Langit sudah jadi merah!

Langit sudah jadi merah!  Langit di Muaro Jambi bertukar merah semalam akibat jerebu terlampau teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan di Jambi.

BACA: Lepas Wanita Ini Amalkan 2 Ayat Dari Surah At-Taubah, Tak Sangka Rezeki Datang Melimpah Ruah

Langit sudah jadi merah!

Katanya Semalam DiJambi…Siang jadi malam…langit seperti terbakar, Sinar Matahari tidak dapat tembus AsapSemoga Allah menurunkan hujan

Posted by Media Kongsi on Sabtu, 21 September 2019

Keadaan itu menyebabkan Muaro Jambi gelap selepas langit yang bertukar kuning sejak Khamis lalu berubah warna kepada merah pada tengahari.

Penduduk, Mustakim berkata, langit mula bertukar merah pada jam 12 tengahari hingga 4 petang waktu tempatan.

“Penduduk tidak berani keluar rumah kerana takut,” katanya kepada detikcom.

Menurutnya, abu dari kebakaran hutan di Jambi kelihatan berterbangan dan turut memasuki rumah penduduk.

“Kami terpaksa menghidu asap yang bercampuran abu. Kalau di dalam rumah, abu kurang berbanding di luar.

“Sekarang saya mula rasa sesak nafas dan melarang anak keluar rumah kerana kualiti udara di tahap tidak sihat,” katanya.

Sementara itu, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesi (BMKG) Jambi dalam kenyataannya berkata fenomena langit berubah dari kuning ke merah di Muaro Jambi akibat asalp tebal yang menyelimuti wilayah itu.

Keadaan itu menyebabkan sinaran matahari tidak sampai ke bumi dan cuaca akan kembali seperti biasa sekiranya ada angin kencang.

Ketua BMKG Jambi, Adi Setiadi berkata, jerebu boleh hilang sekiranya hujan lebat, namun hujan dijangka turun di Jambi pada Oktober ini. – Agensi

Sumber: Harian Metro

Lepas Wanita Ini Amalkan 2 Ayat Dari Surah At-Taubah, Tak Sangka Rezeki Datang Melimpah Ruah

Lepas Wanita Ini Amalkan 2 Ayat Dari Surah At-Taubah, Tak Sangka Rezeki Datang Melimpah Ruah. Mengamalkan wirid 2 (dua) ayat […]

Jerebu tanda murka Allah kerana tangan manusia… Berdoa dan kembalilah ke pangkal jalan!

Jerebu tanda murka Allah kerana tangan manusia… Berdoa dan kembalilah ke pangkal jalan. Manusia merupakan khalifah di atas muka bumi […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *