Khabib Imam Solat, Netizen Tersentuh Hati!

Khabib Imam Solat, Netizen Tersentuh Hati! Tidak hanya tangkas di gelanggang apabila bertemu ‘musuhnya’ bahkan atlet seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov juga dikenali sebagai seorang yang menjaga hubungannya dengan Allah.

Baca: “Saya tertekan… Mereka Kaitkan Video Gigil Dengan Malam Pertama” – Ardell Aryana enggan keluar rumah, dimalukan sekumpulan remaja

Khabib Imam Solat

Khabib

Dalam entri seorang pengembara Islam, Dr Waleed Hakim di akaun Facebook peribadi, beliau memuat naik foto Khabib menjadi imam solat. Foto ahli sukan ternama dunia yang berasal dari Rusia itu menjadi imam solat turut diiringi kapsyen yang menyentuh hati netizen.

Kata Dr Waleed, kejayaan yang dicapai bukan dengan haya mencatat rekod 28-0 dalam gelanggang, namun, apa yang paling utama ialah berdiri di hadapan Sang Pencipta dan mengabdikan diri.

Tunaikan Tanggungjawab Sebagai Muslim

Dan kapsyen itu merujuk pada Khabib sebagai imam yang menyerahkan diri secara total ketika menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

“Tidak kira bagaimana kuatnya seseorang itu, sebijak atau semasyhur mana orang melihat anda, apa rekod yang anda pecah, kita semua pada akhirnya akan menjadi seorang yang lemah, dilupakan.

Kekalkan Kejuaraan Dunia

“Namun, apa yang paling utama ialah apa yang akan ditulis oleh malaikat untuk anda. Saya mendoakan kita semua akan mendapat catatan yang baik di tangan kanan pada hari akhirat kelak dan meraih trofi… insya’Allah,” tulis Dr Waleed dalam catatan beliau lagi.

Khabib, 30, berjaya mengekalkan kejuaraan dunia lightweight UFC di Abu Dhabi pada Ahad selepas mengalahkan Dustin Poirier selaku juara interim lightweight menerusi ‘submission’ (kuncian) pada minit 2:06 pusingan ketiga.

Profesional

Keputusan pertarungan yang menentukan siapa juara sebenar lightweight ini sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib kepada 28 kemenangan tanpa kalah.

Kehebatan dan ketangkasan Khabib menjadi tumpuan peminat sukan berkenaan di seluruh dunia. Semoga Khabib terus berjaya dan sentiasa diredhai olehNYA.

Jom Follow Apakes Group: Apakes Familia

Sumber: Astro Awani

“Saya tertekan… Mereka Kaitkan Video Gigil Dengan Malam Pertama” – Ardell Aryana enggan keluar rumah, dimalukan sekumpulan remaja

“Saya tertekan… Mereka Kaitkan Video Gigil Dengan Malam Pertama” – Ardell Aryana enggan keluar rumah, dimalukan sekumpulan remaja. Pelakon Ardell […]

Polis Siasat ‘Pemergian’ Mejar Mohd Zahir Disebabkan Kecuaian

Polis Siasat ‘Pemergian’ Mejar Mohd Zahir Disebabkan Kecuaian. Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkena tembakan dalam […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *