Lokasi Terbaik Dan Murah Di Langkawi, Ramai Yang Tak Tahu!

0
7

Lokasi Terbaik Dan Murah Di Langkawi, Ramai Yang Tak Tahu! Pulau Langkawi adalah salah satu daripada lokasi utama pelancongan di Malaysia. Ianya merangkumi 99 pulau yang terpisah daripada Semenanjung Malaysia di sepanjang Selat Melaka. Berkeluasan hampir 48,000 hektar, Pulau ini dipenuhi dengan tempat-tempat menarik yang patut dikunjungi. Selain itu, Pulau Langkawi dan lagendanya tidak dapat dipisahkan, terutamanya lagenda Mahsuri.

BACA: Lokasi Popular Di Penang WAJIB Anda Singgah, Rugi Kalau Tak Mai!

Nak tahu lebih lanjut tentang tempat menarik di Langkawi? Mari kita lihat senarai 15 lokasi paling best untuk dikunjungi di sini!

Ni klip video tempat menarik di Langkawi yang sempat saya ambil ketika bercuti di sana. Penat buat editing ni, sedih la kalau anda tak sudi tengok

1. Dataran Lang

Lokasi Terbaik

Dataran Lang adalah tempat menarik di Langkawi yang wajib anda pergi. Ia adalah lokasi paling ikonik untuk anda tangkap gambar sebagai bukti bahawa anda telah berjaya menjejakkan kaki ke Langkawi. Memang tak sah kalau tak datang ke sini.

 

Takde idea macam mana nak posing kat Dataran Lang ni nanti? Nah, ni cadangan saya.

2. Oriental Village

 

Anda akan menemui Oriental Village ini sebelum anda pergi menaiki kereta kabel kerana ia terletak di kaki gunung. Di Oriental Village, terdapat pelbagai tarikan yang menanti anda. Selain itu, anda juga boleh berehat sekejap dan makan-makan sebelum shopping. Kalau anda berminat, anda bolehlah mencuba Segway tour, ATV, motorcross malah bermacam-macam lagi aktiviti menarik di sini!

3. Kereta Kabel Langkawi

Lokasi Terbaik

Sampai-sampai je di Pulau Langkawi, pergilah cuba naik kereta kabel! Namun begitu, naik kereta kabel ini boleh menjadi mimpi ngeri untuk mereka yang mengalami “acrophobia” – takut kepada ketinggian (mari belajar bahasa saintifik sikit), lagi-lagi bila anda memilih untuk menaiki gondola yang mempunyai lantai kaca!

Jadi, jika anda datang bersama-sama teman, interview dululah sama ada dia OK atau tidak untuk naik kereta kabel ni.

Lokasi Terbaik

Daripada stesen di bawah, anda akan ke stesen tengah yang jaraknya 1.7km sebelum anda boleh sambung naik ke atas, jika sanggup. Perasaan menaiki kereta kabel ni memang thrill lah! Amacam, ada beran?

Waktu operasi: Bermula 9:30 pagi – 7:00 malam

4. Skybridge

Lokasi Terbaik

Jika anda mahu, daripada Stesen Tengah tadi, anda boleh naik lagi ke Top Station untuk ke Skybridge.Untuk pengetahuan anda, pembinaan Skybridge ini tamat pada tahun 2004, dan ianya tergantung pada ketinggian lebih kurang 100 meter dan boleh menampung sehingga 250 orang dalam satu-satu masa.

Ketika berada di jambatan ini, anda akan berpeluang menikmati panorama Pulau Langkawi yang sangat indah. Tambahan pula, kerana senibina jambatannya yang berbentuk melencong, anda akan dapat melihat panorama ini daripada perspektif menarik apabila anda berjalan-jalan melalui Skybridge ini.

Tempat ini juga tidak direkomen kepada yang gayat- nanti jenuh member nak tolong kalau dia terkucil.

Waktu Operasi: Bermula 9:30 pagi – 7:00 malam

5. Air Terjun Telaga Tujuh

Air terjun ini sebenarnya adalah rangkaian daripada 7 mata air yang mengalir ke 7 telaga yang wujud secara semulajadi. Secara tidak langsung, keindahan alam semulajadi ni menjadi salah satu tarikan utama dan menjadi di antara tempat menarik di Langkawi yang patut anda kunjungi!

Terdapat kisah-kisah dongeng yang mengatakan kerana kecantikan air terjun ini, pari-pari suka datang bermandi-manda di sini. Oh, di sini ada tali halangan.

Jadi, walaupun anda ingin bersuka-ria, berwaspadalah juga ya. Sila pentingkan keselamatan, kerana saya khuatir pari-pari tak berminat menyembuhkan anda bila anda tergolek di sini disebabkan kecuaian sendiri.

5. Pulau Payar Marine Park

Pulau Payar adalah salah satu daripada pulau besar di Langkawi berbanding pulau-pulau lain di sekelilingnya. Kalau diikutkan, tiada apa yang menarik di atas paras laut kecuali pemandangannya yang memukau (obviously tetap jauh lagi menarik berbanding pemandangan concrete jungle di KL). Jadi, apakah tarikan sebenar di sini? Jawapannya terletak di bawah paras beku. Eh, paras laut.

Di sini, terdapat terumbu karang yang dikelilingi oleh hidupan-hidupan laut untuk tatapan anda. Jadi, di sinilah syurga snorkeling! Oh yeah, bawalah sekali kamera kalis air untuk berswafoto bersama kawan-kawan Nemo & Dory.

Waktu operasi: Bertolak jam 9:45 pagi dari Jeti Kuah & bertolak pulang jam 3:30 petang dari Pulau Payar)

Kos: Sekitar RM200 – RM400, bergantung kepada pakej yang anda ambil. Biasanya pakej Pantai untuk snorkelling di sekitar pantai berharga RM230, dan pakej laut dalam berharga RM390.

Sumber: The Kaki Cuti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here