Nabila Sahkan Fail Perceraian Terhadap Sharnaaz

Nabila Sahkan Fail Perceraian Terhadap Sharnaaz. Kakak pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor, 35, mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami, Sharnaaz Ahmad.

BACA: Jodoh Tu Rahsia Ilahi, Yakin Dan Percaya!

Nabila Sahkan Sudah Failkan Penceraian

Nabila sahkan

Bercakap secara eksklusif kepada kami, dia yang juga Pengarah Urusan NH Prima International bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.

“Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad.

Serahkan Segalanya Pada Makhamah

NAbila sahkan

“Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang,” katanya.

Apa yang lebih penting, kata Nabila, adalah masa depan anak tunggal mereka, Jebat Jayden, yang baru berusia setahun.

Doakan Saya

“Doakan kesejahteraan saya dan anak saya,” katanya. Kisah rumah tangga pasangan terbabit kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Nabila memfailkan perceraian terhadap pelakon filem Wangi itu.

Memuat Naik Gambar Di Insta story

Nabila difahamkan berbuat demikian apabila berkongsi sekeping foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, di Instagram Story miliknya.

Malah, wanita berkenaan juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga. Sharnaaz, 34, dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Sumber: Berita Harian

Jodoh Tu Rahsia Ilahi, Yakin Dan Percaya!

Jodoh Tu Rahsia Ilahi, Yakin Dan Percaya! Jika permulaan seseorang itu tidak begitu baik, tidak semestinya pengakhirannya jika begitu. Hal […]

Ardell & Nadzmi Sah Bergelar Suami Isteri

Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa Sah Bergelar Suami Isteri. Menjadi lumrah sebagai manusia ingin merasa dicintai dan mencintai. Setiap pasangan yang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *