Kita Lambatkan Solat, Allah SWT Juga Akan Lambatkan Beri Kejayaan, Rezeki, Jodoh & Doa

Kita Lambatkan Solat, Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan, Rezeki, Jodoh & Doa. Hari ini sama seperti hari sebelumnya. Alarm telefonku berbunyi menandakan sudah jam 6.00 pagi. Tanganku pantas mematikan bunyi alarm tersebut.

BACA: Checklist Umrah Wanita, Ini Antara Senarai Barangan Keperluan

Kita Lambatkan Solat, Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan, Rezeki, Jodoh & Doa

Mataku kupaksa untuk buka, namun jasadku belum mampu kupaksa untuk bangun. Aku termenung di dalam kegelapan. Tiada apa yang kufikirkan hanya dipenuhi perasaan malas.

Berat sungguh jasad ini hendak kupaksa bangun. Ku tahu solat itu satu kewajipan. Mendirikan solat di awal waktu itu suatu tuntutan. Namun, aku masih terbaring dengan enaknya. Dalam hati aku berkata.

Ia berlalu sedetik demi sedetik hingga membawa aku kesiangan. Aku lihat jam di telefonku. Ianya menunjukkan tepat jam 6.50 pagi. Tatkala ini aku bingkas bangun menenguk segelas air masak dan terus ke bilik air. Aku persiapkan diriku untuk solat.

Alhamdulillah masih sempat sebelum syuruk. Usai solat, aku mengangkat tangan dan berdoa kepada Illahi. Aku berdoa supaya aku diberi kesihatan yang kamil, kebijaksanaan, kekayaan dan dipermudahkan segala urusan hidup.

Hari ini aku bercadang untuk ambil cuti. Kebiasaannya aku akan menghabiskan masa duduk berehat di rumah sahaja apabila tidak ke mana-mana.

Inilah masanya untuk aku mengemas rumah, membasuh pakaianku, memasak makanan kegemaranku di rumah. Bagi aku, setelah penat bekerja, hari cuti adalah masa untuk reward diri sendiri.

Selesai mengemas rumah, aku duduk di sofa sambil menonton televisyen. Ku ambil makanan yang telah dimasak dan langsung makan di hadapan televisyen.

Aku rasa ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang terbiasa dengan amalan makan di hadapan televisyen. Dalam erti kata yang lain, makan sambil menonton rancangan televisyen.

Sedang aku menikmati rezekiku pada tengah hari ini, terdengar seruan azan yang menandakan masuknya waktu solat fardhu Zuhor.

Dalam hatiku berbisik, ‘tidak apalah, lepas makan aku solat’

Aku meneruskan untuk menghabiskan makananku. Dalam keasyikan menikmati santapanku pada hari ini, tangan ku dengan pantas mengambil remote control Astro. Button info aku tekan satu persatu sambal meneliti rancangan yang akan disiarkan pada hari ini.

’wah, ada rancangan kegemaranku, mana boleh terlepas ni’.

Bisik aku di dalam hati setelah melihat info rancangan di kaca televisyen. Mataku melihat duration rancangan tersebut. Rancangan itu akan habis jam 3.00 petang. Dalam hatiku berbisik lagi

‘sekarang dah pukul 1.55 petang, kalau solat sekarang nanti terlepas pula rancangan ini. Solat lepas abis rancangan ini lah. Pukul 3.00 pun masih waktu zuhur. Ah, tengok televisyen dulu lah’.

Aku lalu terbuai dek keasyikan dunia. Usai rancangan televisyen itu, aku bangun mendirikan solat. Seperti biasa, aku memanjatkan doaku kepada Illahi.

Seperti aktiviti di hujung minggu, aktivitiku adalah sama di waktu petang. Iaitu tidur di petang hari. Tidur di waktu petang adalah satu kenikmatan bagiku.

Sebelum tidur, alarm telefon telah aku setkan. Aku ingin bangun pada jam 5.30 petang. Bagiku kalau tidur sekejap-sekejap tidak berasa kepuasaannya.

Aku lantas tidur dalam kesejukan penghawa dingin. Tepat jam 5.30 petang aku bangkit mendirikan solat.

Apabila senja mula mencelah, aku seperti dipanggil-panggil oleh televisyen. Seolah-olah ada suara dari televisyen itu menyuruh supaya aku membuka televisyen.

Aku menonton drama televisyen sehingga jam 8.00 malam. Jam 8.00 malam barulah aku tergesa-gesa mendirikan solat Maghrib.

Aku tidak pernah lupa untuk memanjatkan doa kepada Illahi. Sudah menjadi kemestian pada diri untuk berdoa selepas solat.

Selesai solat Maghrib, aku menyambung aktivitiku untuk menonton televisyen. Selalunya aku pasti tertidur di hadapan televisyen. Kadang-kadang sehingga jam 2.00 pagi. Bagiku, waktu Isyak panjang yang aku boleh dirikan nanti.

Aku terlena di hadapan televisyen. Terjaganya aku, jam dinding menunjukkan jam 10.30 malam. Aku bingkas bangun dan menunaikan solat Isyak.

Setelah selesai, aku periksa keadaan rumah, kupastikan semua pintu dan tingkap telahku kunci, suiz telahku matikan, baru aku masuk ke bilik untuk tidur.

Beginilah kehidupanku berulang siang ke malam dan malam membawa ke siang kembali.

Sehingga suatu hari aku terfikir. Aku yakin dan percaya dengan janji Allah bahawa setiap apa yang kita minta pasti Allah tunaikan cuma waktu yang membezakan.

Ada doa yang Allah makbulkan cepat, ada yang lambat.

Aku berfikir, mengapa aku berdoa setiap kali selepas solat tanpa pernah tinggal walau sekali pun, tapi doaku masih tidak dimakbulkan. Adakah aku kurang usaha? Aku muhasabah kembali.

Bagi aku, aku cukup berusaha. Aku kerja siang petang. Adakah aku kurang beribadah? Aku tidak pernah tinggal solat walau terkadang aku lambat mendirikannya.

Sumber: Kashoorga

Nabi SAW Dah Lama Pesan 6 Benda Akan Menimpa Umat Akhir Zaman. Berhati-Hatilah Kerana Kesannya Menakutkan!

Nabi SAW Dah Lama Pesan 6 Penyakit Akan Menimpa Umat Akhir Zaman. Berhati-Hatilah Kerana Kesannya Menakutkan! Pada akhir zaman ini […]

Jika Kita Berkira Dengan Orang, Allah SWT Pun Akan Berkira Dengan Kita

Jika Kita Berkira Dengan Orang, Bukan Setakat Orang Je Yang Berkira Dengan Kita Tapi Allah Pun Akan Berkira Dengan Kita. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *