Mohd Syukor, Budak Lelaki Luar Biasa, Cuit Hati Netizen Selepas Gambarnya Memenangi Anugerah Antarabangsa

Mohd Syukor, Budak Lelaki Luar Biasa, Cuit Hati Netizen Selepas Gambarnya Memenangi Anugerah Antarabangsa. Baru-baru ini gambar seorang budak lelaki dengan haiwan peliharaannya tular apabila dinobatkan sebagai gambar terbaik dalam anugerah ‘Street/People Photographer of The Year Asian Geographic – Image of Asia 2018’ dan ‘Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.

Rata-rata netizen terpegun dengan keaslian gambar yang diambil serta aksi lucu Mohd Syukor bermain dengan haiwan-haiwan tersebut.

Pengalaman Berjumpa

 

Catatan saudara Nazri menerusi Facebook miliknya menceritakan pengalamannya berjumpa sendiri anak kecil ini dan bapanya setiap kali pulang ke Terengganu. Kagum dengan kemahirannya berkawan dengan lebih 80 ekor kerbau, baginya, Mohd Syukor seorang kanak-kanak yang hebat.

Syukor ni, kawan dia bukan hanya kerbau saja. Kambing, lembu, angsa, burung semua kawan-kawan dia…Dia orang bergurau macam kawan sekolah… Saya pernah tulis dahulu yg berbunyi ‘ Syukor ni anugerah Allah pada keluarga dia, sebab dalam sejuta orang pun susah nak jumpa budak macam dia….

Saya pernah jumpa ketika travel di Indonesia dan Thailand seorang budak baik dengan seekor kerbau jinak yang telah dicucuk hidungnya…Itu biasa…Tapi tak pernah saya jumpa seorang budak yang boleh berkawan dengan 70-80 ekor kerbau (yang tidak dicucuk hidungnya) dalam satu masa. Mereka dah kenal dah dengan Syukor ni… Sesetengah Kerbau ada namanya seperti Awang(dah mati), Semek, Baba dan kambing ni pun namanya Bo….

Kampung boy

Bagi sesiapa yang nak datang melawat Syukor di Terengganu, boleh contact abangnya di page ‘Syukor Kampung Boy’ di FB ini. Secara sopan dan sebaiknya jumpalah keluarga Syukor dahulu terutama ayahnya Pak Khamis. Sebab biasanya Pak Khamis akan bawa tetamu ke kandang kerbaunya di Kubang Bujuk bersama Syukor.. Walaupun kerbau-kerbau tu dah kenal dgn Syukor tetapi ia tetap haiwan jugak, faktor keselamatan tetap diutamakan. Sebab itu ayahnya mesti ada bersama.

Bagi orang dari luar Terengganu yg nak datang samada untuk melawat atau mengambil gambar, Pak Khamis ada sediakan bilik (kira macam bilik sewa alh) di kawasan halaman rumahnya. So tak perlu lah nak sewa bilik hotel mahal-mahal kat Kuala Terengganu tu. Tapi bilik bilik tu standard jer lah ada katil dan kipas, lampu saja…Baru siap tu.. bilik semua siap dah..Siap ada balkoni lagi boleh tengok haiwan-haiwan sambil tiup seruling lagu ‘Anak Gembala’.. Cuma yg istimewanya ialah pagi-pagi bukan hanya dengar bunyi ayam kokok, bunyi kambing, bunyi angsa, bunyi lembu, kuba semua ada. Memang rasa suasana kampung betul….Sarapan pun makanan kampung orang terengganu boh…boleh beli atau makan di kedai hok dekat situ jer…. Nasi dagang, nasi kunyik,nasi minyak ada belaka boh..

Keluarga Baik

Keluarga syukor ni pun baik sangat ..saya pun setiap kali balik Terengganu (wife org trg) mesti datang rumah dia..Dah macm keluarga sendiri. Itulah saja bingkisan ambe… Moga coretan ini ada manfaat bersama In Sya Allah

Kongsikan artikel ini.
  • 628
  •  
  •  
  •  

“Teacher, Saya Belum Beli Buku, Mak Cakap Tunggu Gaji Ya,” Bisik Pelajar Itu Buat Cikgu Ini Teringat ‘KISAH’ Lalu, Dihina Kerana Tak Mampu

“Teacher, Saya Belum Beli Buku, Mak Cakap Tunggu Gaji Ya,” Bisik Pelajar Itu Buat Cikgu Ini Teringat ‘KISAH’ Lalu, Dihina […]

Gangguan bekalan air berjadual di 20 kawasan terlibat mulai Sabtu dan Ahad ini

Gangguan bekalan air berjadual di 20 kawasan terlibat mulai Sabtu dan Ahad ini. Beberapa kawasan di pusat bandaraya Kuala Lumpur […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *