Larangan Merokok Di Semua Restoran Dan Premis, Termasuk Warung Tepi Jalan Berkuatkuasa 1 Januari 2019

Larangan Merokok Di Semua Restoran Dan Premis, Termasuk Warung Tepi Jalan Berkuatkuasa 1 Januari 2019. Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata mulai Disember depan semua restoran terbuka akan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.

Telah Diluluskan

Bagaimanapun ketika itu, pihak kementerian masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan berkenaan. Hari ini, Dr. Lee berkata cadangan tersebut telah pun diluluskan dan berkuasa awal tahun depan. Arahan akan dikeluarkan di semua restoran dan premis makanan seluruh negara.

Tindakan Akan Diambil

Menurut beliau, arahan ini bukan sahaja tertakluk kepada tempat awam dan bangunan kerajaan, tetapi ia turut membabitkan semua restoran dan premis makanan termasuk warung-warung makanan tepi jalan. Tindakan akan diambil terhadap perokok dan juga pemilik premis jika tidak mematuhi peraturan yang terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).

Bersedia Dengan Bantahan

Bersedia dengan bantahan dan reaksi rakyat terutama perokok, beliau berkata pihak kementerian tidak akan berkompromi apabila melibatkan aspek kesihatan rakyat di Malaysia. Ini adalah antara usaha KKM untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar daripada penyakit yang berpunca daripada asap rokok.

Artikel Lain

 

Ungkap Sikap Wanita Dengan Cara Mereka Berjalan.. Anda Yang Mana Satu?

Golongan lelaki mungkin dapat menghuraikan panjang lebar tentang perkara yang tidak mereka sukai mengenai wanita di sekitarnya, sama ada golongan ibu, makcik-makcik atau pasangan mereka sendiri. Namun demikian, pernah tak anda fikir sikap perempuan yang sebenar-benarnya di sebalik perangai dan kelakuan perempuan tu sendiri? Ya, perempuan memang sukar diduga dan mereka sendiri kadang-kala tidak mengerti perasaan hati mereka. Di bawah ini aliffchannel.com kongsikan beberapa perkara yang pasti lebih menarik buat lelaki untuk mengetahui sikap-sikap perempuan sebenarnya disebalik setiap kelakukan mereka.

Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

Asyik Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Berjalan Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

Badan Bergerak Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

Berjalan Seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata. Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Artikel Lain

 

5 Tanda-Tanda Dalam Islam Yang Dia Adalah Jodoh Kita

Mungkin itu antara kata-kata yang biasa kedengaran bagi mereka yang masih bujang. Lebih-lebih, apabila usianya sudah menjangkau 30-an. Sudah pasti hal tersebut sedikit menggusarkan hatinya bahkan ada juga yang berasa rimas dengan persoalan yang sama setiap kali bertemu rakan, saudara mara atau sesiapa saja. Mengapa ada wanita yang sukar mendapat jodoh?

 

1. Tiada Kesungguhan

Bagaimana mahu mendapat jodoh jika tidak bersungguh-sungguh? Mulut saja kata mahu jodoh, tetapi banyak alasan. Maksudnya, di sini fokus itu ada di tempat lain tapi bukan untuk mencari jodoh.

 

 

2. Belum Bersedia Untuk Bercinta

Bagaimana hendak berjodoh, jika diri sendiri belum bersedia untuk memiliki dan dimiliki serta berkasih sayang?

 

3. Kriteria Yang Sangat Ketat

Meletakkan kriteria calon suami yang terlampau ketat seperti selebriti dan sebagainya. Mahu yang sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki memang tidak akan bertemu.

 

4. Keladak Hati

Apabila hati kotor dan masih banyak kebencian dalam hati, maka rezeki jodoh juga akan turut menjauh.

 

5. Banyak Meminta Dari Memberi

Jika kita asyik meminta bantuan dari orang, terkadang tanpa sedar pintu rezeki kita tertutup. Jodoh juga merupakan salah satu pintu rezeki.

Kongsikan artikel ini.
  • 3K
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *