cuti Sekolah Berperingkat, Ikut Zon Utara, Selatan & Pantai Timur. Menjadi kebiasaan bila cuti sekolah, lokasi pelancongan akan jadi penuh sesak kerana musim cuti persekolahan yang serentak. Mungkin selepas ini mak ayah boleh menarik nafas lega kerana cadangan terkini daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan bahawa cuti sekolah akan dibuat secara berperingkat mengikut zon negeri-negeri bagi mengelakkan berlakunya kesesakan tersebut.

Cuti Secara Berperingkat

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan akan mencadangkan supaya cuti sekolah dibuat secara berperingkat bagi memacu sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan.

Cuti Sekolah Tiga Penggal Pertama

Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, berkata pihaknya mencadangkan supaya cuti sekolah bagi tiga penggal pertama persekolahan dibuat secara berperingkat mengikut negeri, yang biasanya pada Mac, Jun dan September. Mungkin kita boleh bahagikan negeri di kawasan utara, selatan dan pantai timur supaya tempoh minggu cuti sekolah di negeri ini berbeza antara satu sama lain.

Kawasan Tumpuan Pelancong

“Dengan cuti sekolah secara berperingkat ini, kawasan tumpuan pelancong dalam negara akan menerima jumlah kunjungan pelancong lebih sekata sepanjang masa dan bukannya seperti keadaan sekarang apabila keadaan menjadi terlalu sesak menjelang tiba cuti sekolah. Kami sedang mengumpul data dari pihak hotel dan pengusaha sektor pelancongan sebelum berbincang dengan Kementerian Pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Arkeologi Negara Keempat, di sini, hari ini.

Kecuali Cuti Hujung Tahun

Bakhtiar berkata, pada musim cuti sekolah, kebanyakan tempat tumpuan pelancong sesak, seperti di Melaka dan Cameron Highlands.Cadangan itu bagaimanapun, katanya, tidak akan membabitkan cuti hujung tahun yang seragam di seluruh negara. Beliau berkata, beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat dan Australia juga sudah mengguna pendekatan itu bagi mengelak kesesakan pelancong. Sementara itu, Bakhtiar berkata, pihaknya sedang mendapatkan persetujuan daripada beberapa kerajaan negeri untuk membolehkan empat lagi destinasi di Malaysia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Tapak Warisan Dunia

Empat tapak itu adalah Taman Negara; Royal Belum di Grik, Perak; Permatang Kuarza di Gombak, Selangor dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Kami berdepan beberapa cabaran untuk mendapatkan persetujuan daripada kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu bagi tapak Taman Negara sejak 10 tahun lalu, tetapi bagi tiga tapak lagi, tiada sebarang masalah. Saya harap ketiga-tiga negeri ini dapat memberi persetujuan segera supaya kami dapat memanjangkannya kepada UNESCO,” katanya. Pada masa ini, empat tapak di Malaysia sudah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia iaitu Georgetown, Pulau Pinang dan Melaka; Lembah Lenggong di Perak; Taman Negara Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Mulu di Sarawak.

Rekod Malaysia

Sebagai rekod, Malaysia kini mempunyai 965 tapak arkeologi dengan 822 tapak berada di daratan, manakala 143 tapak lagi di dasar laut.Sebanyak 13 tapak diwartakan sebagai Tapak Warisan Negara dan lapan lagi sebagai tapak warisan di bawah Jabatan Warisan Negara. Mungkin juga ada rasionalnya cadangan ini.Jadi buat mak ayah setuju ke cuti sekolah dibuat secara berperingkat?

Sumber:Bharian

Artikel Lain

Betul Ke? Hati Kita Betul-Betul Mencintainya?

Bagi yang sedang enak bercinta, tentu tidak tergambar di perasaan betapa manis apabila dapat menatap wajah orang yang dicintai. Tentunya segala yang dilakukan tertumpu hanya untuk yang tersayang. Bak kata orang kalau sudah cinta gila , setia hanya untuk yang satu tanpa perlu mencari selainnya. Soal di hati anda apakah anda benar-benar mencintainya?

1. Mencintai bererti banyak memberi tanpa berharap balasannya

Cinta perlu banyak memberi. Rasa cinta, kasih sayang dan perhatian tidak pernah ragu-ragu untuk anda berikan. Rela belajar masak demi membuatkan bekal makan untuknya hingga perkara sempurnakah baju yang hari ini dia pakai. Cinta dengan hebatnya menjadikan anda ikhlas.

2. Emosi lebih stabil

Apabila anda mencintai dia sepenuh hati, anda tidak akan berhadapan dengan drama-drama dalam hubungan. Hubungan jadi dewasa, emosimu cenderung lebih stabil. Berlalu satu hari tanpa khabar darinya tidak lagi membuat anda gelisah. Terpisah jarak kerana urusan kerja pun bukan lagi masalah. Satu-satunya yang boleh membuat anda tenang ialah ketika dia mendapatkan yang terbaik dan membuatnya bahagia.

3. Dia sentiasa dalam ingatan

Apabila anda benar-benar mencintai pasanganmu, anda tidak perlu setiap ketika untuk memikirkannya. Namun dia sentiasa dalam ingatan. Ketika makan makanan kesukaannya pasti anda mengingatinya. Ketika melihat baju yang sesuai dia pakai, anda tidak ragu untuk membelinya.

4. Sekalipun tanpa dia, anda akan baik-baik saja

Apabila mencintai pasangan, anda dan dia akan menjalani hubungan yang lebih santai. Cinta yang kuat di dalam hati boleh meyakinkan anda bahawa semua akan baik-baik saja.

5. Tempuhi pelbagai ujian bersama

Anda dan pasangan mungkin sudah menjalin hubungan selama beberapa tahun. Melalui momen bahagia, sedih, hingga perasaan kecewa akibat kepercayaan yang pernah dikhianati. Namun, cinta yang kuat menjadikan anda mampu bertahan bukan memilih untuk menyerah lalu mencari cinta yang lain.

Kongsikan artikel ini.
  • 192
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *