Mesti Ramai Yang Tidak Tahu Khasiat Bismillah 5, Pendinding Dan Ayat Penyembuh (Syifa) Segala Penyakit!

Mesti Ramai Yang Tidak Tahu Khasiat Bismillah 5, Pendinding Dan Ayat Penyembuh (Syifa) Segala Penyakit! Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.

Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:

Menghalang jin dan syaitan. Terpelihara dari bahaya dan musuh. Penawar pelbagai racun dan bisa. Penawar penyakit gila meroyan. Melegakan bengkak dan benjol. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Kaedah Merawat:

Letakkan tangan di tempat yang sakit.

Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.

Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.

Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.

Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.

Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.

Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.

Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Amalan Bismillah 5:

Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.

Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.
Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.

Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’.

Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.

‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu

Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

Ayat 128 Surah At-Taubah

“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Ayat 129 Surah At-Taubah

“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Erti ayat 128

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Erti ayat 129

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar. Siapa nak beramal? Silakan… Lebih mujarrab jika memohon keizinan.

sumber: Ustaz Ebit Lew

Kongsikan artikel ini.
  • 657
  •  
  •  
  •  

MAHU ANAK KEMBAR? DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN INI KONGSI BEBERAPA TIPS UNTUK SUAMI ISTERI SUPAYA BOLEH DAPATKAN ANAK KEMBAR!

Mahu anak kembar? Doktor pakar sakit puan ini kongsi beberapa tips untuk suami isteri supaya boleh dapatkan anak kembar! Melihat […]

Isteri Kerap Marah Itu Sebenarnya Dia Sayang! Lelaki Je Yang Tak Faham..

Isteri Kerap Marah Itu Sebenarnya Dia Sayang! Lelaki Je Yang Tak Faham. Sebenarnya isteri yang kerap marah adalah sebab dia […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *