Lexis Hibiscus 2, Port Dickson Tawar Pengalaman Percutian Mewah 5 Bintang

Lexis Hibiscus 2, Port Dickson Tawar Pengalaman Percutian Mewah 5 Bintang. Dengan kerjasama antara Perbadanan Menteri Besar (cabang pelaburan Negeri Sembilan) dengan Kuala Lumpur Metro Group, projek pembangunan resort lima bintang iaitu Lexis Hibiscus 2 yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur atau KLIA, di sepanjang Pantai Pasir Panjang, Port Dickson telah dilancarkan 27 Julai lalu.

Disaksikan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, resort mewah yang terletak bersebelahan Lexis Hibiscus Port Dickson ini dijadualkan akan dibuka secara rasminya pada tahun 2024.

“Bertuah rakyat Terengganu!” – Jambatan Angkat bakal dibuka sepenuhnya sempena Aidilfitri

Lexis Hibiscus 2, Port Dickson Tawar Pengalaman Percutian Mewah 5 Bintang

Lexis Hibiscus 2

Dijangka akan memulakan pembangunan pada akhir tahun 2020, nilai pembangunan kasar (GDV) resort mewah ini ialah sebanyak RM500 juta, lengkap dengan 760 buah vila berkolam renang termasuklah 582 buah vila atas air dan 178 buah vila sky pool.

Bukan hanya itu, resort mewah bertaraf lima bintang ini turut dilengkapi dengan restoran akuarium tenggelam yang pertama di Malaysia, air pancut berirama, dewan terbesar di Negeri Sembilan yang mampu menampung ‘kesesakan’ hadirin seramai 2,000 orang dan Hibiscus Walk – destinasi beli belah terbuka (deretan kedai makanan jalanan) yang menawarkan cita rasa Malaysia asli.

Lexis Hibiscus 2

Pembinaan Resort Lexis Hibiscus 2 ini bukan sahaja dapat mengukuhkan lagi jenama Lexis sebagai penyumbang pembangunan pekan Port Dickson, tetapi juga dijangka dapat menaikkan lagi jumlah kedatangan pelancong di Port Dickson dengan nilai anggaran sebanyak 400,000 orang setiap tahun.

Bakal menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Malaysia dalam mempromosikan industri pelancongan di Port Dickson sama ada daripada pelancong solo dan bebas (FIT), lawatan rombingan, percutian korporat dan MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran) dari dalam dan luar negara.

Lexis Hibiscus 2

Menganggarkan keuntungan sebanyak RM240 juta setahun dengan purat anilai perbelanjaan setiap pelancong sebanyak RM600 untuk penginapan satu malam, Lexis Hibiscus 2 menyasarkan untuk terus menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing terutamanya dari benua Asia Pasifik dan Timur Tengah melalui pengalaman pelancongan yang unik dan layanan bertaraf antarabangsa.

Bukan hanya penginapan, malah aspek tawaran daripada segi makanan, persidangan mesyuarat dan sebagainya semuanya dirancang dengan rapi bagi memastikan hanya yang terbaik disediakan kepada semua pelanggan.

Projek usaha sama ini akan turut mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan dengan anggaran penambahan peluang pekerjaan semasa pembinaan sekitar 2,000 dan 1,000 selepas siap pembinaannya untuk kerja-kerja pengurusan resort.

Sebelum ini, Lexis Hibiscus Port Dickson berjaya memecahkan rekod dunia, Guinness World Records bagi kategori ‘kolam renang terbanyak dalam satu resort’ dan ‘vila atas air terbanyak’. Maka setelah selesainya projek pembinaan resort mewah Lexis Hibiscus 2 ini, ianya akan menggantikan rekod Lexis Hibiscus Port Dickson.

Antara fakta-fakta menarik tentang Lexis Hibiscus 2 Port Dickson yang perlu anda tahu lagi:

1. Saiz purata setiap unit: 800 – 1,000 kaki persegi
2. Purata harga jualan: RM600,000 – RM700,000
3. Setiap vila ada kolam peribadi
4. Lengkap dengan gimnasium, sauna dan spa
5. Sukan air dan aktiviti pantai
6. Lounge lobi dan concierge
7. Helipad, jeti
8. Kedai cenderamata

Lexis Hibiscus

Doa Perlindungan Daripada Ujian Diri Sendiri, Dunia Dan Akhirat

Doa Perlindungan Daripada Ujian Diri Sendiri, Dunia Dan Akhirat. Orang bijak pandai sentiasa mengatakan bahawa ujian dan kesusahan akan mematangkan […]

Amalkan Solat Tahajud Suami Isteri, Inilah Keajaiban Yang Akan Terjadi!

Amalkan Solat Tahajud Suami Isteri, Inilah Keajaiban Yang Akan Terjadi! Keutamaan solat tahajud tak hanya membuat pelakunya mendapatkan kedudukan terpuji […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *