“Mak Ayah Ada Rupa, Kenapa Anak Tak Comel?”

Sejak di awal kelahirannya, anak kedua Nora Danish iaitu Mohamed Neqayl Nazri Aziz atau lebih dikenali sebagai Ney Ney antara anak selebriti yang menjadi perhatian ramai. Nora Danish dan Nedim juga tidak kedekut untuk kongsikan foto bayi mereka di Instagram dan Ney Ney sering mendapat pujian ramai kerana kecomelannya.

Mak ayah ada rupa, tapi anak tak comel

Baru-baru ini di Twitter, seorang wanita memuat naik status seolah-olah mempersoal rupa paras anak pasangan itu yang dikatakan tidak comel sedangkan ibu bapanya cantik dan kacak.

Ternyata, Tweet tersebut menerima kecaman daripada netizen kerana tindakan wanita itu seperti menghina ciptaan Tuhan.

Memuat Naik Status Tanpa Berfikir

Ada juga yang beranggapan wanita tersebut mungkin masih belum berkahwin dan tidak mempunyai anak yang membuatkan wanita itu memuat naik status tanpa berfikir panjang. Selepas menerima kecaman, wanita itu dikatakan telah memadam status tersebut dan membuat permohonan maaf.

Apa-apa pun, anak Nora dan Nedim sememangnya comel. Paling penting anak mereka sihat dan membesar dengan baik. Rasanya tak payah kot nak kutuk anak orang lain, semua tu ciptaan Tuhan.

Semua benda nak di kutuk. Bayi yang tidak mengerti apa-apa pun ingin di jadikan bahan kutukan mereka ini.

Kongsikan artikel ini.
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *