Lucu, Tunjuk Contoh Kepada Tukang Gunting Rambut Dari Video Yang Sedang Di ”Pause”. Ini Hasilnya..

Lucu, Tunjuk Contoh Kepada Tukang Gunting Rambut Dari Video Yang Sedang Di ”Pause”. Ini Hasilnya..

Fesyen rambut sentiasa berubah-rubah dan selebriti adalah golongan yang kerap membawa fesyen baru rambut. Sebagai orang biasa, sudah tentu fesyen rambut yang digayakan oleh figura ternama ini menjadi ikutan.

Begitupan, kadang-kala pasti berlaku kesilapn kecil ketika menggunting rambut, seterusnya menghasilkan potongan rambut berbeza daripada yang dimahukan, seperti insiden lucu yang menimpa lelaki ini di China.

Tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan, gaya rambut dengan cukuran berbentuk segi tiga meninggalkan kesan lucu pada bahagian dua sisi kepalanya yang kami pasti jika dibiarkan, bakal menjadi jenaka rakan-rakannya.

salah sendiri

Semuanya gara-gara kesilapannya sendiri apabila menunjukkan sample dalam bentuk video, bukannya gambar. Apabila dia mnghentikan mainan video (paused video), akan muncul bentuk ‘segi tiga’ seperti dibawah di tengah-tengah video.

Tukang rambut pula menyangka bentuk segi tiga tersebut merupakan gaya potongan rambut pada selebriti berkenaan.

Mungkin tidak bertanya lanjut, si tukang gunting rambut meneruskan tugasnya seperti biasa dan terhasilah gaya potongan rambut baharu seperti di bawah pada bahagian sisi kepala lelaki berkenaan.

Menurut laporan media, ada yang mendakwa bahawa tukang gunting rambut berkenaan bertanya sama ada lelaki berkenaan yakin dengan keputusannya untuk menggunting rambut dengan gaya tersebut, namun tidak dapat dipastikan jawapan yang diberinya.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dikhabarkan tidak merasa marah sebaliknya menyukai gaya potongan tersebut. Malah dia juga berkongsi di laman sosial dan menerima komen-komen lucu daripada netizen.

Sumber: UNILAD

Kongsikan artikel ini.
  • 486
  •  
  •  
  •  

“Keadaan fizikal sebenarnya tidak mempengaruhi kualiti diri, Saya rasa normal, Saya telah hidup dengan ini sejak saya masih bayi…”

“Keadaan fizikal sebenarnya tidak mempengaruhi kualiti diri, Saya rasa normal, Saya telah hidup dengan ini sejak saya masih bayi…” Kebiasaannya […]

“Saya tak sangka dia sanggup buat macam ni pada saya, sebab dua hari lepas dia dah minta maaf Tapi saya tak sangka Dia sanggup buat begini”

“Saya tak sangka dia sanggup buat macam ni pada saya, sebab dua hari lepas dia dah minta maaf Tapi  saya […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *