Menangis duit tak ada, gadis ini terharu ‘roommates’ pakat hulur RM50 senyap2

Menangis duit tak ada, gadis ini terharu ‘roommates’ pakat hulur RM50 senyap2. Bergelar pelajar yang tinggal berjauhan dengan keluarga bukanlah sesuatu yang mudah. Jika anda seorang yang berdikari dan bersikap enggan menyusahkan keluarga, sudah tentu pernah merasai pengalaman mengikat perut.

Tindakan sebegitu bukanlah sesuatu yang aneh oleh para pelajar kerana faham situasi keluarga yang masih lagi mempunyai tanggungan. Jadi, langkah berjimat cermat sering kali dipraktikkan semasa belajar.

Duit tak cukup sampai hujung bulan

Namun begitu, kadang kala perbelanjaan yang tidak dijangka membuatkan bajet yang telah dirancang agak berlebihan. Sudahnya, masalah kewangan pasti menyelubungi  pelajar tersebut.

Walau bagaimanapun, menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Ainhz, dia terhutang budi dengan sahabat-sahabatnya yang memahami keadaannya ketika itu. Bantuan yang diberikan kepadanya benar-benar mengundang sebak.

Kalau ada masalah bagitahu

Menurutnya, dia mempunyai sedikit masalah kewangan dan duit di dalam bank juga tidak mampu untuk menampung perbelanjaannya sehingga hujung bulan. Kerana terlalu buntu, dia telah menangis.

Tanpa disangka rakan-rakan sebiliknya telah memberikan sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg duit Ainhz tanpa pengetahuan.

Tindakan rakan-rakannya itu membuatkan dirinya berasa sangat terharu. Ainhz juga berharap agar mereka diberi kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Perkongsian daripada gadis tersebut telah mendapat perhatian daripada warganet. Rata-rata berasa terharu dengan kisah Ainhz kerana dikurniakan rakan sebilik yang sangat mengambil berat.

Ada juga sebilangan netizen yang turut berkongsi kisah sama seperti gadis tersebut. Mereka begitu bersyukur kerana dikurniakan rakan-rakan yang prihatin dengan masalah yang dihadapi ketika itu.

“Kemana Dr Rozmey Menghilang?” – Kehilangan Dr Rozmey Terjawab, Selepas Beberapa Tahun ‘Hilang’ Tanpa Berita!

“Kemana Dr Rozmey Menghilang?” – Kehilangan Dr Rozmey Terjawab, Selepas Beberapa Tahun ‘Hilang’ Tanpa Berita! Mungkin telah lama kita tidak […]

Jaga-Jaga Giliran Utara Pula Dijangka Hadapi Ribut Petir Malam Ini

Jaga-Jaga Giliran Utara Pula Dijangka Hadapi Ribut Petir Malam Ini. Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *