Kenapa Bayi Perlu Dibantu Sendawa Hingga Pandai Duduk? Sebelum Usia Itu Wajib Buat Walaupun Dah Tertidur, Ini Nasihat Dari Pakar…

Kenapa Bayi Perlu Dibantu Sendawa Hingga Pandai Duduk? Sebelum Usia Itu Wajib Buat Walaupun Dah Tertidur, Ini Nasihat Dari Pakar. Seringkali ibu merasa serba salah untuk cuba sendawa bayi yang telah tertidur selepas menyusu kerana khuatir ia akan membuat bayi terjaga. Soalnya, adakah ‘wajib’ menyendawakan bayi setiap kali selepas penyusuan?. Apakah ia memudaratkan jika tidak di lakukan?

Ini Jawapannya

Menurut Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Puan Uswatun Hasanah, jawapannya tergantung kepada bayi anda dan keperluannya. Sebahagian bayi mempunyai lebih banyak gas, mudah/kerap sendawa berbanding yang lain.

Maka mereka perlu disendawakan setiap kali selepas penyusuan untuk mengelakkan gumuh atau ketidakselesaan akibat angin yang terperangkap di bahagian abdomennya. Kedua-dua keadaan ini lambat- laun bakal menganggu tidur bayi jika cubaan menyendawakannya tidak dilakukan sebelum bayi lebih lena.

Menyendawakan bayi sejurus selesai penyusuan iaitu ketika bayi masih baru terlelap selalunya lebih mudah dan jarang membuat bayi terjaga kerana mereka masih ‘mamai’ dan dalam kesedapan setelah puas dan selesa dengan perut yang penuh.

Tidak Perlu Paksa Bayi

Tak perlu memaksa bayi untuk sendawa setiap kali selepas menyusu jika bayi anda pada amnya jarang/sukar sendawa, nampak baik-baik sahaja tanpa sendawa dan tidak masalah besar dengan isu gas atau sendawa ini. Selalunya, bayi yang menyusu susu ibu kurang menyedut gas atau udara lebihan jika teknik lekapan mereka tepat.

Pastikan botol bayi condong 45 darjah, jika anda menggunakan botol agar permukaan botol dipenuhi susu sahaja manakala udara/gas hanya berada di dasar botol. Jangan mengoyang-goyang bayi, membiar bayi kecil ‘memegang’ botol sendiri atau menyendal botol dengan kain agar bayi ‘menyusu sendiri’ kerana aliran susu yang tidak dapat dikawal dikhuatiri akan tersalah memasuki saluran pernafasan dan membuat bayi tercekik.

Amat Membantu Jika Para Ibubapa Dan Penjaga Mengenali Bunyi Tangisan ‘Saya Ingin Sendawa’ Yang Dibuat Semua Bayi Ketika Mula Merasa Tak Selesa Akibat Kehadiran Udara/Gas Dibahagian Abdomen Yang Berbunyi ‘Eh, Eh, Eh’.

Ia ‘Tutur’kan Bayi Secara Bersiri Ibarat Bunyi Enjin Kereta Rosak Yang Cuba Dihidupkan. Ia Terhasil Bila Abdomen Bayi Mengalami Kontraksi Ketika Cubaan Menolak Angin Yang Terperangkap Untuk Keluar Sebagai Sendawa.

Ikut Cara Ini

Kegagalan ibubapa menyendawakan bayi ketika dia telah memberi isyarat tak selesa kerana ingin sendawa, akan selalunya menyumbang kepada 2 situasi paling biasa berikut;

Jika bayi membuat tangisan ingin sendawa dan ibu salah fahaminya sebagai tangisan lapar, lalu ibu menyususkan bayi, susu yang masuk ke dalam badan bayi akan berada di atas angin yang masih terperangkap didalam abdomen nya. Katakanlah angin berjaya dikeluarkan selepas itu, ia akan keluar bersama-sama susu yang telah ditelan tadi. Ia bukan saja ‘membazirkan’ masa penyusuan dan susu itu sendiri, malah ada ibu yang mungkin panik melihat banyaknya susu yang di muntahkan bayi.
Atau lebih teruk..

Menyebabkan Kembung

Angin yang awalnya terperangkap di dalam abdomen tidak dibantu dikeluarkan melalui proses menyendawakan bayi akan akhirnya bergerak ke dalam perut dan menyebabkan kembung.
P/S ‘Hingga usia berapakah bayi perlu di bantu untuk di sendawakan?’.

Jawapannya: bila bayi telah masuk usia pandai duduk. Ini kerana perbuatan duduk akan membantu gas di tolak sendiri ke atas untuk sendawa

Lihat gambarajah untuk idea posisi terbaik menyendawakan bayi.

Kongsikan artikel ini.
  • 236
  •  
  •  
  •  

Ketahui Sebab Mengapa Perlu Pindah Selepas Berkahwin?

Mengapa Perlu Pindah Selepas Berkahwin? Perkahwinan adalah dunia baru bagi pasangan yang berkahwin. Dari hari pertama bernikah anda mula mengenali […]

9 Beradik Ini Sepakat Kumpulkan Duit Dan Hadiahkan Kereta Kepada Ayahnya Apabila Melihat…

9 Beradik Ini Sepakat Kumpulkan Duit Dan Hadiahkan Kereta Kepada Ayahnya Apabila Melihat. Tanpa ibu bapa siapalah kita. Admin sangat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *