Mesti Baca! Ketahuilah Mengapa Wajah Kita Mirip Dan Seiras Dengan Pasangan?

Mesti Baca! Ketahuilah Mengapa Wajah Kita Mirip Dan Seiras Dengan Pasangan? Malah ada orang kata, pasangan yang serasi dan bahagia itu memang mempunyai muka yang sama? Namun sejauh mana kebenaran ini?

Kerap bersama

satu kajian psikologi mengatakan semakin kerap pasangan itu menghabiskan waktu bersama atau mempunyai komunikasi sosial yang berpanjangan, mereka akan semakin mirip rupa antara satu sama lain. Ini kerana cara hidup mereka sudah bersatu dan mempengaruhi antara satu sama lain. Jadi tidak hairanlah kalau muka pasangan itu ada iras-iras kerana mereka melakukan rutin harian, aktiviti dan mengikut cara hidup orang yang dicintainya bersama.

Dari awal memang cari pasangan wajah seiras

Dalam tak sedar ketika kita mencari pasangan, kita sebenarnya mencari seseorang yang mempunyai persamaan dengan diri kita termasuklah wajah dan penampilan. Biasanya kita akan tertarik dengan seseorang yang hampir sama dengan diri kita. Otak juga memainkan peranan dalam hal ini kerana sewaktu kita melihat seseorang yang punya sedikit persamaan dengan diri, kita akan mudah jatuh hati dengannya.

Emosi boleh mengubah karakter wajah

Pakar Psikologi Sosial, Robert Zajonc mencetuskan konsep social facilitation pada tahun 1965 yang merupakan jawapan kenapa wajah suami isteri boleh jadi seiras. Dalam kajiannya, beliau telah mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah yang terbaharu.

Wajah Pasangan

Hasil kajian tersebut mendapati wajah pasangan yang telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain. Menurutnya, semakin bahagia sesuatu pasangan itu, semakin mereka mempunyai persamaan pada muka.

Otot-Otot Berkembang

Ini kerana manusia mempunyai empati, biasanya emosi dan reaksi yang ditunjukkan disesuaikan dengan orang berada dekat dengannya. Dalam pada itu katanya, otot-otot tubuh manusia berkembang atau berubah mengikut kegunaannya. Sebagai contoh, pasangan yang sering ketawa bersama akan mempunyai kedutan yang sama pada wajahnya. Kalau kedua-duanya suka berbual, maka struktur pipi mereka juga akan ikut berubah.

Artikel Lain

Jauhi 5 Perkara Yang Allah Ingkari Nescaya Dipermudahkan Jodoh

Dalam soal pemilihan jodoh ada yang mudah dan ada yang sulit. Soal rezeki, hidup, mati mahupun jodoh sukar diramalkan kerana ia menjadi rahsia Allah SWT. Biarpun diri berusaha gigih dan berdoa untuk dipercepatkan jodoh, namun andai tidak berhasil semua itu sudah menjadi ketetapan Allah SWT.

Sebagai umat Islam, kita kena redha dengan ketentuan-Nya dan menerimanya dengan ikhlas. Kadangkala tanpa disangka jodoh ada di depan mata. Tidak perlu bercinta lama. Semua itu sudah tertulis akan takdirnya. Sememangnya kita mengharapkan dipertemukan jodoh yang baik dalam hidup. Kadangkala kita sukar untuk bertemu jodoh disebabkan masih tersisa dosa yang menghalang kita untuk menemui jodoh oleh-Nya.

1. MENINGGALKAN SOLAT

Solat merupakan ibadah umat Islam yang tidak boleh ditinggalkan walau sedikit pun. Dengan meninggalkan ataupun jarang menunaikan solat, ia juga merupakan salah satu penyebab kenapa Allah SWT tidak memakbulkan permintaan hamba-Nya. Lebih-lebih lagi dalam soal jodoh.

Selain meninggalkan solat, mereka yang sering menunda-nunda solat hingga ke akhir waktu itu juga harus mengubah sikap ini. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan urusan duniawi sehingga membuatkan manusia lupa akan ibadah wajib. Maka tidak hairanlah sekiranya Allah SWT tidak mengutamakan doa-doa yang dipanjatkan orang tersebut termasuk dalam soal jodoh.

2. MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK

Umum sudah mengetahui bahawa perbuatan syirik merupakan perbuatan yang berdosa besar. Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya. Sebagai contoh, apabila berdepan dengan kelewatan dalam bertemu jodoh, mereka meminta pertolongan daripada bomoh, tukang tilik dan sebagainya. Malah ada juga yang mengamalkan sesuatu perkara yang tidak tertulis dalam dalil Al Quran mahupun sunnah Rasul-Nya. Dengan melakukan perkara ini, seseorang itu benar-benar tersesat dari jalan yang lurus.

3. DOSA YANG DILAKUKAN KEPADA ORANG TUA

Ibu dan bapa menjadi sebab hadirnya kita ke muka bumi ini. Dengan melakukan dosa terhadap kedua-duanya ataupun salah satu daripadanya maka Allah SWT akan murka dan menutup segala sumber rezeki. Sumber rezeki yang dimaksudkan itu juga termasuk dengan ‘jodoh’. Hal ini kerana keredaan ibu bapa adalah sangat penting. Tanpa reda ibu bapa, Allah SWT juga tidak akan membantu hamba-Nya.

4. MEMUTUSKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM

Hubungan silaturrahim perlu dipandang sebagai elemen penting dalam usaha membina hubungan dengan Allah. Ia sama juga seperti restu Allah bergantung kepada restu kedua-dua ibu bapa. Namun mengekalkan hubungan silaturrahim sesama manusia juga akan mempermudahkan kita dalam mendapatkan rezeki berupa jodoh.

5. MELAKUKAN ZINA

Mereka sering menyalahkan akan takdir ilahi apabila sering berdepan dengan ujian dan cabaran hidup. Walhal mereka tidak sedar dengan setiap tindakan mereka yang berterusan melakukan perbuatan zina. Zina adalah salah satu perbuatan keji yang dibenci oleh Allah SWT. Dengan kata lain, melakukan zina akan membuat hubungan manusia dengan Tuhannya menjadi rosak sehingga urusan jodoh pun akan terhalang kerana dosa tersebut. Sekiranya anda pernah melakukan zina, segeralah bertaubat yang bersungguh-sungguh pada Allah dan memohon ampun atas perbuatan itu. Dengan izin dan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Allah SWT akan menerima taubat seseorang yang ikhlas dan tidak akan mengulangi kesalahannya.

Kongsikan artikel ini.
  • 799
  •  
  •  
  •  

Jika Anda Ditimpa Ujian Atau Dugaan Luar Biasa Yang Kadangkala Sampai Membuatkan Kita Hampir Putus Asa, Ibu Muda Ini Kongsikan Pesanan Baca Dan Amalkan Yasin 7 Mubin Ini..

Jika Anda Ditimpa Ujian Atau Dugaan Luar Biasa Yang Kadangkala Sampai Membuatkan Kita Hampir Putus Asa, Ibu Muda Ini Kongsikan […]

Nak Cari Bakal Suami, Jangan Cari Yang Manis Mulut Sahaja!

Nak Cari Bakal Suami, Jangan Cari Yang Manis Mulut Sahaja! Antara faktor penceraian yang utama adalah masalah kewangan. Masalah kewangan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *