MAHU ANAK KEMBAR? DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN INI KONGSI BEBERAPA TIPS UNTUK SUAMI ISTERI SUPAYA BOLEH DAPATKAN ANAK KEMBAR!

Mahu anak kembar? Doktor pakar sakit puan ini kongsi beberapa tips untuk suami isteri supaya boleh dapatkan anak kembar! Melihat telatah comel pasangan kembar pasti akan mencairkan hati siapa pun sehingga membuatkan ramai pasangan suami isteri yang mengimpikan untuk mendapatkan anak kembar. Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu akan kaedah atau cara untuk mendapatkan bayi kembar.

Baru-baru ini, seorang doktor pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat telah berkongsi 8 tips buat pasangan suami isteri yang mahukan anak kembar di Facebook miliknya.

Berikut adalah perkongsian daripada Dr Hamid:

BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR? SERONOK DAPAT ANAK KEMBAR.

Tahniah kepada Puteri yang sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telur/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan. Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing mempunyai uri sendiri.

Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telur dan selepas bercantum dengan lelaki benih, embrio yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, janin mati dan lain-lain masalah.

1. Peluang orang Asia mendapatkan kembar hanya 1-2%

Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan adalah antara 1 hingga 4%. Orang Afrika dikatakn mempunyai kadar kembar tertinggi iaitu sebanyak 4%. Orang Amerika dan Eropah pula 3% dan orang Asia termasuk orang malaysia adalah terendah iaitu pada kadar  1 – 2% sahaja.

2. Keturunan kembar sebelah ibu.

Jika ada kembar dalam keluarga khususnya dari sebelah keluarga ibu, peluang hamil kembar dikatakan meningkat kepada 4 kali ganda.

3. Hamil ketika umur 40 tahun ke atas .

Mereka yang telah melahirkan 4 orang anak atau lebih dikatakan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk melahirkan kembar. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun ke atas.

4. Amalkan vitamin dan asid folik.

Mereka yang mempunyai tahap kesihatan terbaik dan makan berzat dan berkhasiat serta mengamalkan makan makanan tambahan seperti vitamin dan asid folik lebih berpeluang untuk hamil kembar.

5. Makan produk tenusu.

Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yang dikeluarkan oleh hati lembu menjadi penyebab kepada hamil kembar.

6. Makan keladi dan ubi.

Orang-orang asli di Africa yang makan keladi dan ubi didapati mempunyai peluang melahirkan kembar 4 kali ganda lebih tinggi daripada orang lain.

7. Hormon kesuburan.

Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yang makan pil kesuburan clomid mempunyai peluang hamil kembar antara 5 – 10%. Manakala mereka yang mengambil suntikan hormon gonadotrophin mempunyai peluang untuk memiliki kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlakunya kembar 4 atau lebih dan perkara ini meyebabkan risiko keguguran yang tinggi.

8. Rawatan IUI dan IVF

Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih tinggi untuk mendapatkan kembar.

Tip Kesihatan Buat Wanita Dari Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat

Pakar sakit puan Dr. Hamid Arshat telah berkongsi 23 tips kesihatan penting untuk semua wanita melibatkan gaya hidup, cara pemakanan dan minuman sihat.
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Kita memang selalu mendengar ungkapan ini dan seorang pakar sakit puan yang terkenal di kalangan para ibu di Malaysia, Dr. Hamid Arshat, juga bersetuju dengan madah ini.

Dalam post terbaru di laman FBnya, Dr. Hamid ada berkongsi 23 tip kesihatan buat wanita yang boleh anda cuba. Apa agaknya tip-tip yang diberikan? Jom teruskan membaca!

23 Tip Kesihatan Buat Wanita, Terutamanya Para Ibu dan Bakal Ibu Dari Pakar Sakit Puan

Tip-tip kesihatan buat wanita yang dikongsikan oleh doktor pakar ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis kategori – gaya hidup, cara pemakanan dan cara peminuman. Jom baca setiap satu dan ambil manfaat dari nasihat ini.

Tip Kesihatan Dari Pakar Sakit Puan

Bertemu doktor bertauliah sebelum mencuba kaedah alternatif – Menurut Dr. Hamid, anda patut bertemu dengan doktor perubatan sedari awal untuk mengubati penyakit. Kaedah tradisional sepatutnya digabungkan kemudian setelah mendapatkan khidmat nasihat doktor.

Banyakkan berdoa

Kuasa doa itu sememangnya magis. Bermohonlah setiap hari kepada Tuhan supaya dikurniakan kesihatan yang baik.

Berfikiran positif dan mengamalkan gaya hidup sihat

Fikiran positif dapat mengubah minda kita. Amalan hidup sihat dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada ubat-ubatan.

Kurangkan pendedahan diri pada toksin

Di persekitaran kita, ada pelbagai jenis pencemaran radiasi dan bau bahan kimia. Penggunaan minyak wangi kimia serta pewangi kereta dan rumah tidak digalakkan oleh Dr. Hamid.

Kawal stress secara berkesan

Stress dapat membuka ruang kepada penyakit. Jadi, bermula hari ini, kawal stress anda dengan melakukan aktiviti yang anda gemari dan dapatkan rehat yang mencukupi.

Bersenam setiap hari

Anda perlu meluangkan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk melakukan senaman. Anda boleh memilih jenis senaman yang bersesuaian dengan anda, namun pastikan peluh anda keluar! Ia dapat membantu mengawal penyakit kronik seperti angin ahmar, darah tinggi, diabetes dan serangan jantung.

Periksa buah dada

Apabila anda mandi, periksa juga buah dada dan bahagian di bawah ketiak anda untuk memastikan tiada ketulan. Picit juga puting buah dada untuk memeriksa sama ada keluar sebarang jenis lendir atau darah.

Pantau berat badan

Dr. Hamid Arshat juga menyarankan supaya berat badan anda tidak melebihi 60kg. Senaman dan kawalan pengambilan karbohidrat serta gula dapat membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal.

Buat pemeriksaan rahim

Jika anda selalu mengalami senggugut, haid yang tidak teratur, dan pendarahan yang berpanjangan, anda perlu membuat pemeriksaan scan rahim. Ia bagi mengesan punca kepada masalah tersebut.

Sumber: Fb Dr Hamid Arshat

Kongsikan artikel ini.
  • 354
  •  
  •  
  •  

Kalau Pasangan Anda Ada 7 Tanda Ini, Sahlah Dia Dah Bersedia Nak Kahwin

Kalau Pasangan Anda Ada 7 Tanda Ini, Sahlah Dia Dah Bersedia Nak Kahwin. Sebelum anda benar-benar yakin sama ada anda […]

Mesti Ramai Yang Tidak Tahu Khasiat Bismillah 5, Pendinding Dan Ayat Penyembuh (Syifa) Segala Penyakit!

Mesti Ramai Yang Tidak Tahu Khasiat Bismillah 5, Pendinding Dan Ayat Penyembuh (Syifa) Segala Penyakit! Bismillah 5 adalah pendinding dan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *