“Loya tekak akak. Ni Khulafa kat rumah akak ni. Pernahlah makan 2-3 kali di situ. Memang kurang ajar tau diorang ni!”. kapsyen pemilik akaun yang menjadikan isu ini tular – Pemilik Restoran Khulafa Beri Penjelasan

“Loya tekak akak. Ni Khulafa kat rumah akak ni. Pernahlah makan 2-3 kali di situ. Memang kurang ajar tau diorang ni!”. kapsyen pemilik akaun yang menjadikan isu ini tular – Pemilik Restoran Khulafa Beri Penjelasan.

Amboi korang, kalau pasal viral cepat je kan? Sejak semalam penuh di timeline Facebook saya mengenai satu kes yang mana ada satu restoran mamak yang membasuh sudu dan garfu di atas jalan belakang restorannya.

Melalui perkongsian itu, pemilik akaun Facebook tersebut mendakwa restoran mamak Khulafa itu terletak berhampiran dengan rumahnya dan dia pernah beberapa kali makan di situ.

“Loya tekak akak. Ni Khulafa kat rumah akak ni. Pernahlah makan 2-3 kali di situ. Memang kurang ajar tau diorang ni!”. – kapsyen pemilik akaun yang menjadikan isu ini tular.

Tular di media sosial

Berikut adalah foto yang turut dikongsikan olehnya: Dari perkongsiannya itu, rata-rata netizen turut mempercayai tentang perkara itu. Namun ada juga yang menyebelahi restoran terbabit dengan meninggalkan komen berikut:

Walaubagaimanapun, pemilik Restoran Khulafa ini menafikan dakwaan pekerjanya mencuci sudu dan garfu di atas jalan di belakang restoran itu.

Buka kejadian sebenar

Menerusi laporan Kosmo Online!, kejadian itu hanya salah faham kerana semasa kejadian pekerja restoran sedang membuat pembersihan bagi membuang sudu dan garfu yang berkarat dan tidak sesuai digunakan lagi.

Ha….kan, itulah memandai-mandai saja buat cerita tanpa usul periksa. Rasanya tak salah kot pergi tegur pekerja yang sedang membasuh itu untuk bertanyakan hal yang sebenarnya.

Restoran Dalam Keadaan Bersih

Malah pada jam 11 pagi hari ini, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah melakukan pemeriksaan di restoran terbabit.

“Pemeriksaan MBSA dan pejabat kesihatan mendapati premis kita adalah bersih dan patuh piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa,” jelas pengerusinya, Datuk Abdul Wahith Sharfuddin.

Sumber: Facebook / Kosmo Online!/ HCL

Kongsikan artikel ini.
  • 900
  •  
  •  
  •  

‘GrabFood Couple’ Ini Bukan Setakat Jatuh Cinta Tapi Gambar Kahwin Pun Ikut Tema GrabFood!

‘GrabFood Couple’ Ini Bukan Setakat Jatuh Cinta Tapi Gambar Kahwin Pun Ikut Tema GrabFood! Nur Atiqah dan Mohd Afandi telah bertemu […]

“Dia Terus Terjun Untuk Selamatkan Adik, Tapi Dia Pula Yang Tak Timbul – SEBAK! Nak selamat adik, abang yang ‘pergi’

“Dia Terus Terjun Untuk Selamatkan Adik, Tapi Dia Pula Yang Tak Timbul – SEBAK! Nak selamat adik, abang yang ‘pergi’ […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *