Mimpi Indah Murtaza ‘Messi’ Hanya Sementara, Dulu Terkenal Seluruh Dunia, Kini Diburu Untuk Dibu nuh

Mimpi Indah Murtaza ‘Messi’ Hanya Sementara, Dulu Terkenal Seluruh Dunia, Kini Diburu Untuk Dibu nuh. Serangan Taliban telah memaksa peminat muda Lionel Messi, Murtaza Ahmadi dan keluarganya untuk melarikan diri dari rumah mereka di selatan Afghanistan.

Pada tahun 2016, nama Murtaza disebut-sebut seluruh dunia apabila berkesempatan bertemu dengan idolanya, Lione Messi di Qatar.

Perjumpaan itu merupakan perjumpaan yang paling bermakna buat dirinya kerana diberi peluang berjalan berpegangan tangan bersama Messi dan mendapat jersi dengan tandatangan pemain bola sepak dunia itu.

Namun pun begitu, mimpi indah Murtaza tidak selamanya indah. Kini dia merupakan antara ribuan orang yang sedang bergelut dengan serangan Taliban di Kabul dan berma ti-mati an menyelamatkan diri daripada puak itu.

Tidak sempat membawa apa-apa, Murtaza sekeluarga terpaksa meninggalkan kediaman mereka sehelai sepinggang.

“Kami meninggalkan semuanya di Jaghori. Mak saya minta saya tinggalkan semua termasuk bola dan baju yang diberi Messi,” katanya dengan mata yang bergenang.

“Saya rindukan Messi, saya rindukan baju dan bola sepak itu.”

Apa yang lagi menakutkan adalah, nyawa Murtaza kini turut dian cam. Dia didakwa menjadi sasaran puak Taliban.

“Selepas Murtaza bertemu Messi di Qatar, keadaan menjadi rumit dan kami hidup dalam ketakutan, kerana orang di sekeliling kami menganggap Messi telah memberi kami banyak wang,” katanya.

“Kerana semua ini, kami takut bahawa dia akan dicul ik dan kami mengunci Murtaza di rumah dan tidak menghantarnya ke sekolah selama dua tahun.”

“Jika dia ditang kap, pasti badannya akan dipot ong.”

Pada masa ini mereka bergantung kepada bantuan pelbagai NGO dan saudara-mara, tetapi Murtaza tidak melupakan janji Messi kepadanya.

“Messi memberitahu saya ‘ketika anda agak tua, saya akan membetulkan sesuatu untuk anda,’” kata lelaki itu.

Sumber: Marca

Pelaksanaan Kaedah Bayaran Baharu Pinjaman PTPTN Ditangguh – Maszlee

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan penangguhan pelaksanaan kaedah bayaran balik baharu bagi pinjaman pendidikan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam catatan di laman Facebook, beliau berkata: “Mekanisme pembayaran baharu PTPTN akan ditangguhkan dahulu mengambil kira keperluan untuk diadakan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh bagi mendengar pandangan dan saranan mereka.”

PTPTN pada Rabu mengumumkan untuk melaksanakan Potongan Gaji Berjadual (PGB) bermula Januari depan untuk peminjam yang gajinya mencecah RM2,000 sebulan.

Berdasarkan PGB, peminjam berpendapatan RM2,000-RM2,499.99 perlu membayar dua peratus iaitu RM40 hingga RM49.99 dan bagi yang berpendapatan RM2,500-RM2,999.99 sebanyak tiga peratus (RM75-RM89.99).

Peminjam berpendapatan RM3,000-RM3,999.99 pula dikenakan lima peratus (RM150-RM199.99); RM4,000-RM5,999.99 (lapan peratus iaitu RM320-RM479.99); RM6,000-RM7,999.99 (10 peratus iaitu RM600-RM799.99) dan bagi yang berpendapatan RM8,000 ke atas perlu membayar 15 peratus iaitu RM1,200 dan ke atas.

Pengumuman PTPTN itu mendapat pelbagai reaksi pelbagai pihak termasuk ahli politik yang mahu kaedah itu dipertimbangkan semula supaya tidak membebankan peminjam.

Sumber : BERNAMA

Kongsikan artikel ini.
  • 2.2K
  •  
  •  
  •  

TMJ Perli Kaw2 Menteri Sibuk Mahu Jumpa Pemain Selepas Berjaya Mara Ke Perlawanan Akhir

TMJ Perli Kaw2 Menteri Sibuk Mahu Jumpa Pemain Selepas Berjaya Mara Ke Perlawanan Akhir. Melalui entri terbaru di laman Twitter […]

Himpunan812: 5,000 mula berkumpul, bilangan dijangka meningkat – Ketua Polis Negara

Himpunan812: 5,000 mula berkumpul, bilangan dijangka meningkat – Ketua Polis Negara.  Seramai 5,000 peserta perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *