“Kenapa tak cakap pil perancang punca kanser? Naya arwah kakak ipar aku…” – Doktor perubatan rungkai mitos

“Kenapa tak cakap pil perancang punca kanser? Naya arwah kakak ipar aku…” – Doktor perubatan rungkai mitos. Baru-baru ini jadi kecoh di Facebook tentang kisah kematian dua orang wanita yang berpunca daripada pengambilan pil perancang. Kisah yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman itu yang menuduh pil perancang telah menyebabkan beliau kehilangan seorang kakak dan kakak iparnya yang mati akibat kanser.

Kesan Pil Perancang

Berikutan perkara itu, seorang pegawai perubatan Obstetrik dan Ginekologi, Muhammad Izzat telah tampil menjelaskan perkara sebenar. Menerusi Twitternya, Dr. Izzat telah menerangkan kesan pengambilan pil perancang dari sudut perubatan.

Menurut Dr. Izzat, pengambilan pil tersebut dapat membantu menurunkan 50% risiko diserang penyakit kanser rahim dan ovari. Malah pil perancang dapat menurunkan peluang dari dapat masalah pada buah dada benign seperti fibrocystic dan fibroadenomatosis sebanyak 50-70%.

Tambahnya lagi, terdapat banyak bahan bacaan seperti jurnal perubatan yang berdasarkan kepada kajian bertahun-tahun telah membuktikan pengambilan pil perancang sebenarnya tidak berbahaya kepada wanita.

Hentikan mitos!

Doktor, kalau saya menghidapi. Seorang pengguna Twitter, @emilylims telah membalas tweet tersebut dengan bertanyakan beberapa soalan sama ada boleh atau tidak untuk mengambil pil perancang sekiranya seorang wanita itu menghidapi penyakit fibroadenoma.

Pendapat netizen

Malah ada segelintir netizen menyuarakan pendapat mereka mengapa mitos ini tular dalam kalangan masyarakat.

Sumber : Dr Muhammad Izzat

Artikel Lain

Pantang Larang Buat Ibu Yang Beranak CZER, Confirm Perut Tak Berlipat Sampai Tua!

Mungkin bukan mudah nak tahu apa pantang larang yang wajib dielak tetapi kaum ibu yang beranak czer atau secara bedah patut ambil tahu petua dan cara-cara untuk jaga perut agar kembali pulih dan tidak buncit. Apa larangan dan apa yang kaum mak-mak patut buat, ikuti perkongsian daripada Puan Siti Aishah ini.

Perut si ibu czer

Masa mengandung merekah kehadapan. Ketika bersalin dilapah terbuka.Kemudian di jahit distaple. Kalau mengandung perut kecik, sikit la bunjutnya. Kalau mengandung perut besar belanga, terjuih isi perut, berlipat sampai menutup ari-ari. Bila berjalan, perut membuai.

Luka yang ditoreh berlaga-laga

Ngilu. Perit. Sebab tu kena pakai penampung perut lepas bedah. Nak kasi selesa ketika berjalan, hatta berdiri. Duduk menyusu pun jadi selesaMinggu pertama pakai strap on binder. Minggu kedua pakai bengkung kain belacu yang diikat. Jangan ketat-ketat.Janji perut tak terjuih kebawah. Ibu yang bersalin czer, yang tak berbengkung, perut dia terlipat ke bawah. Macam apron. Tak pakai panties pun xpe. Tertutup dah depan tu.

Tapi. Bila makan tahun. Perut berlipat tu akan jadi accessory yang memalukan. Spare tyre kiri kanan perut boleh trim down dengan work out. Perut berlipat tu… tak boleh dipaku kat badan. Hiduplah dengan perut yang berlipat. Berbengkunglah selepas czer. Untuk keselesaan. Perut pun tak menggeleber. Takdelah asal pandang cermin je… rasa nak pecahkan cermin tengok perut berlipat sampai tua.

TAPI ADA PANTANG LARANG BUAT IBU CZER YANG NAK PAKAI BENGKUNG

Tak boleh berjalan-jalan kehulu hilir takde arah masa bengkung dipakai . Tak boleh naik turun tangga masa tengah pakai bengkung. 2 minggu kena hadkan pergerakan masa berbengkung sebab risiko luka czer terbuka balik sangat2 tinggi bagi ibu-ibu yang jenis lasak.

Kalau rasa tak mampu nak duduk diam-diam ketika berbengkung lepas czer, tak perlulah berbengkung. Tetapi… Tadah ajelah perut yang berlipat macam tu. Pilihan dah diberi. Nak mengikut atau nak beralasan lagi?

Kongsikan artikel ini.
  • 344
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *