Ketahuilah Batasan Bagi Anda Wanita Dalam Tempoh ‘Iddah

Ketahuilah Batasan Bagi Anda Wanita Dalam Tempoh ‘Iddah. Perkataan ‘iddah’ adalah sinonim dengan penceraian, sama ada cerai hidup atau cerai mati. Iddah hanya dikenakan kepada golongan wanita sahaja bagi tujuan memuliakan wanita Islam itu sendiri.

Iddah adalah bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu (akan) dikahwininya. Selain itu, iddah juga merupakan tempoh dalam memberi ruang kepada pasangan untuk berfikir dan menilai semula segala kesilapan serta tindakan mereka, seterusnya membuka peluang untuk mereka rujuk dan berbaik semula.

Setiap bahagian iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh iddah seseorang wanita tersebut. Pengiraan iddah terbahagi kepada tiga iaitu:

Batasan Hukum Talak Raj’ie

Talak raj’e ialah talak yang memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk kepada isterinya selagi dalam tempoh iddah.

Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Ba’in

Talak ba’in adalah talak yang tidak memberi hak kepada suami untuk rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali dengan mahar dan akad yang baharu.

Antara keperluan penting yang dibolehkan adalah untuk bekerja, mendapatkan rawatan, membeli barangan asasi (sekiranya tidak orang lain yang boleh melakukannya) dan keperluan mendesak lain, dengan syarat menjaga peraturan yang disyariatkan Islam. Waktu untuk keluar pula adalah pada siang hari, kecuali terpaksa.

Wajib berkabung sepanjang tempoh iddah seperti:

1- Berpakaian terang atau berwarna-warni dan menarik perhatian

2- Mengenakan barangan kemas (walau sebentuk cincin, rantai, gelang dan perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak dan permata)

3- Memakai wangian pada badan, rambut dan pakaian.

4- Bersolek (memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut) serta perbuatan berhias lain pada pandangan masyarakat terdekat.

Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan pada tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya. Ini juga tidak bermakna berkabung dengan mengabaikan kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga.

5 Amalan Pada Hari Jumaat Yang Rugi Jika Ditinggalkan

5 Amalan Pada Hari Jumaat Yang Rugi Jika Ditinggalkan. Hari Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari. Pada hari ini jugalah […]

Belum Sampai Seru Untuk Berhijab?

Belum Sampai Seru Untuk Berhijab?. Buntu? Sudah kering idea untuk menasihati mereka yang belum bertudung? Mungkin, ada yang tidak kena […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *