Nabi SAW Dah Lama Pesan 6 Benda Akan Menimpa Umat Akhir Zaman. Berhati-Hatilah Kerana Kesannya Menakutkan!

Nabi SAW Dah Lama Pesan 6 Penyakit Akan Menimpa Umat Akhir Zaman. Berhati-Hatilah Kerana Kesannya Menakutkan! Pada akhir zaman ini terdapat penin dasan berlaku di mana-mana sahaja termasuklah sesama umat Islam sendiri kerana sifat tam ak dalam diri manusia.

BACA: Dunia Akan Bergelap Selama 40 Hari, Gejala Jerebu Ingatkan Tentang Peristiwa ‘Dukhon’

Nabi Dah Lama Pesan 6 Penyakit Akan Menimpa Umat Akhir Zaman. Berhati-Hatilah Kerana Kesannya Menakutkan!

Jutaan saudara kita ditin das dengan pelbagai cara seperti wanita diro gol dan dibu nuh dan kanak-kanak dibu nuh, tanah dan rumah mereka dira mpas, diba kar, dihal au dari kampung halaman, hatta dihal au dari negara asal masing-masing.

Kita dapat lihat keadaan ini berlaku di merata dunia seperti kepada umat Islam Rohingya di Myanmar, penduduk asal Islam di Palestin, Ahli Sunnah di Syria, bangsa Islam Ughyur di China, bangsa Moro Islam di Selatan Filipina, penduduk Islam di selatan Thai, muslim di Bosnia dan muslim di Iraq.

Kalau kita teliti beberapa hadis Nabi Muhammad SAW, Nabi SAW sudah menceritakan keadaan yang berlaku sekarang ini dan kenapa ia berlaku kepada umat Islam atau apa salah dan dosa umat Islam diperlakukan dan dih ina sehina-hinanya?

Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka.”

Maka salah seorang sahabat bertanya: “Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati mus uh-mus uh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.”

Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Cinta dunia dan takut ma ti” [HR Abu Dawud].

Ternyata daripada hadis di atas Rasulullah SAW pernah menyatakan berlakunya keadaan ini kerana kesalahan umat akhir zaman ini yang mempunyai antaranya dua penyakit yang amat kro nik, walaupun jumlah umat Islam dalam dunia sekarang adalah lebih I.8 billion (setakat 2012).

Dua penyakit dikatakan itu ialah;

Pertama: Cintakan dunia sehingga memperha mbakan diri dan seluruh kehidupan kepada dunia. Apa-apa sahaja yang ditawarkan dunia akan disentap dengan raku snya sehinggakan mereka lupa halal har am dan do sa pahala, lupa kita akan ma ti dan akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kita lakukan di dunia.

Kedua: Takutkan ma ti. Akhirnya kerana terlampau cintakan dunia dengan segala kemewahan dan kenikmatannya menyebabkan mereka takutkan kema tian, nak buat kerja agama takut dian cam dan dibu nuh sedangkan umat terdahulu sanggup bergolok gadai hatta terbu nuh di medan peperangan demi mewariskan Islam kepada kita hari ini.

Malangnya umat Islam akhir zaman takutkan kematian sebab itulah kata Nabi SAW kita dikerumuni seperti makanan dikerumuni.

Ada penyakit lain lagi tak disebut oleh Nabi SAW yang menjadi sebab keadaan ini berlaku?

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”

Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah [HR Hakim]:

1. Terlalu banyak bersukaria
2. Terlalu mewah
3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
5. Saling memarahi
6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain

MasyaAllah, kalau kita perhatikan masyarakat kita hari ni betapa penyakit yang Rasulullah SAW sebutkan dalam hadis ini telah menular seperti wa bak yang sangat bahaya dan tidak dapat dibendung penularannya dan menjadi penyakit kro nik.

Dunia Islam telah dilanda krisis rohani yang sangat serius dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terjebak menghambakan diri kepada dunia dan memuaskan hawa naf su serakah.

Akibat turutkan hawa naf su, tentunya segala cara akan digunakan termasuk segala tipu muslihat tidak mengira halal har am dan dosa pahala.

Ketika itu lenyaplah nilai-nilai akhlak yang murni dan tinggallah kecurangan, khianat-mengkhi anati, den gki mend engki dan zal im menzalimi… Nauzubillah.

Apa ubatnya untuk menyembuhkan penyakit-penyakit ini?

Beberapa ubat dan vaksin kepada penyakit kronik akhir zaman ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang mencipta kita dan baginda Nabi SAW adalah seperti berikut:

Firman Allah SWT: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Agama Islam) [Ali Imran:103].

Rasulullah SAW berpesan kepada kita: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu: al-Quran dan sunnahku.”

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda: “Semua umatku akan masuk ke dalam syurga melainkan yang enggan.”

Sahabat berasa kehairanan lalu bertanya; “Ya Rasulullah! Siapa yang tidak mahu masuk syurga?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa yang taat kepadaku bererti dia mahu masuk syurga dan siapa yang menyalahi ajaranku maka itulah yang tidak mahu masuk.

Sumber: Kashoorga

5 Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda. Rugi Kalau Tak Cuba!

5 Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda. Rugi Kalau Tak Cuba! Wajah yang kelihatan awet muda […]

Kita Lambatkan Solat, Allah SWT Juga Akan Lambatkan Beri Kejayaan, Rezeki, Jodoh & Doa

Kita Lambatkan Solat, Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan, Rezeki, Jodoh & Doa. Hari ini sama seperti hari sebelumnya. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *